As salam and hola.
Rase nak pengsan. Saya baru abis kelas western. Harini tekanan darah naik mendadak. Jantung pun dipaksa mengepam darah dengan kadar yang laju. 2 3 tahun i resign ok. Hahaha nape perlu tunggu 2 3 tahun. Nape tak resign je skg???? Huhu...kalau ada orang yang nak sponsor hidup i takpe la jugak kan. Tetts! Bapa ayam pun tak berani nak dekat dengan saya kot. Muka nak berlagak and sombong je kan. Takda sape berani dekat. Ada sorang mamat je yang berani nak kawan dengan saya. Hahaha sape lagi ---> En Mohd Azli la.
Kitaorang punye perangai memang totally different. Yang sorang banyak angin (saya la tu). Yang sorang lagi nak dengar bunyi angin memang takda langsung. Huhu. Saya memang cepat marah and meradang. Salah sikit memang memetir la mulut ni. Nak dibandingkan dengan En Azli. Setahun sekali kot die marah. Saya pernah kene marah gile-gile dengan die. Itu pun sebab salah saya, ada skandal dengan lelaki lain. Masya Allah. Ntah kenapa bodoh saya masa tu. Saya tahu, die marah sebab sayangkan saya. Huhu
Haa tu la first time kene marah gila-gila. Skg??? Erm takda langsung. Saya tunggu jugak bila nak kene marah ni...huhu. Alhamdullilah la saya temui lelaki yang mcm tu. Amin. Mahu jodoh berkekalan dengan si buah-hati-pengarang-jantung.
**********
(Punya jauh saya melalut) Arini kelas western sangat la tidak memberangsangkan. Memang saya mengamuk tadi. Nasib uolss la nak cakap apa kan. Sape yang buat salah memang nak kene la dengan saya.
- Ada beberapa orang students lelaki yang datang lambat. Nak dekat pukul 9 am padahal kelas start pukul 830 am. Saya buat tak nampak. Mereka panggil saya jeling. Pastu diorang fed up, pakai main masuk je group mana-mana. Ok saya tahan sabar.
- Takda sapa pun yang amik inisiatif untuk jumpa saya sebelum kelas bermula. Padahal sebelum mid-term saya dah bagitau COD kene jumpa saya untuk bincang menu. Tapi hampeh. Takpe, masuk kelas tadi saya bagi je resepi yang saya dah buat. Saya masih bertahan.
- Most of students suka sangat tanya soklan yang tak masuk akal. Cth: Miss susu ni nak masuk banyak mana?? Miss bawang ni dah cukup chopped ke?? Miss minyak ni cukup tak nak saute?? Rasa nak tuttttttt je. Tapi saya bertahan juga.
- Semua buat kerja macam siput. Walaupun dah diarah buat itu ini. Tapi masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Tapi masih ku tahan....
- Rasa makanan hari ni sume tak kene selera saya. Ok fine, hampir nak meletup. Mood mengamuk nak datang.
- Masa order sume dah nak abis, masa nak kemas-kemas saya nampak sekumpulan pelajar yang datang lambat tadi makan tanpa disuruh. Ni memang menguji kesabaran saya. Memang saya mengamuk terus tak kasi can langsung. Abis makanan lebih saya bagi makan kat tong sampah. Puas hati. Kali ni gua tak tahan babe.
Takkan la setiap kali kelas nak mengamuk. Tak baik untuk kesihatan la uolss. Kalau selalu mengamuk nanti repot kat management itu ini. Lecturer salah bagai. Padahal sape yang tak nak belajar dari kesilapan.
Saya suka kelas semalam, walaupun macam-macam hal jadi yang bukan disebabkan salah mereka. Tapi mereka berjaya untuk hasilkan menu yang baik.
130 pm sat lagi ada kelas lagi. Hari ni saya back-to-back. Ni lagi satu kelas yang bakal saya buat onar berduri.
Tunggukan laporan seterusnya ye cik diari.
Babai
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment