Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 28, 2011

Busy sikit

Assalamualaikum dan hai,

Minggu ni busy so tak sempat sangat nak buat kerja tak berfaedah. Tak dapat nak relaks lebih. 3 hari berturut-turut ada presentation from LI students. Ada 2 sesi. Pagi dah petang. So memang confirm saya tak cukup masa yang sesuai untuk buat itu ini.

Sabtu Final. OMG memang tak bersedia langsung. Apa nak jadi, jadila...malas mahu serabut.

Tak sabar mahu balik Ipoh.

Tata

Tuesday, April 26, 2011

Ticket Flight

So far harga ticket flight ke Krabi masih lagi dalam range yang sama,

Air Asia sudah, everybody can fly...

Ok tak perlu sakit kepala lagi,

Tunggu B buat passport je.

Harap takda apa-apa yang bakal menyesakkan kepala ni lagi....

Nak tukar plan pun dah tak boleh,

Hotel dah booked

=)

Laksa Satu.....

My favourite food is laksa. Ni hanyalah salah satu makanan yang saya suka. Sebenarnya banyak lagi yang saya suka. Al maklum, bab makan jangan pernah tolak. Syurga dunia....

Baru-baru ni saya buat laksa la konon. Tapi best jugak sebab hari-hari bole menghadap bende tu. Ni kalau beli kang ada yang sedap or ada yang tak sedap. Saya bukanla nak cakap saya masak sedap. Tapi bole la nak makan untuk diri sendiri.

Tapi terasa mahu buat lagi.

Nak tahu recipe simple saya untuk buat laksa. Jom zaas bawah...

Bahan-bahan (Kuah):
Ikan kembong/ sardin
Bawang besar
Belacan (ada yg taknak letak)
Cili kering (ikut pada selera)
Asam gelugur
Bunga kantan
Daun kesum
Garam
Laksa kering/basah

Hiasan:
Timun
Bawang besar
Limau nipis
Tauge (Murni ajar, style Ganu)
Kacang panjang (Murni ajar, style Ganu)
Telur rebus
Cili potong
Salad

Antara bahan yang digunakan

Cara membuatnya:
  1. Bersihkan ikan. Kemudian, rebus ikan. Saya rebus kosong je dengan air.
  2. Kisar bawang besar, cili kering and belacan hingga hancur. Ketepikan.
  3. Ikan yang dah siap direbus tadi perlu diasingkan dari tulang. Ambil isi dan blend-kan. Tulang ikan pun bole blend. Tapi kene tapis la. Kang dah jadi kuah tulang ikan plak kan. (Air rebusan ikan tadi jangan dibuang).
  4. Masukkan bahan kisar dan isi ikan yang telah di-blend ke dalam air rebusan ikan tadi.
  5. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam gelugur.
  6. Masukkan garam then tunggu sampai betol-betol masak.
  7. Siap untuk dihidang. Jangan lupa laksanya....

(Takda sukatan yang spesifik ye. Sume saya pakai agak je)

Taraa dah siap
Ini boleh mendatangkan lapar

Lately, kerap gila rasa lapar. What the hell??

Mengandungkah???

Sakit Otak

Sumpah tak tipu. Mood malas datang menerpa. Segala-galanya malas. Saya mahu terlentang di rumah sambil tido dari pagi sampai malam. Otak saya dah jem. Mata saya dah sakit. Saya tak tahan. Bila tak tahan niat hati mahu karoke terus menjengah hati bertubi-tubi. Apakah??? Perasaan meroyan kembali lagi....

Kerjaku banyak yang pending tapi update kat blog tak pernah pending. Never ok. Bab ni saya memang salute pada diri sendiri. Kau memang kan....

Esok bebudak ni dah start presentation Latihan Industri (LI). Confirm sakit otak lagi. Baru baca report dah sakit hati apatah lagi mahu menengok mereka present.

Bersabarla....

Monday, April 25, 2011

Monday Blues

Ini hanyalah quick + short update...

  • Sabtu pergi Seremban, dengan harapan mahu ke Nilai untuk cari ribon purple. Tapi malangnya hampir semua kedai saya terjah (tipu kot) pencarian hanya sia-sia. Saya dah mula rasa risau. Mungkinkah kene tukar plan B? Takpe. Saya masih ada masa. Minggu ni balik Ipoh, mahu cari kat Ipoh plak. Payah gila kot nak cari. Warna lain ada, tapi saya tetap tak mahu. Tengokla cmne, agak-agak dah fed-up saya beli je yang light purple tu. Ini yang dinamakan dugaan. Redha jela.

  • Hari yg sama, kami pergi melawat tapak rumah. Masih dalam proses. Dijangka complete Jun atau Julai. Tak sabar mahu duduk rumah sendiri dengan orang yg kita sayang. Auww gedik kan. Abaikan.

  • Mood hari ni tersangatla lemau. Apa orang putih kata..monday blues.... Tak cukup-cukup rehatnya. Memang takda rehat pun. Banyak sangat bende kene pikir.

  • Semalam gedik masak laksa. Bukan main lagi nak tunjuk rajinnya. Tapi tak best laksa terlebih masam, asam keping terletak banyak sangat. Tapi disebabkan saya memang hantu laksa. Balun jela...at least saya mencuba. Ayat nak cover....haha

  • Sabtu tengok movie cite Scream 4. Apa punya citer la. Starting agak bosan tapi at the end tak sangka dot dot. Malas nak cite. Tak sabar nak tunggu cite Transformer. B kalau u pergi tgk dgn kawan u lg..siap...kate dah janji kan. Jangan tak percaya saya tak pernah tengok cite Transformer sebelum ni. Dah janji dgn org tu tapi die tinggalkan kita....huhu

  • Thesis??? Apakah???? Hilang ingatan dgn tiba-tiba. Tak tahu nak mulakan dari mana. Masuk Mei ni saya dah kene start. Hati ni je tahu betapa malasnya saya. Wahai hati, ber-rajin-lah kamu....

  • Hp kene barred. Bila gaji mahu masuk. Ingatkan sempatla tunggu gaji baru nak kene barred. Seriously, i memang dah pokai gile. B sila-sila la hulur sikit...duit semalam tak cukup...waaaaaa =(

Den Sakit Mato!

Eeei rase nak buat kursus mcm mana nak hasilkan assignment yang kemas dan organise je untuk student...

Hari ni submission untuk report latihan industri. Tapi saya sangatla tak puas hati. Dah bagitau pun still buat lagi. Diorang ni paham ke tak paham sebenarnya.

Ok next sem confirm saya nak amik satu hari terangkan kat student saya mcm mana nak hasilkan assignment/report yang baik dan kemas dengan menggunakan ms office-word

Haishhhh...geram geram

Sakit mata tengok bila tulisan and paraghraph carca marba.
Dah kalau pakai bullet, tak reti ke organise-kan ayat tu supaya lebih tersusun,
Dah kalau tulisan tak kemas terus malas nak baca satu-satu report yang berjela tu.

Adeh

Busy-Bee

Assalamualaikum dan hai,

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Sekejap je masa berlalu. Hari ni dah masuk minggu terakhir untuk bulan April. Almost four months to go.

Minggu ni minggu busy-bee....

Banyak perkara kene setelkan. Ala ni bukan perihal preps la. Tapi lebih kepada kerja dan study.

  • Sabtu ni final training. Baru abis satu chapter drpd 6 chapters. Sape nak jawab kalau time exam nanti blur. Dahla tak bole nak refer notes. Mati kejung la jawabnya. Sila study ok!
  • Fail subjek. Please complete-kan before 20 Mei. Katenya for appraisal. Tapi org kontrak mcm saya, ada increment ke??? Musykil jap. Whatever it is, performance kene jaga ok!
  • Modul modul dan modul. Kene siap jugak ok!

Fokus dan terus fokus.

Ketemu lagi~

Sunday, April 24, 2011

Gua Tak Tahan Dah Ni

Mahu menulis tapi tak tahu nak mulakan dari mana,

Cuba tengok jam, dah pukul berapa???

Tak boleh tahan dah ni,

Gua kene cau dulu,

Jumpa esok bole??

Tata

Saturday, April 23, 2011

Tutorial

Rupanya bila masak after balik kerja amatla meletihkan. Bukan setakat mahu masak je. Macam-macam lagi perlu dibereskan. Kalau tak buat berkulatla segalanya. Patut la ex-B2B bila dah kawen je terus tak aktif sangat berblogging mcm sebelum kawen. Banyak kerja wei kene buat. Dah ada tanggungjawab.

Harini takda tuisyen. Terus teringat mahu masak. Terus kol Murni mintak pendapat nak masak apa. So sudah decide mahu masak sayur kobis, ayam masak merah and kerang rebus je.

Sampai rumah terus masak. Benti time Maghrib je. Pastu sambung balik. Pukul 8 pm baru setel. Huhu agaknya macam ni gayanya kalau dah berumah dan bertangga.

Anggapla ini tutorial ye. Banyak lagi cabaran akan datang.

P/s:
  • Cable tinggal kat opis. Esok upload pic k. Walaupun masak simple tapi amat bermakna buat perempuan yang jarang-jarang masak seperti saya. =p
  • Makan tengah malam memang sangat membahagiakan. Tido dengan tenang.

Friday, April 22, 2011

Akhirnya....

Minggu depan balik Ipoh.

Dan minggu depan jugak ada final exam training kelas Dr Hamdin.

No open book ok.

If everything ok, itu mungkin akan jadi last day class forever.

Tak sangka akhirnya saya berada setakat ini,

Cabaran seterusnya bakal menyusul,

Good luck Fardilla

=)

Videographer Perlu ke Tak Perlu?

Semalam B bagitau saya, dia mahu amik videographer. Sebab dia dapat murah. Saya macam teruja sebab saya pun mahu abadikan detik akad nikah dalam bentuk video.

Memang sebelum ni saya ada bercadang mahu hire videographer semasa majlis di Ipoh. Tapi akibat kekangan wang ringgit saya batalkan saje niat tu. Banyak sangat nak pakai duit. So saya terpaksa korbankan angan-angan tu. Alah kalau takda videographer pun majlis tetap berjalan jugak kan. Ni confirm kes nak sedapkan hati. Abaikan....=p

So saya tadi saya mintak B risik-risik harga. Mana tahu bole dapat price yang berbaloi-baloi. Kalau saya amik videographer ni saya terpaksa tukar tentatif majlis. Maksudnya akad nikah akan diadakan sebelah pagi pada hari Sabtu. Mak saya tak berapa gemar mcm tu. Dia lebih suka kalau saya akad nikah hari Jumaat. Sebab tak mahu kelam kabut. Tapi kalau saya mahu save cost untuk videographer, tu la cara terbaik kan.

Pening..pening...

Tapi ni tak finalize lagi. Masih lagi berfikir-fikir.

Semua bergantung kepada bajet yg ada.

Menyesal tak menyimpan dari awal. =p

Oleh itu saya menyeru kepada sesiapa yang masih bujang tu, simpan-simpan la duit untuk kawen ye. Jangan jadi macam saya yg teramat la boros. Majlis kawen skg ni dah tak mcm dolu-dolu. Taste orang skg pun dah tak mcm dolu. Harga-harga vendor pun dah tak mcm dolu.

Saya tak dapat bayangkan majlis kawen 10 tahun akan datang. Haishhh susahla kami mahu kawenkan anak nanti. Kaedahnya la nok....

=p

Thursday, April 21, 2011

Seleksi Lagu Maher Zain

Suka plak saya dengar lagu Maher Zain,
Semua lagu dia syahdu dan sedap di dengar,
Dalam kepala otak ni dah tak pikir lain,

"Sesuai buat Seleksi Lagu Majlis Besar"

Yela bila nak kawen pikir pasal kawen je,
Nanti dah kawen pikir pasal lain plak,
Mungkin ayat tadi akan bertukar mcm ni

"Sesuai buat lagu tido anak ni..."

Tetttts!!
Over uolsss

Sape nak dengar bole klik bawah ye...
Tapi takut plak, kang makcik-makcik sekampung tu cakap i western sgt, asik pasang lagu omputih je??? Mana lagu 60-an ... 70-an...
Adehhh...

Riben Tak Ado?

Adakah ini dikatakan dugaan. Cewah. Dah mcm lirik lagu plak.

Saya baru balik dari mencari "riben untuk bunga ros 3 ketul atas bunga pahar"

Yang tak bestnya, misi pencarian ni tak berjaya langsung. Dulu saya beli riben ni kat KK Home Deco. So skg ni KK Home Deco dah tak jual apa jenis jua spesies riben. Saya terus ke Lovely Place. Riben memang banyak, tapi riben yang saya mahu nan ado. Saiz mcm tu ada tapi kaler die langsung tak sama. I nak yang nak sebijik la....

Si penjual kedai siap suggest suruh buat lain. Ewah sukati saya la. Bukan kedai die sorang kat dunia ni kan. Kaedahnya la....tapi dah kalau tak jumpa nak buat mcm mana. Terpaksa tukar la dik non....

Sebelum ni saya ada cari kat Jalan TAR. Nan ado jugak. 3 kedai saya cari tak jumpa. Adoi ni bikin saya cuak. Sebab saya dah buat kot. Takkan last minute saya kene tukar kaler riben plak.

Ok takpe. Next solution cari kat Nilai Sabtu ni. Harap-harapla ada memandangkan terlampau banyak kedai kat situ kan.

Ok tunggu post balik Nilai next week.

Spesifikasi :
Saiz 1 1/2 inci

Saya guna riben yang lepas.
Dah lama saya beli kat KK Home Deco.

P/s: Apa jua yang kita lakukan, buatla dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa =)

Kesian

Assalamualaikum,

Hari ni B demam. Alahai kesian la plak. Sampai mc. Jarang sangat saya dengar B demam dan tak pergi kerja.

Tula kerja non-stop. Semalam baru balik dari Pahang. Last call semalam petang kot dalam 3 lebih. Katenya makan kat Genting Sempah. Sampai la malam saya try call tak berjaya. Dua-dua nombor off/tak dapat dihubungi. Risau tak payah nak cakapla. Tapi saya paksa diri untuk berfikir positif, takda apa-apa yang akan berlaku. Ini bukan kali pertama B buat mcm ni. Saya dah lali. Nak mengamuk?? Erm rasanya tak kot. Tapi nanti kalau dah jadi laki officially confirm mengamuk kot...huhu

Alhamdullilah, B selamat sampai Seramban. Pukul 10 malam baru dia sms saya. Saya terus call. Memang suara letih yang amat. Baru bangun tido. Dapat cakap kejap je uolss. Jangan harap la dapat gayut lama-lama macam dulu. Huhu

Kalau dekat dah lama saya datang menyibuk hantar bubur bagai. Tapi i jauh B, sorry la ye....jangan lupa makan ubat and rest puas-puas. I love you.

Wednesday, April 20, 2011

P E N A T

  • Hanya Tuhan je yang tahu betapa penatnya saya hari ni. Tapi saya kene kuatkan semangat untuk abiskan tugas arini. Tak sabar mahu golek-golek.

  • Hari ni hujan. Untuk elakkan dari tekanan perasaan melampau kat jalan raya, dari opis saya terus direct pergi PTW. Hari ni kelas satu je, Geo Form 1. Nasib student 2 orang je. So i still can control them as compared dengan Form 2 semalam. Masya Allah....

  • Balik ni saya tak mahu sentuh bunga pahar. Mahu berehat buat sementara waktu. Dah 9 cucuk berjaya disiapkan. Lagi 141 lagi.....hohoho.....

  • Tadi masa nak kuar kreta baru perasan baju tersepit kat pintu. Maksudnya terjojol/melayang-layang la kain tu masa i tengah drive tadi. Adoi hilang ayu i ok. Patutla ada mamat motor yang hon-hon saya. Malunyer....

  • Rindu kat kancil super power. Minggu ni saya tukar kreta dgn B. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan batu. Ada kaitan ke dengan perumpamaan ni. Mummy rindu kat kanc-kanc..... =(

  • Horay saya dah abis marking paper final. Key in pun dah siap tadi. Cuma kene buat review markah je....lega

Rezeki ada dimana-mana

Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana.

Kadang-kadang ia datang tak semena-mena. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Saya pelik dengan manusia yang cemburu melihat rezeki orang lain. Pantang tengok orang lebih dari die, mula la mengelabah tak tentu pasal. Mula la buat cerita dongeng sehingga boleh memalukan diri sendiri. Kes paling teruk smpai taknak tegur dah si polan ni sebab rezeki die lebih kencang. Ni tak teruk lagi, yang lagi teruk bila main kasar pakai syaitan iblis segala.

Tak salah jika kita mahu cemburu dengan rezeki orang lain. Asalkan kita mahu motivate-kan diri kita supaya lebih berusaha and capai rezeki yang kita mahukan. Kalau dalam hati tu penuh dengan PHD, payah la mahu kejar rezeki macam orang lain. Ingat bersihkan hati dulu.

Saya tak cakap rezeki saya banyak dan saya tak cakap saya manusia baik, tapi saya kecewa dengan sesetengah orang yang tak suke lihat orang lebih dari die. Kalau cemburu demi kebaikan diri sendiri takpe la jugak, ni sampai menyusahkan pihak lain. Susah nak cakap. Hanya yang mengalaminya akan paham apa yang saya cuba sampaikan ni.

Apa kata mari kita jadikan kejayaan dan rezeki orang lain untuk menjadi pemangkin kepada diri sendiri untuk lebih berusaha supaya kita pun bole dapat rezeki yang lebih.

Semoga Allah murahkan rezeki saya, keluarga, Mr B dan orang sekeliling saya. Amin.

P/s:
  • Inginkan tips atau petua murah rezeki bole klik sini { Link }
  • Banyak lagi yang tak tercapai dalam hidup ni......

Family Theme Color

Assalamualaikum dan hai,

Ok saya sudah decide mahu pilih kaler apa untuk attire famili saya,

Kalau sebelum ni tak finalise lagi kaler die tapi hari ni saya mahu cari kata putus then next two weeks boleh suggest pada kaum keluarga cari baju kaler ni,

Mak dan ayah dah ada baju yang mereka nak beli,

And nasib baik warna itu menepati tema kaler saya

PINK BELACAN

Dah macam-macam versi plak warna ni kat google,
Whatever it is, saya mahu mcm di atas

Thanks to Mr Google

Saya pun tak tahu la napa orang panggil pink belacan,

Layankan ajela.

=p

Kalau sebelum ni saya pernah beria-ria mahu pakai warna ni untuk majlis resepsi, tetapi di atas nasihat tenaga pakar --> Cik Murni, saya tukar kepada purple soft.

Tuesday, April 19, 2011

Curhat????

Saya tengah musykil, saya perasan ada satu blog ni bace cerita saya. Kalau kite tengok dekat traffic source, kite bole tengok blog kita di-link dari blog mana kan. Tapi saya pasti ramai blogger yang lebih arif dari saya.

Saya tak kisah kalau ada yang sudi nak baca cerita saya yang tak seberapa ni. Tapi saya agak kurang selesa bila saya nak view blog die, die privatekan blog. So saya tak tahu sape empunya diri yang singgah kat blog saya ni.

Lepas tu saya try google perkataan berkenan. Yang membuat saya terkejut ialah makna kepada perkataan tersebut sangatla tidak baik. Tetapi saya tak pastila dengan hasil carian saya ni. Kalau saya tak silap, tu bahasa indonesia. Ntah saya kurang pasti kebenarannya.

Ok saya nak tanya uolss la kan....curhat tu apa ye??? Kalau pemilik ceritacurhat terbaca harap boleh jawab ye.

Curhat tu macam curahan hati. Tapi bila saya google cerita itu lebih kepada isu seks segala. Saya mohon maaf kepada pemilik blog berkenaan ye. Mungkin saya dah salah paham.

Saya bukan apa, saya sangat risau kalau-kalau "mamat" tu datang balik dalam hidup saya. Saya taknak langsung dia tahu mengenai life saya skg. Saya dah bahagia skg. Biarla saya jalani hidup mcm biasa. Saya tak suka kalau ada orang cuba-cuba nak skodeng hidup saya.

Tetibe rase nak private-kan blog. Sebab "mamat" tu dah penah jumpa blog saya sebelum ni.

Anyway, thanks kpd yg sudi singgah kat blog saya ni. =)

Masa Itu Emas Part 1

Assalamualaikum dan hai,

Ada ramai jugak yang bertanya kepada saya, macam mana saya manage masa saya dengan baik. Bukan apa, mereka mungkin agak musykil sebab saya mampu buat banyak kerja dalam satu masa. Ni bukan kes angkat bakul sendiri tau.

Agaknya dari kecik saya dah tengok macam mana mak saya uruskan kami sekeluarga. Bukan mahu puji mak sendiri, tapi saya suka cara mak saya arrange-kan masa die. So bila dah besar, saya mula ikut style mak tersayang...=)

Weekdays saya sibuk (takdala sibuk mana) dengan kerja dan kerja part timer as a cikgu tuisyen. Balik kerja pukul 530 pm, then saya terus mandi or rest sekejap. Dalam pukul 7 pm lebih kurang saya pergi tuisyen plak. Cuma Isnin and Khamis je yang saya agak semput sikit sebab saya ada 2 kelas tuisyen, means that dari 745 - 1015 pm. Mula-mula tu memang la agak payah and penat nak handle banyak kerja dalam satu masa. Tapi makin lama, kita mula bole pick-up rentak rutin harian tersebut. Makin lama makin enjoy and kalau penat mesti kene ingat duit yang bakal kita peroleh hujung bulan. Sape nak bagi babe......huhu. So tu lebih menguatkan semangat saya walaupun saya tahu saya penat. Tapi layankan aje.....

Selain dari keje, saya jugak tengah buat master kat UiTM. Part time jugak. Buat masa ni masih boleh handle lagi sebab semester ni satu kelas je. So takdala serabut sangat. Hujung bulan ni abis la. Fuhhh lega. Next sem focus on thesis je. Mungkin kene baca banyak tips mcm mana nak handle bende yang satu ni. Huhu

Then, skg ni jugak saya tengah fokus buat preparation for majlis besar. No big deal. Memang la ada kekangan itu ini. Tapi kene la terima dengan hati terbuka. Kalau kita dok asik pikir stress tension mengelabah, confirm otak tu akan bagitau kat semua anggota badan kita yang kita memang tengah stress. Tipula kalau saya cakap saya tak tension. Kalau pikir masa memang rasa macam tak sempat je. Tapi saya suka planning. And buat kerja ikut planning yang dah dibuat.

Dan yang paling penting, saya tak lupa untuk bahagikan masa saya untuk tersayang. Itu penting. Sesibuk macam mana pun, waktu untuk tersayang perlu ada. Orang tersayang ni bukan semata merujuk pakwe/tunang/suami, keluarga jugak orang tersayang, keluarga bakal "org trsyg" pun saya kategorikan sebagai orang yang saya sayang dalam hidup.... =)

Yang penting cara macam mana kita uruskan masa sebaik mungkin. Bukan nak cakap saya menggunakan masa sebaik mungkin. Ada time-time saya jugak malas bukan main lagi, tengok mcm skg, saya tengah sibuk buang masa buat kerja tak berfaedah. Yang penting, kerja yang sepatutnya kita perlu buat dah diselesaikan dengan kadar yang segera. Sebenarnya saya nak bagitau, saya dah abis marking. Hooray.

Blogging, blogging jugak...facebook, facebook jugak...yang penting perlu set-kan priority ok.

Eleh macamla dia bagus sangat...=p

P/s:
  • Next post saya akan bagitau tips pengurusan masa dengan bijak untuk kaum wanita bekerjaya. Peace!
  • Saya kagum dengan Kak Shim-Shim uruskan masa. Dah kawin, dah ada baby sorang, tapi bole lagi masak untuk suami. Ni la contoh isteri yang kita cari. =)

Inspirasi Dekorasi Hantaran

As i mentioned before, my theme color for my side is purple carca marba. Eh tetibe nak speaking, harus ingat ok, english education tu kan penting demi masa depan yang cerah.. =p

Ok hari ni saya mahu coretkan catatan perihal inspirasi dekorasi hantaran as my reference. Saya terus teringat dekorasi hantaran semasa majlis perkahwinan Elyana dan Khairul. Kalau tak silap, saya memang berkenan sangat dengan combination color hantaran dari Khairul untuk Elyana.

Ok misi seterusnya, kalau jumpa bunga kaler mcm tu kene terus grab. Saya tak punya masa yang banyak lagi. Mengikut flow yang dirancang, hantaran untuk pihak lelaki akan dibawa semasa saya datang bertandang ke Seremban. Bunyi mcm leceh je. Saya bukan apa, saya tak mahu pihak perempuan datang dengan tangan kosong. At least ada sesuatu as buah tangan. Lain orang lain cara die kan... =)

Instead of pakai combination color yg skema, apalah salah kalau kita variasikan kalernya

Banyaknya bunga, bole pokai den.
Kata nak cantik tapi berkire bukan main
=p

Yang ni semestinya bunga hidup,
ada ke artificial flower mcm ni...huhu

Speechless

P/s: Mahu pergi tukar riben, semalam call tuan kedai, die cakap boleh tukar. Nasib baik.... =)

Monday, April 18, 2011

Bala Bala

Alaaa tersalah beli kaler riben yang satu ni,

Nampak mcm pink tapi bila dah potong die jadi kaler putih plak,

Haishh mcm mana nak buat ni,

Agak-agak kalau tukar balik boleh tak???

Esok harus ke kedai tersebut,
Kalau tak boleh tukar nak buat mcm mana,

Total loss 15 gulung riben x RM 0.50
= RM 7.50

Nasib la lima kupang je....

Bala bala....
(petikan dari Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Project DIY Bunga Pahar

Ikut planning, memang bulan ni saya mahu beli barang untuk DIY bunga pahar. Akhirnya saya buat keputusan untuk buat bunga pahar sendiri.

Tapi mcm awal la plak saya dah run-kan projek saya ni. Huhu. Saya risau saya tak boleh nak bahagikan masa seadilnya. So untuk mengelakkan diri dari tersepit and tercekik akibat kekangan masa, lebih baik saya mulakan dari skg.

Sabtu yang lepas, saya dah heret Cik Murni untuk teman saya carikan riben segala. Saya bukan apa, Cik Murni ni bagus dalam memberi idea yang bernas. Kalau sorang-sorang kang terkontang kanting nak buat combination color yang sesuai. Yang ni saya beli barang testing dulu. Taknak beli barang banyak sekaligus, takut menyesal di kemudian hari.

Malam tu jugak, kitorang try first trial bunga pahar berdasarkan bunga pahar inspirasi. After setuju itu ini, saya decide mahu beli barang keesokkan harinya.

Nasib Mr B nak datang KL. So mangsa saya seterusnya Mr B. Love u Mr B. (tibe-tibe plak)
Tukang teman je..bila proses pemilihan barang Mr B tunggu kat luar. Bosan la tu. Nama pun LELAKI.

Kalau nak cari barang kawen bole datang satu kedai kat JALAN TAR ---> KEDAI BUNGA RIBEN. Macam-macam ada.....

Bahan-bahan yang diperlukan:

Riben kecik 4 color
Riben besar (bunga ros)
Pelilit
Lidi
Net (letak telur)
Bunga ros ready made

Total damage semalam dalam RM 8.20 + RM 34.80 + RM 18.00

So bole kire sendiri la ye. Ni pun saya kene beli barang lagi. Sebab ada yang tak cukup.

*******

Kalau ikut perkiraan kasar (jika beli dah siap)

Satu batang bunga pahar inspirasi = RM 5.00 (maybe more)
Saya mahu 150 batang.
Total bankrup dalam RM 750. Bole terbakor duit den nak bayar.

******

DIY sendiri

Total damage below RM 200
(Perkiraan kasar)

So what say you??

Hanya perlu spend masa dan tenaga sahaja.
Tapi kalau uolss kaya raya takpe la kan.
Saya tak kaya tapi kayap banyak la...

=p

Riben sana sini

Bunga ros dari riben besar

Contoh dah siap

Walaupun tak berapa cantik tapi saya puas hati bila dapat buat sendiri

P/s:
  • Thank you so much to Murni coz bersama-sama dalam proses pembikinan album bunga pahar-ku.
  • Pic perlu dihitam-putih bagi menonjolkan elemen "surprise"... =p

Flamingo Stemboat

Assalamualaikum dan hai,

Rasenya dah lama tak menjenguk alam maya. Al maklum bila tiba weekend rasa malas gila mahu mengadap laptop. Rasenya dah jenuh mengadap time opis kan. So weekend mahu off.

Ada beberapa perkara yang saya mahu abadikan dan coretkan dalam blog ni. Setiap detik adalah kenangan. Betol tak Murni?? So rajin-rajinkanlah diri untuk berblogging ye...=p

Jumaat yang lepas saya bersama Murni sempat buat aktiviti makan-makan kat Flamingo Steamboat, Setapak. Memang terbaikla, memandangkan ini kali pertama saya makan steamboat tempat yang class. Kalau sebelum ni makan steamboat kat tepi-tepi jalanan je. So sifat keterujaan memang terserlah. Speechless ok..macam perak (bukan negeri perak..tapi sama erti dgn jakun) pun ada..Huhu

Berdasarkan gerak hati dan naluri yang kuat, akhirnya sampai jugak ktorng kat restoran tu. First dtg, so no idea kat celah mana restoran tu.

Sampai je wellawei orang memang pack ok. Memang laku gila restoran steamboat ni. Yang bestnya, korang melantak la 100 round pun, charge tetap RM25/person. Puas hati uollss. Tapi rugi sebab tak makan banyak-banyak......

Jom belek-belek 2 3 keping pics yang sempat saya snap....

Next time jangan amik bende ni bnyak sangat.
Lain kali amik seafood bebanyak.
Baru berbaloi

Beberapa contoh seafood yang kitaorg sempat grab.
Ketam, kupah, ayam, sotong, udang....
Sume ada....mak ayah je takda..=p

Thumb up!

Tengok..saya bersama ketam.
Jangan jeles.

Cik Murni bersama sudi besinya...
Kalau nak tanya kat tmpt makan best,
bole rujuk Cik Murni ye...=p

Sesisa makanan yang tinggal.
Ni baru 2 org.
Belum bawak Mr B lagi....

Nampak..sikit je saya makan..
Terasa rugi...
=p

Kalau rase-rase nak try makan kat sini.
Google je Flamingo Steamboat Setapak.
Memang terbaeek!

Lepas tu jangan lupa buat review
Tata

Saturday, April 16, 2011

Ini Kisah B

Peringatan: Ini kisah Mr B. Pikir 100 kali dulu kalau mahu teruskan membaca.

Lately Mr B memang agak busy sikit. Tiap minggu ulang alik Pahang. Asal hari Rabu je ke Pahang. Sabtu petang baru balik Semban. I tak kisah pun. As long as die bukan pi menggatal dengan pompuan lain. Kalau i dpt tahu B, siap la u...huhu

So bila dah sampai Pahang tu paham-paham jela. Nak msg and kol tu payah la sikit. Memanjang je ada kerja. So saya tak bole kacau. Macam arini, berapa jam terputus hubungan. Kalau i tak kol jangan harap la B nak kol. Saya tak merungut pun malah memahami apa die lakukan. Die bersusah payah sebab saya jugak. I sgt hargai u B.

Agaknya kalau lelaki tengah buat kerja, tak bole kacau langsung ke. Memang sume lelaki mcm tu ke??? Kadang-kadang syaitan ni jahat jugak, suke sangat tiba-tiba racun pikiran saya. Suruh saya cari pasal dengan B. Kadang-kadang saya dengar jugak cakap syaitan durjana tu. Tiba-tiba je saya nak naik angin bila kol and msg tak berbalas. Tapi Mr B cool je. Takda pun marah-marah saya balik. Saya yang malu sendiri sebab tiba-tiba nak emo tak tentu pasal. I salute u la B. Bab hati memang tak bole lawan B. Sabar sangat. Kadang-kadang sabar tak kene tempat pun ada jugak. Huhu....

Haish rindu la plak. Skg ni tiap minggu die request mahu jumpa kalau takda hal lain. Tak kisah la B datang KL ke or sy yg dtg Semban. Tapi saya suke dtg Semban coz dpt environment baru. Saya dah muak dok celah KL ni. Serabut wei.

Kepada B: I love you sampai mati.

I tak pernah terpikir nak jumpa org mcm u. Dulu i ingat mamat tu la cinta terakhir i....i dah pikir mesti i kene belasah teruk dgn die after kawen dgn die. Mmg dulu i stok pompuan yang tak laku. Takda sape pun pandang...jauh sekali nak jadikan kapel. I penah kene warning dulu...die ckp die kutip i tepi-tepi jalan je..so i kene bersyukur sbb die sudi nak jadikan i awek die...alahai mcm bodo plak bila ingat balik....tapi i ngaku masa dulu i mmg stok pompuan kelabu asap....

I selalu bandingkan u dgn die. Sebab takda org lain dalam hati i sebelum ni. Hanya die dan u je. Tapi u jauh lebih baik dari die. Baru-baru ni i mimpi lagi...i kawin dgn die b....mak die siap menangis terharu sebab i sudi terima die jadi suami i...apa punya mimpi la kan...

Apa pun B, u tetap the best la. I takkn sia-sia kan hubungan ni. I akan jaga hati u smpai bila-bila. I akan sayang u sampai mati. Yg penting i bahagia dgn u....=)

OMG hampir muntah membaca ayat jiwang sendiri.

Bende ni la yang cuba merampas kebahagiaan saya bersama B.
Projek Nasi Ayam Gemas,
Dah nak siap dah....

Kalau bab berangan bole serah kat die,
Sekian terima kasih

P/s: Pic Credit to facebook Lee Cobuser Lee

Friday, April 15, 2011

Ku dalam dilema

Ok hari ni mood google shawl untuk dipakai masa majlis besar,

Mengikut plan yang tak seberapa ni saya mahukan shawl untuk:

Nikah
Sanding
Sanding malam
Bertandang

Tapi saya ada masalah sikit dalam mencari shawl yg sesuai plus chantek lg menawan,

Selalu gak google kat website yang jual tudung ni,

Tapi pencarian masih tak berjaya,

Nak DIY sendiri, alahai banyakla sangat masa yang saya ada,

Plus saya tak berapa puas hati dgn hasil tangan sendiri coz tak brapa nak kreatif sgt jari ni,

So tadi saya sempat terjumpa shawl chantek lagi menawan kat page Radiusite,

Sume chantek tapi banyak yang dah out of stock,

Jom cuci mata sat mana tahu bole dapat idea sikit....

Inner neck pun saya suka.
Kalau nak bling bling lagi bole tambah sendiri kot.
Tapi yang ni pun dah memadai bagi saya.

Speechless.
Ntah mana nak cari macam ni??

Woowww kaler die i like sgt,
Agaknya kene tour Jalan TAR kot

Rasenya aritu ada pergi Jalan Tar tapi tak jumpa la shawl yang mcm pic kat atas tu,

Ku dalam dilema

Credit to Radiusite

Thursday, April 28, 2011

Busy sikit

0 comments

2 comments

5 comments

3 comments

Disable Right Click