Cimbclicks masih lagi jam. Aduh mcm mana mahu bayar segala hutang-piutang ni. Huhu tak tahu la nape dari tadi asik tak boleh nak bukak je. Gaji dah masuk pun saya kurang pasti. Tapi kalau tak masuk lagi macam melampau la plak kan. Kan dah akhir bulan ni. Huhu....
Ok tadi masa lunch sempat pergi Midvalley. Kalau Albino nampak confirm la mati kene cekik. Berani mati pergi jauh-jauh. Saya bukan keseorangan tapi bersama Cik Murni Ali. Masing-masing dok sibuk nak cari kasut. Tapi masing-masing tak jumpa kasut yang berkenan di hati.
Dah berapa lama kot saya survey kasut. Tapi masih lagi tak jumpa the right one. Hope dapat jumpa secepat mungkin. Dah malas nak pikir. Lagi pun dari saya dok abiskan duit tak tentu hala macam pergi karoke and sewaktu dengannya, adalah berfaedah kalau saya nampakkan hasil belian sempena preparation ni. Dah serabut nak beli itu ini. Lagi pun duit dalam poket ni bukanlah berkepuk-kepuk.
Sekian harap maklum. Semoga Fardilla akan lebih insaf. Duit susah nak cari kan. So gunakanlah sebaik mungkin.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment