Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdullilah masih bernafas di tahun baru 2013. Syukur untuk nikmat yang ini.
Ada satu entry yang saya nak coretkan disini sempena tahun 2012. Banyak pahit manis yang dilalui sepanjang 2012 yang tak mungkin saya lupakan. Sentiasa terpahat di jiwa mahu pun kenangan itu pahit atau manis. Semuanya menjadi pengajaran yang bermakna dalam hidup saya.
Mungkin tak ada apa yang boleh dibanggakan sepanjang 2012. Tiada pencapaian yang begitu penting dalam hidup saya tahun lepas. Semoga tahun 2013 saya mampu mencapai sesuatu yang membanggakan untuk diri saya. Semoga Allah permudahkan.
Apa pun yang saya lalui sepanjang 2012, syukur sebab orang tersayang sentiasa bersama-sama dengan saya. Memberi semangat dan pendorong dalam hidup saya. Syukur ada suami dan keluarga yang menjadi tulang belakang saya.
Yang penting kasih sayang suami terhadap saya tidak pernah pudar walaupun kami masih lagi together berdua tanpa pertambahan ahli keluarga. Tapi best apa, ermm part tu biar hal suami isteri yang tahu. =p
Okla misi mengemas rumah tak habis lagi. Baru beli wardrobe kat Ikea. Kami tak spend beribu untuk wardrobe. Sebab memikirkan akan datang rasanya kami DIY wardrobe sendiri ikut kreativiti sendiri. Kalau ada masa bole share. Yang pasti total cost below than RM 1k. Bak kata husband...jimat duit abg...=p
Ihsan Google.
Lebih kurang macam ni la konsep nya.
Okla tak habis berkemas lagi.
Next post.. Imbasan 2012...
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment