Sekadar pendapat yang tak bertepi.
Manusia ada banyak sangat ragam. Diri sendiri pun banyak sangat dengan ragam. Banyak sangat pantang larang. Ada yang kita suka dan ada yang kita tak berkenan. Kita tak boleh nak paksa orang lain jadi (behave) macam mana kita pikir. Kita tak boleh nak cakap kat orang tu supaya stop behave perangai yang kita tak suka.
Kita manusia ni memang diciptakan berbeza. Takda manusia yang serupa dalam dunia ni walaupun kembar. Hati lain-lain. Bila cakap soal hati dan perasaan memang tiada ayat yang sesuai untuk ungkapkan kenapa ada manusia yang mempunyai hati mcm ini dan macam itu.
Diri sendiri pun banyak sangat kekurangan. Mana ada manusia yang sempurna kat dunia ni. Tapi kita boleh merubah untuk jadi yang lebih baik bukan??
Makin lama kita hidup, kita makin faham dengan asam garam kehidupan ni. Terlalu banyak cabaran yang perlu diredah. Terlalu ramai manusia yang berbeza. Makin banyak manusia yang berbeza yang kita dah jumpa. Dan ternyata manusia yang kita jumpa tu memang banyak sangat perbezaan. Laki bini pun dua makhluk yang berbeza ok. Tapi bole je hidup sebantal.
Kita plak yang kene "twist" diri kita untuk cope dengan situasi sebegini. Tapi sampai bila???
Orang cakap, kita bila makin meningkat dewasa dah mampu pikir secara rasional. Dah tahu menilai mana intan mana permata. Yang mana baik yang mana buruk. Perangai pun dah tak macam bebudak lagi, seiringla dengan peningkatan usia ni. Ni tak...rasenya makin dewasa makin menjadi-jadi. Makin menjadi-jadi sikap tak rasionalnya tu. Alahai.....saya la tu...
Tapi rasenya pernah ke sekali kita hidup dalam dunia ni tak jumpa orang bernama manusia. Kalau taknak jumpa baiklah dok dalam hutan. Kawan la dengan beruk makye bagai. Tapi kalau hari-hari menghadap manusia yang berperangai menjengkelkan lebih baikla rasenya berkwan dengan beruk makye tu. Btol idak??? Dah tadi kata manusia berbeza-beza...mestilah ada yang ok dan menjengkelkan. Baru la bole kita cakap berbeza. Dah kalau sume manusia perangai baik saja, mana perbezaannya??? Btol jugak.....
Wahai manusia (termasuklah diri sendiri) cermin-cerminkanlah sikap tak baik dalam diri tu....Ubahlah perangai yang menjengkelkan tu demi keharmonian dalam kehidupan. Cakap memang pandai. Cuba cermin diri dulu bole tak????
Macam mana nak ubah??? Dah kalau diri sendiri tak tahu nak cermin mana sikap menjengkelkan dalam diri.
Mahu ubah diri supaya jadi ikhlas dalam apa jua perbuatan....
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment