Assalamualaikum dan hai,
Saya dah kembali ke pangkal jalan. Sudah kembali berkerja.
Esok ada misi penting yang perlu saya selesaikan. Berdebar jugak. Saya hanya perlu berusaha dan berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Syukur sebab Allah sentiasa memberi saya peluang untuk memudahkan segala urusan saya. Syukur Ya Allah. Tetapi sayalah yang perlu berusaha untuk mencapai apa yang saya mahukan.
Tapi andai kata, misi ini tidak berjaya. Saya hanya mampu pasrah dan berdoa semoga ada lagi sinar baru untuk saya. Yang pasti Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Tapi kalau ditakdirkan selepas kahwin rezeki saya masih di sini. Saya masih lagi bersyukur kerana masih ada lagi peluang pekerjaan untuk saya. Jauh itu bukan satu beban untuk saya. Saya sanggup untuk berkorban demi ..... (sila isi tempat kosong), asalkan saya akan tidak berjauhan dengan .... (sila isi tempat kosong)...
=D
Tata
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment