Ikut planning, memang bulan ni saya mahu beli barang untuk DIY bunga pahar. Akhirnya saya buat keputusan untuk buat bunga pahar sendiri.
Tapi mcm awal la plak saya dah run-kan projek saya ni. Huhu. Saya risau saya tak boleh nak bahagikan masa seadilnya. So untuk mengelakkan diri dari tersepit and tercekik akibat kekangan masa, lebih baik saya mulakan dari skg.
Sabtu yang lepas, saya dah heret Cik Murni untuk teman saya carikan riben segala. Saya bukan apa, Cik Murni ni bagus dalam memberi idea yang bernas. Kalau sorang-sorang kang terkontang kanting nak buat combination color yang sesuai. Yang ni saya beli barang testing dulu. Taknak beli barang banyak sekaligus, takut menyesal di kemudian hari.
Malam tu jugak, kitorang try first trial bunga pahar berdasarkan bunga pahar inspirasi. After setuju itu ini, saya decide mahu beli barang keesokkan harinya.
Nasib Mr B nak datang KL. So mangsa saya seterusnya Mr B. Love u Mr B. (tibe-tibe plak)
Tukang teman je..bila proses pemilihan barang Mr B tunggu kat luar. Bosan la tu. Nama pun LELAKI.
Kalau nak cari barang kawen bole datang satu kedai kat JALAN TAR ---> KEDAI BUNGA RIBEN. Macam-macam ada.....
Bahan-bahan yang diperlukan:
Riben kecik 4 color
Riben besar (bunga ros)
Pelilit
Lidi
Net (letak telur)
Bunga ros ready made
Total damage semalam dalam RM 8.20 + RM 34.80 + RM 18.00
So bole kire sendiri la ye. Ni pun saya kene beli barang lagi. Sebab ada yang tak cukup.
*******
Kalau ikut perkiraan kasar (jika beli dah siap)
Satu batang bunga pahar inspirasi = RM 5.00 (maybe more)
Saya mahu 150 batang.
Total bankrup dalam RM 750. Bole terbakor duit den nak bayar.
******
DIY sendiri
Total damage below RM 200
(Perkiraan kasar)
So what say you??
Hanya perlu spend masa dan tenaga sahaja.
Tapi kalau uolss kaya raya takpe la kan.
Saya tak kaya tapi kayap banyak la...
=p
Riben sana sini
Bunga ros dari riben besar
Contoh dah siap
Walaupun tak berapa cantik tapi saya puas hati bila dapat buat sendiri
P/s:
- Thank you so much to Murni coz bersama-sama dalam proses pembikinan
albumbunga pahar-ku. - Pic perlu dihitam-putih bagi menonjolkan elemen "surprise"... =p
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment