Hari ni tak berapa nak ada mood. Badan rasa letih semacam. Ntah la. Malas nak pikir sangat. Tapi saya sempat mencari sedikit informasi berkaitan majlis nanti. Lagi 7 bulan lebih kurang.
Dalam takda mood tu saya sempat cari beberapa contoh veil yang sesuai untuk digayakan. Tapi untuk misi saya, saya lebih fokuskan untuk dipakai masa akad nikah nanti memandangkan saya tempah baju sendiri. Kalau baju tu disediakan oleh butik, mungkin takda la beria sangat nak pikir nak kene pakai veil yang mcm mana kan.
Tak perlu mahkota and tak perlu kerawang lelabah tu. Macam ni pun cukup nice.
Credit to: Mr Google
Amik ko...panjangkan veil die...tapi i tak minat sangat yg terlalu berjela macam ni...
Credit to: Mr Google
Sapa tak kenal dengan Puan Nawal. Sgt gojes di hari pernikahan. Mesti veil ni ditempah khas kan. Like billion kali. Hehe.
Credit to: Puan Nawal
Rasenya saya tak mahu mahkota masa majlis akad nikah. Cukup sekadar simple but nice.
Credit to: Mr Google
Kesimpulan yang dapat dibuat:
- Kalau rase nak pilih veil yang terlalu sarat kat atas kepala, sila avoid pakai tudung yang berselirat dengan manik bagai. Veil yang sarat tu dah cukup menampung kecantikan anda di hari pernikahan. Sila rujuk pada pic Pn. Nawal. Sweet kan.
- Please avoid perincian yang terlalu sarat dari atas sampai bawah. Cube cari satu titik fokus. I mean tak perlu la sampai perincian pada baju, tudung, veil and bunga tangan terlalu over sehingga menenggelamkan diri sendiri. Hehe dah macam lampu lip lap bergerak plak kan.
- Yang simple tu sebenarnya lebih cantik.
P/s: Saya mahu yang sederhana please
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment