Tidak semestinya apa yang kita rancang itu bakal menjadi kenyataan. Sebenarnya saya nak bgitau, tak semestinya apa rancangan yang saya tulis ni akan menjadi kenyataan seperti apa yang saya harapkan.
Saya bukan apa. Risau ada setengah orang yang kurang senang dengan apa yang saya tulis. Nampak tu, kita asik mahu menjaga hati orang. Risau dengan tanggapan orang terhadap diri sendiri. Letih bukan mahu pikir banyak bende. Padahal banyak lagi perkara yang boleh dilakukan selain buat kerja tak berfaedah tu. Dok pikir hati dan perasaan orang lain. Tapi hati dan perasaan sendiri penah terfikir untuk jaga.
Tujuan sebenar saya create blog sendiri adalah dasar mahu coretkan setiap kenangan terindah untuk diri sendiri. Bukan setakat terindah, terpahit pun ada jugak. Berpadanan dengan tagline saya "Setiap detik adalah kenangan". Selain dari tu, lebih kepada sharing info kepada pembaca yang lain. Walaupun tak banyak sangat info yang ditulis kan..=p. Asalkan ada sudah....
Saya risau, saya plan itu ini..konon macam bagus sangat...konon mcm teratur sangat...tapi bila sampai masa habuk pun tarak. Buat malu and buat kene gelak je. So sape mahu jawab????
Tapi kalau saya tak tulis, saya memang takkan tulis kat buku yang kene hurung semut semalam....haishhh angin semalam dengan semut yang berkoyan dalam kereta. Ada ke patut buku diari kawen-kawen saya tu die nak hurung. Sabar jela.
Buku tu pun masih banyak lagi muka surat yang tak bertulis. Saya lebih suka buat list di sini. Senang nak tengok....senang nak update...kalau terasa ada idea and mahu survey terus klik sana sinun. Bila jumpa idea terus post and save maklumat kat sini.
So jangan marah la kalau lately banyak sangat post tentang persediaan "itu"
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment