Salam dan selamat tengah malam,
Mata mengantuk tapi nak update jugak. I sayang gile ok dengan blog ni. Tak sanggup rasenya mahu berpisah lama-lama. Rase tak keruan kalau tak menjenguk walaupun sekejap. Ingat tagline i, " setiap detik adalah kenangan". Yeah bijak pun.
Arini ada kelas Dr Hamdin. As usual bab nak pergi kelas memang sangat liat. Liat macam makan sotong tak masak tu. Ditarik-tarik taknak jugak terputuskan. Macam tu jugak dengan perangai saya kalau nak pergi kelas. Punya la pemalas nak pergi kelas. Tapi kalau pergi buang masa tak tentu hala, saya la orang pertama yang akan start enjin kreta.
Nasib presentation tak sempat abis arini. Sambung next week. Kalau kene arini mati kene bambu. Banyak yang tak complete. Biasala kalau spesies "sotong tak masak" buat kerja.Huhuhu...
Macam biasa bila dah berjaya abiskan kelas. Masa drive pasti akan melalak tak tentu pasal. Punya la hepi gile sampai menyanyi menandakan tanda kejayaan bila berjaya attend kelas. Pastu idea gile menjengah dengan tibe-tibe. "Hurm dah lama tak karok kan?? Nak ajak Akma macam jauh la plak die nak kene datang plus takut busy plak....hurm apa kata ajak Mun-Mun.."
Apa lagi saya terus msg Murni minta persetujuan. Respon yang sangat mengujakan hati i yang dah lama kemaruk microfon. Murni setuju ok!!
"Babe, i dah jumpa pengganti u"
Saya tunggu Murni kat rumah Taman Medan. Terus nak pergi sebab malas nak balik Pandan Perdana. Al maklum la bila dah sampai rumah, dah tak ingat bende lain selain nak baring and melepak puas-puas. Ok deal after Murni sampai terus shoot pergi port biasa dengan Akma ---> MBO merangkap pasaraya Giant, Desa Petaling.
Pom pam pom pam wa we wa wo rey hei yey....(proses kemaruk mic)
Akhirnya puas jugak hati saya untuk menahan perasaan yang membuak-buak tu. Ok pasni saya tak mintak lagi nak pergi karoake. Kene tunggu gaji bulan depan plak.
Saya sangat berangan mahu jadi macam ni..walaupun saya tau suara saya ibarat kodok yang hodoh memanggil hujan...
- Ihsan google -
P/s:
Malas nak snap pic
Saya tak siap lagi soalan Ujian tuisyen.
Padan muka
Sekian terima kasih
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment