Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 17, 2011

Tips NIkah Kahwin

Tips dibawah saya ambil dari satu artikel di laman web iluvuislam.com.

Banyak artikel yang menarik yang boleh dijadikan panduan untuk kite melayari liku-liku kehidupan di bumi Allah ni.

Sekadar berkongsi tips untuk pembaca sekalian. Renung-renungkanlah.

******

Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

  • Definisi saya ---> Untuk kaum hawa, janganlah hanya memilih calon suami kerana dia seorang yang handsome atau gagah perkasa bagai. Harap muka handsome tapi belum tentu lagi die "handsome" dalam bab menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
  • Lagi satu saya pantang dengan calon suami yang panas baran macam singa. Nak marah tak kene tempat. Sila check pasangan anda. Adakah mereka spesies harimau jadian yang suke mengaum tak tentu pasal. Kalau mereka berperangai macam tu, sila la bagi amaran tegas. Kalau degil jugak tinggalkan aje mamat tu. Cari yang lain. Biar sakit skg, asalkan kemudian hari bahagia. Masa bercinta memang semuanya indah bukan? Tapi bila dah kawin, uolss yang nak hidup seumur hidup dengan malaun tu. So fikir-fikirkanlah 2 3 kali.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

  • Bercintalah kerana Allah kerana nescaya hubungan itu akan mendapat berkat dari-Nya.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

  • Ingat nikah bukan hanya untuk menghalalkan hubungan terlarang sebelum ni. Tapi penuhi hati dengan niat mendirikan rumah tangga kerana Allah.
  • Jangan sekadar sibuk menyediakan preparation yang gah lip lap...manusia merancang tapi Allah yang menentukan

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

  • Yang ni saya suka, sebab bukan sekadar menjemput tetamu untuk tujuan suka-suki atau nak tunjuk majlis yang konon gah. Majlis i lebih grand dari u ok! Niat tu dah sangat terpesong ok.
  • Lepas ni kalau datang sesuatu majlis perkahwinan, janganlah hanya mahu mencari kekurangan majlis. Tetapi lebih afdal kalau mendoakan supaya hubungan sang pengantin berkekalan hingga akhir hayat.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
  • Tak semestinya lepas je kenduri nak terus "on". Janganlah mengelabah sangat. Huhu. Takkan lari gunung dikejar. Saya takda pengalaman so bole la cakap banyak kan.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
  • Jangan ingat bila dah kawin tu selesai segala konflik yang melanda sebelum ni. Panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuhi. Masa bercinta kita tak nampak true color pasangan kita. Bila dah kawin baru korang tau, yang sebenarnya suami korang tidur berdengkur.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
  • Jangan asik nak salahkan atau menuding jari pada pasangan masing-masing bila konflik melanda rumah tangga. Yang penting, buang segala ego dalam diri. Cuba muhasabah diri sendiri dan cari kelemahan diri. Pada masa yang sama cuba sedaya upaya untuk pulihkan hubungan dan perbaiki kelemahan diri sendiri.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
  • Manusia di duga dengan pelbagai dugaan. Anggapla rezeki belum berpihak kepada anda. Jangan nak tuduh sesama sendiri tak subur ke apa. Mana korang tau, pasangan korang tak subur?? Masa "on" tu bukan main lagi kan......nak kene pelangkung???

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
  • Bila dah ada anak, janganlah nak lepaskan tugas mendidik anak tu kepada isteri sorang-sorang. Dah la masa nak dapatkan anak tu perit, nak melahirkan pun perit, bila bab nak jaga anak pun nak kasi perit lagi ke???? Wahai lelaki sila la kasihani isteri anda....

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
  • Sebenarnya kekayaan bukan punca kepada kebahagiaan rumah tangga. Tapi bila takda duit, institusi rumah tangga boleh runtuh juga. The moral of the story, sila la usaha macam mana pun untuk mengukuhkan ekonomi rumah tangga.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
  • Sama-sama susah, sama-sama senang. Baru bahagia hidup. Jangan nak harap sebelah pihak yang menabur kekayaan dalam rumah tangga ye.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
  • Time manja..manja la sepuasnya. Jangan la asik nak berkepit dalam bilik sampai abaikan tanggungjawab. Sampai taknak pergi kerja sebab takut rindukan isteri...apa kes??? Orang cakap, kalau sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan....

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
  • Sebagai isteri, kite (kite??? saya belum lagi bergelar isteri la) perlu pandai main peranan. Gemalai-gemalai jugak. Lembut pun lembut jugak. Tapi bukan lembab ye. Zaman skg, isteri penuh dengan tugas, tugas di opis, di rumah, pengurusan anak bagai. Tapi kalau korang pemalas plus lembab buat kerja, jangan nak merungut la kalau rumah korang bersepah.

Panjang lebar ulasan saya. Semoga tips ni mampu memberi pengajaran kepada diri sendiri (terutamnya) dan orang lain.

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Tips NIkah Kahwin"

Disable Right Click