Salam dan hello everybody!
Dah 4 hari kita memasuki tahun baru 2013. Rasanya tak sah kalau saya tak buat satu post untuk summarize apa yang telah berlaku sepanjang 2012. Kalau dilihat pada post sebelum ni memang bila masuk tahun baru memang akan ada satu post khas saya akan mengimbas kembali apa yang berlaku tahun lepas dan tidak lupa juga dengan new year resolutions. Cuma tahun ni saya kurang excited untuk menceritakan azam 2013 sebab masih sama seperti 2012 dan saya mengambil pendekatan konsep "go with the flow" dan "cuba bertahan". Rasanya pendekatan itu yang lebih sesuai setakat ini.
Januari 2012
- 1 Januari 2012 pertama kali kami bermalam di rumah sendiri walaupun takut-takut al maklum masih tak ramai lagi jiran yang ada. Secara rasminya kami menetap di rumah sendiri. Happy tak terkata. Tak kisah rumah kosong tiada langsir tiada perabot, asalkan matlamat kami, di sini kami mahu memulakan kehidupan sebagai suami isteri dengan bahagia dan harmoni.
Macam ni keadaan rumah semasa kami pertama kali pindah.
- Berita saya keguguran di hujung Januari semasa usia kandungan 8 minggu. Saya dapat rasakan baby saya tak mampu survive ketika itu akibat keadaan saya yang stress kerja dan urusan pindah rumah. Kami redha dengan ujian ini. Semoga Allah gantikan yang lebih baik. Rezeki semua dari Allah. Kalau nak tahu kisah lebih lanjut boleh tengok post Januari dan Februari.
Februari 2012
- Urusan berpantang di Ipoh. Alhamdullilah saya memang berpantang secara ketat. Mak saya memang strict bab pantang. Saya berpantang lebih kurang 2 minggu. Saya minum akar kayu, bertungku, berurut dan tidak bersama suami selama sebulan. Huhu
- Alhamdullilah Allah mudahkan urusan saya. Semasa ni semester sedang berjalan. Kalau ikut prosedur jika saya mc selama 2 minggu saya perlu menggantikan kelas yang dibatalkan. Kalau ikutkan memang banyak kelas yang perlu diganti. Kejadian berlaku ketika students sedang menduduki mid-term selama seminggu dan seminggu kemudian adalah semester break.
Mac 2012
- Short vacation bersama husband dan kawan ke Cameron Highland. Harap boleh pergi lagi tapi berdua. Insya Allah March 2013 ada satu lagi trip bersama kawan husband lagi. Can't wait!
- Birthday suami. Pertama kali sambut birthday sebagai husband and wife. Takda celebration yang gempak. Konon nak hadiahkan sesuatu yang istimewa di hari jadi beliau tapi Allah masih tidak mengizinkan.
- Masih serabut memikirkan life ulang alik kerja KL Seremban setiap hari.
- Pertama kali husband tunjuk bakat masak untuk saya sebab kesian tengok saya balik kerja penat setiap hari. Not bad masakan husband. =)
April 2012
- Masih busy melengkapkan rumah.
- Masih merungut tentang kerja. Kadang-kadang terpaksa berjauhan dan menumpang di rumah opismate. Saya rindu kawan-kawan di Cybernetics. =(
- Masih berusaha untuk pregnant semula
Mei 2012
- Bulan paling best sebab birthday sendiri. Husband bagi hadiah walaupun bukan on that day. =)
- Dapat interview kedua untuk jawatan PPPT DH41 setelah interview pertama pada November 2011 dihalau sebab tiada skrol ijazah yang asal. =p
- Angah, satu-satu adik lelaki dalam keluarga saya menikah dengan pasangan pilihannya di Penang. Ke Penang la kami satu keluarga. Part yang paling best, bila my BFF pun turut serta!
My BFF, Akma, can't wait to see u in March babe!
- 21 Mei 2012, saya nekad menghantar notis perletakan jawatan. Tawakal. Saya nekad mengakhiri kerja gila saya setiap hari atas nasihat husband walaupun saya tiada back up kerja semasa notis perletakan jawatan dibuat! Satu keputusan yang sangat sukar untuk dibuat.
June 2012
- 16 Julai 2008- 23 Jun 2012 berakhirnya khidmat saya di Cybernetics. Ini keputusan yang terbaik.
- Saya dipanggil untuk bekerja di tempat sekarang. Perancangan Allah yang terbaik. Saya menerima offer berkenaan walaupun hati 50-50 untuk terima atau tidak.
- Kerja kawen Angah di Ipoh. Jadi tuan rumah, wajib saya bertungkus lumus bersama family yang lain. Rasa nak patah kaki. Tapi enjoy sangat! And tak pasal-pasal husband jadi pengapit bidan terjun. Terus lupa saya and melagak macam bujang..=p
Me and pengapit bidan terjun
Me and pengantin yang diraikan.
- Persiapan serba sedikit untuk house warming. Pertama kali uruskan perihal kenduri sendiri tanpa melibatkan mak dan ayah.
To be contiued ---> Imbasan 2012 Part 2
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment