Kali ni saya dapat macam dapat satu semangat baru. Kadang-kadang masa lampau tu memang mengajar kita. Makin lama kita dah boleh adapt perasaan tu.
Kalau suatu ketika dulu, kita memang rapat dengan seseorang, tak mustahil suatu hari nanti kita takkan menjadi teman serapat dulu. Kehidupan berubah mengikut keadaan.
Same goes to dalam hubungan percintaan. Kalau dulu kenapa kita boleh berkapel sampai 3 4 tahun dengan pasangan kita, then sampai satu masa kita bole berpisah. Kenapa keadaan ini boleh berlaku?? Kalau masa kapel, dialah segala-galanya bagi kita...but then bila dah berpisah, apa yang akan terjadi dengan kehidupan kita??
Bagi saya setiap apa yang berlaku, merupakan pelajaran dan pengalaman yang penting dalam kehidupan kita.
Saya taknak jadi manusia yang terus hidup dengan angan-angan kosong. Itu tak kene. Ini tak kene. Kalau bole semua perkara baik yang ingin dilakukan oleh orang lain, diperlekehkan.
Memang betul, kalau kite dikelilingi oleh orang yang positif, maka positif la diri kita. Tetapi kalau kita dikelilingi oleh mereka yang negatif, maka negatif la kita. Itu yang terjadi pada diri saya dulu dan sekarang.
Kalau dah tertulis, buat masa ni, kehidupan kita begini..harungilah sampai kita temui jalan yang terbaik untuk kita. Jangan sentiasa berputus asa untuk berusaha demi kehidupan yang lebih baik. Jangan pernah berhenti untuk mengumpul pengalaman di mana sahaja kita berada. Kerana saya percaya sampai satu tahap, Allah akan tunjukkan kita jalan yang terbaik itu.
Buat masa ni, saya hanya ingin kumpul segala kekuatan untuk saya harungi jalan yang terbaik itu. Saya tak cukup ilmu di dada. Saya tak cukup pengalaman. Saya tak cukup hebat untuk mengharungi jalan terbaik tu. Banyak kelemahan yang perlu "dikuatkan".
Saya mahu berubah. Saya mahu jadi ikhlas dalam setiap apa yang saya lakukan. Saya ada target yang perlu dicapai. Biarla orang nak cakap ape. Saya ada geng "positif" saya.
Semoga semangat saya terus membara.
P/s:
- Pengalaman mengajar erti kehidupan...
- Buang manusia yang tak penting dalam kehidupan kita
2 Kata-Kata Inspirasi:
good luk dear...semaam jer bunyinye hehe..knape dear?
Uya: Heee takda ape..tgh muhasabah diri..byk sgt org negatif kat sini...
Anyway..ni pasal keje..=)
Post a Comment