Assalamualaikum dan hello...
Saya berada di Ipoh bercuti plus menyelesaikan urusan big day yang tak sudah-sudah.
Mak sempat pesan pada saya, jangan terlalu mendesak..nak buat itu ini. Sebab mak tahu saya memang takda masa yang cukup.
Saya cakap kat mak mahu buat bunga pahar dan hantaran sendiri. Mak cadangkan supaya saya upah je sesapa yang buat. Mak nak tolong pun, kamu jauh.....
Mak risau pengantin pengsan di hari persandingan. Siap dah pesan kat saya, malam wajib tido awal. Takut saya akan letih keesokkan harinya.
Bila saya pikir apa yang mak cakap, ada betulnya. Saya ni sume bende nak buat. Tamak haloba. Konon serba boleh. At last menyusahkan diri sendiri. Saya ada kelemahan. Sukar nak percaya pada kerja orang lain. Risau tak menepati apa yang saya mahukan. Walaupun saya tahu hasil kerja saya takdalah memberangsangkan. So sebab tu saya rela buat semua bende walaupun pada hakikatnya saya kerap mengeluh keletihan dan tidak cukup masa.
So hari ni saya belajar, untuk rela menyerahkan beberapa tugas kepada orang lain. Delegate task tu sangat-sangatla penting rupanya. Buang tebiat cerewet tak bertempat. Buang perasaan tidak percaya pada hasil kerja orang lain.
Kesimpulannya, saya tak jadi mahu DIY hantaran sendiri. Saya akan serahkan hal ehwal deco hantaran kepada orang lain. Malas nak pikir banyak sangat. Malas nak cari idea. Malas nak cari masa buat hantaran.
Ada beberapa lagi task yang perlu saya agihkan. Akan difikirkan kemudian.
Kawan-kawan....sila agih-agihkan tugas ye. Rasa kurang beban sikit lepas tu....
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment