Saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu saya dah besar. Saya dah dewasa. Buruk benar kalau masih lagi berfikiran seperti budak hingusan.
Skg ni saya dah banyak belajar banyak perkara. Apa yang berlaku saya hanya simpan dalam hati. Biar saya yang menjeruk rasa walaupun pada hakikatnya amat pedih bila diperlakukan mcm tu. Takpe. Biarlah orang nak buat kita. Janji saya tahu apa yang saya lakukan. Yela saya hanya menumpang. Orang yang menumpang ni memang menyusahkan. Ye saya dah menyusahkan banyak pihak.
Rasenya tak sabar saya mahu tunggu si dia bawa saya pergi jauh dari sini. Saya mahu bina kehidupan bersama "kawan sejati" saya. Kami akan berkawan sampai mati. Kami akan jadi kawan yang sama-sama susah dan senang. Kami akan hargai perhubungan kami. Kami kawan sejati. Kami takkan tikam belakang masing-masing dengan pisau. Kami perlu saling membantu. Sebab saya dan si dia "kawan sejati"
Saya tak pasti apa yang perlu saya lakukan buat masa skg. Bila hati dah kecik susah untuk saya kembali seperti asal. Susah untuk saya berpura-pura.
Sebab ternyata dia bukan kawan saya.
Susahnya mahu cari insan yang bernama kawan......
1 Kata-Kata Inspirasi:
sentap pe nye wei..huhu..sabar byk2 ea..biasala tu
Post a Comment