Ok ni adalah sambungan bagi post berantai berikut...
Untuk post yang ini, saya sekadar mahu coretkan hasil perbincangan saya mengenai pelamin dengan pihak butik.
Masa pergi butik dengan mak saya siap bawak laptop lagi. Konon mahu tunjuk hasil kerja pic simpanan dari Mr. Google. Senang nanti nak explain bila ada gambar depan mata. Dan aunty (tuan punya butik) siap save lagi pic berkenaan untuk rujukan pihak butik.
Buat masa ni saya masih lagi berpuas hati dengan services yang diberi kepada saya. Masih tersenyum kelegaan. Harap senyuman ini akan kekal sehingga majlis berakhir.
Dan paling saya suka, bila saya tunjuk contoh design pelamin yang saya mahu, aunty terus agree tanpa banyak songeh. Sebelum ni saya pernah survey butik lain and demand design pelamin sendiri. Dan malangnya si staf boleh perli saya balik. Dan yang paling mengecewakan tu butik melayu. Kita orang melayu kene la tolong melayu kan. Tapi memandangkn first impression dah mcm tu, saya tawar hati mahu terima services dari mereka. Tup tup saya ke kedai aunty jugak. Mak andam i cina tau....
Ok patah balik perihal pelamin....i request mcm gambar kat bawah. Contoh warna bunga saya siap bawak lagi tunjuk. Nasib baik saya ada beli bunga tangan untuk nikah warna purple. So bunga tu akan dijadikan rujukan.
Berdebar jugak nak tunggu apa hasilnya. Sama-samalah kita tengok masa majlis nanti. Tak mahu expect tinggi-tinggi. Takut nanti kecewa. Huhu
Susunan bunga saya mahu mcm ni.
Credit to Butik Idaman Jelita.
1 Kata-Kata Inspirasi:
hi,
bole tau x ctc no aunty tuh.. butik dia kat mane ye..?
tQvM,
eza
Post a Comment