Followers

Friday, February 18, 2011

Please Take Note!

Pendaftaran pelajar baru IPTA mula September

PUTRAJAYA: Mulai tahun ini pendaftaran pelajar baru di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara akan bermula minggu pertama September dan bukannya Jun-Julai seperti sebelum ini berikutan penyelarasan Kalendar Akademik IPTA yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Bagi pelajar lama pula, KPT memberi fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar wajib mengikuti kalendar asal iaitu Jun/Julai atau kalendar baru bermula September ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyelarasan kalendar akademik dilaksanakan secara berperingkat mulai sesi akademik 2010/2011 sebelum dijangka beralih sepenuhnya menjelang sesi pengajian 2013/2014.

Katanya, cadangan pelaksanaan kalendar baru akademik dianjak dua minggu ke hadapan dari tarikh asal pelaksanaan pada sesi akademik 2010/2011 iaitu pendaftaran pelajar baru (tahun satu) pada minggu keempat Julai (25 Julai) bagi orientasi dan pendaftaran pelajar lama (tahun dua dan empat) bermula pada minggu pertama Ogos.

“Bagaimanapun kita dapati tarikh pendaftaran jatuh pada bulan puasa menyebabkan pihak universiti tidak boleh melakukan orientasi dan selepas itu universiti akan bercuti sempena Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos, jadi kita khuatir ada pelajar tidak hadir.

“Atas sebab itu kebanyakan universiti bersetuju menganjakkan tarikh pendaftaran pelajar baru pada minggu pertama September iaitu selepas bulan puasa dan Aidilfitri,” katanya.

Berita ni sangat meresahkan saya. Sekian terima kasih.

2 Kata-Kata Inspirasi:

TashaFawzi said...

kenapa km nk resah plak??
ak ni hah lg laaa

Fardilla Fawzi said...

Yela aku risau takut sume orang terkejar2 nak antar kamu masuk u...huhu

2 comments on "Please Take Note!"

TashaFawzi on February 21, 2011 at 5:43 PM said...

kenapa km nk resah plak??
ak ni hah lg laaa

Fardilla Fawzi on February 21, 2011 at 8:54 PM said...

Yela aku risau takut sume orang terkejar2 nak antar kamu masuk u...huhu

Disable Right Click