Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Monday, January 31, 2011

Majlis Bertandang Seremban

Lupe satu bende yang perlu di-update.

Actually semalam sebelum bertolak ke Ipoh, saya singgah ke Seremban dulu. Kate Mohd Azli ada appointment dengan akak butik pengantin. Pukul berapa saya bangun konon mahu berkejar sampai Seremban pukul 8 pagi. Memang kental. Tengok-tengok pukul 930 pagi baru saya sampai. Hujan lebat mengiringi perjalanan saya dari KL ke Seremban. Hujan tak berenti-renti semalam. Saya drive semalam pon balik Ipoh dari Seremban hujan lagi. Nak dekat sampai baru takda hujan. Alhamdullilah perjalanan saya selamat.

Saya dah try 2 baju. Kadang-kadang dari luaran baju tu memang chantek tapi bile kene kat body sendiri...failed. So moral of the story, sila la try baju dulu sebelum pilih. And untuk pakej kat Seremban cuma ada:

Pelamin
Sepasang baju sanding
Make-up

Itu saje. Kat Seremban kire mahal jugak kalo nak dibandingkan dengan pakej yang saya dapat kat Ipoh. Mungkin saingan butik pengantin tak berapa nak banyak kan. Tapi pelamin and design baju die memang saya puas hati.

And taknak pening kepala, Mohd Azli dah booked pun semalam. So kire setel. Cume saya mahu datang lagi sekali untuk tengok baju-baju yang akak tu tengah jahit. Masa kan panjang lagi, so boleh buat pilihan lagi.

Theme color??? Erm dah ada...tapi still masih dalam pencarian. Korang tunggu jela majlis bertandang nanti. Ntah-ntah warna pelangi kot. Tettt...ada sape-sape nak tiru konsep mcm ni???

Honeymoon Package

Salam uols...i uolss skg ni dah balik berada di Ipoh. Cuti lama and thanks to CICT. Masa ni baru i sayang lebih ok.

Baru bayar bil broadband yg tertunggak. Hoho and sangat impressed bile bukak emel. Just received emel from honeyvacation. Aritu ada la gedik-gedik tanya pakej nak pergi Krabi Island. Not so bad price die. My friend suggest supaya tunggu Matta Fair bulan Mac ni. Mana tau price die lagi meletop and berbaloi-baloi.

Manusia merancang, Tuhan menentukan. Kalo ade rezeki lebih tak salah kan.

Saturday, January 29, 2011

Pening

Salam,

Sepatutnya skang ni saya ada kelas dengan Dr. Hamdin. Tibe-tibe plak batalkan. So mood sangat hepi la kan. Hoho....

Tapi skg saya tengah pening. Sebab tadi baru daftar kat nufnang. Tapi bile nak manage blog tak berjaya cakap my url dah ada. Memang pening. Terasa nak tambah satu lagi blog just nak share tentang preparation je. So uols takdala nak muntah bila baca post i yg sangat annoying tu kan. Hoho

Amacam ada bran???

Friday, January 28, 2011

Ralat vs Melopong

Bole plak update kan, huhu

Tapi dengan syarat tak bole update panjang berjela ok. Semalam si polan binti si polan dah amik hantaran beliau. Tapi yang ralatnya saya tak amik gambarkan pun bile hantaran sume dah siap. Yang ada pun 2 ketul gambar yang saya tangkap aritu just preview je kan. Aduh sgt la ralat walaupon keje takdala membanggakan sekurang-kurang first trial kan. Camne ek???

Cmne apa plak. Bende dah lepas. Ko melopong jela. Huhu.

To si polan binti si polan: I dah buat mana yang mampu. Hope u like it. And Selamat Pengantin Baru. Weeee syoknya. Jangan nak gedik sangat. Lempang lelaju kang, nak??? Huhu

Talian terputus

Salam semua,

Buat masa ni talian tak dapat ditembusi,

Tiada update buat masa ni disebabkan talian telah di-suspended.

Haha padan muka saya,

Dah kata tak berduit nak buat mcm mana kan,

Anyway i promise akan menangani masalah ni secepat mungkin,

Ceh bajet ada peminat la tu, boleh jalan Cik Fardilla Fawzi

Daaa masa and tempat sangatla tak sesuai, banyak mata yang memandang.

Tuesday, January 25, 2011

Hantaran i dah Siap!!!

Oh yeah hantaran i dah siap uolss.. kawen lambat lagi tapi hantaran dah siapkan. Kaedahnya la kalau nak meroyan sangat nak kawen kan. Nak mintak pelempang la tu sebab dah terover gedik mahu kawin. Babe sapa taknak kawen kan?? Kalau teruja pun sorok la sikit kan. Tak sopan ok terkinja-kinja tak tentu hala. Kan dah dapat ceramah free. Hahaha abaikan ok.

Ingat tak dilema post sebelum ni perihal menyiapkan hantaran si polan binti si polan. Rujuk sini Pecah Tabung and Misi Buat Hantaran

Akhirnya saya berjaya untuk dapat idea. Nak berjaya takda la nak kata berjaya sangat. Tapi bole la.

Ada beberapa tips yang mahu saya utarakan tapi memandangkan masa semakin suntuk. I ade kelas 130 pm uolss. Jangan lambat datang kelas nanti kene bambu lagi. Naik menanah telinga ni dengar ok.

Sebelum blah sila la layan pic yang tak seberapa ni. Lisa ko jangan cuba-cuba tunjuk kat si polan ok. Huhu

Set hantaran perfume. Kotak die memang sebadak besar. So saya terpaksa tukar plan ubah mcm ni walaupon barang ada 3 ketul.

Pemandangan sudut yang berbeza

Set tali pinggang. Plastik tak bukak lagi. Huhu

Monday, January 24, 2011

Gula & Garam

Sebelum balik ofis apa kate kite kasi update sikit perihal hantaran rentetan dari post semalam.

Just peringatan kepada diri sendiri.

Aritu balik Ipoh mak kate kene tambah satu lagi hantaran yakni gula dan garam. Gula dan garam ni kire adat orang Perak. Mungkin secara teorinye gula dan garam kan elemen penting dalam melayari bahtera rumah tangga kelak. So saya telah mengubah plan asal 7 berbalas 5 dulang kepada 7 berbalas 9 dulang.

Untuk hantaran sebelah lelaki yakni hantaran untuk saya, saya yang pilih and beli sendiri. So saya mahu check kot-kot ada yang terlepas pandang.

  1. Handbag
  2. Jam
  3. Sejadah and Telekung
  4. Kain Pasang
  5. Perfume
  6. Cake ---> Considered done
  7. Gula & Garam

Gula dan garam macam pelik je kan bunyinya. Huhu. Saya sendiri masih blur lagi. Jangan konfius plak. Gula and garam tu memang gula and garam la. Bukan replika tau. Huhu tengokla nanti mcm mana rupa bentuk die kan.

=)

P/s: Tibe-tibe teringat pertanyaan Kak Lina (kakak En Azli), napa kene baling ngn bunga rampai masa kitaorang sampai aritu. Merujuk kepada majlis pertunangan setahun yang lepas. Huhu. Sesetengah orang tak berapa paham dengan adat kite kan.

Biar mati anak, jangan mati adat. Dah kalo anak mati sapa plak yang nak mewarisi adat tu kan. Tepuk dada tanya hati.

Naffnang tu ape?

Salam and salam sejahtera uolls,

Pagi tadi on da way pergi opis mcm biasa saya akan dengar radio HotFM lebih hangat dari biasa. Memang hangat pun topik pagi tadi. Tapi sayang tak dapat nak dengar dengan lebih lanjut. Saya stop takat mcm mana boleh kaut beribu ringgit untuk iklan naffnang. Sumpah saya tak tau naffnang tu nak guna mcm mana. Dulu saya ada register tapi saya tak reti nak manipulate itu ini. At last saya pergi button X kat atas. Fed up wei.

Gila kan pada blogger yang bole kaut sampai berjuta hinggit. Macam saya dengar pagi tadi, die ade interview redmummy. Pemilik blog tu cakap die amik masa dalam 3 tahun (if im not mistaken) untuk kaut naffnang beribu ringgit. Teringin la jugak nak jadi mcm tu. Huhu tapi hasil penulisan ntah apa-apa kan. Tak tau la mcm mana nak attract orang baca blog kita mcm Cik Fatin Liyana, Cik Nadia Bayu and Cik Irene Marcello buat kan. Tapi yang penting ketiga-tiga mereka ni memang cun melecun. Agaknya blogger yang cun melecun je kot bole femes and ada pembaca setia. Tak mcm i yang compang camping ni. Huhu. Dah la cite tak berapa nak best, buruk plak tu. Astaga. Sedar la diri wahai Fardilla Fawzi.

Tapi apa pun saya nak try la buat iklan naffnang ni. Mana tau dapat 20 atau 30 sen pun jadila. Boleh tambah duit kawen. Ahaks.

Annoying kan i ni....ampun ye.

Sunday, January 23, 2011

Sedetik Lebih

Akhirnya "orang itu" dan "perempuan itu" berjaya untuk keluar bersama.

Huhu pukul bapa kot En Azli datang. Dalam pukul 3 p.m kot. Huhu sabar jela kan. I paham u, u memang sokmo bizi kan. Anyway thanks for today.

Kami tak pergi mana-mana pon. Just pergi MidValley. Ceh kata tak pergi mana-mana. Cakap mcm ular kan. En Azli kata dah start nak cari hantaran. Die malas nak pikir. Kalo tak cari skg bile lagi nak buat. Mcm la kat Seremban takda kedai nak beli hantarankan. Kat KL jugak nak menempel. Huhu

After nak tercabut lutut pusing-pusing cari bende yang berkenan, akhirnya En Azli dah buat keputusan. Die nak grab jam memandangkan harga sangat berbaloi-baloi. Bila tengok die dok test-test jam, saya mcm terpengaruh seperti ada bisikan jahat suruh saya grab jam jugak. Masa die dok test tu banyak kali jugak die tanya saya taknak amik skg ke?? Murah ni...

Hoho seperti dipukau tanpa buang masa saya pun sibuk cari mana yang berkenan. Yes dah jumpa. Akhirnya setel satu checklist hantaran saya. JAM -->checked. Thanks to "orang itu" yang cube offer untuk beli hari ni.

Jam brand apa?? Hoho tak mahu bagi tau. Tunggu wedding jela. Tak manis nak heboh-heboh kat sini.

Jom tengok gambar bukti yang bikin uols muntah. Huhu

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Orang itu & Perempuan itu

Ada "orang tu" willing nk datang KL,
Sepatutnya "perempuan tu" yang kene datang Seremban,
Tapi disebabkan akak butik tak dapat nak menghadirkan diri,
Plan ditukar

Berjanggutla "perempuan tu" menunggu "orang tu",
Lapar kot, "perempuan tu" terasa mahu pergi merayap sorang-sorang,
Wahai "orang itu" cepatla datang

"Orang itu" bersama "Perempuan itu"

Ogos 2009
Pameran Kraf Tangan Seremban

Saturday, January 22, 2011

OK FINE!

Saya berharap segala urusan saya akan dipermudahkan oleh Allah. Saya harap saya mampu untuk mendapat rezeki yang lebih baik pada masa akan datang.

Siapa tak mahu kan perubahan? Semua orang nakkan perubahan yang lebih baik. Buat apa masih berada disini kalau setiap yang kita lakukan tidak mendatang kesan. Lebih baik berambus terus kan. Kata replaceable kan?

Tapi nak buat mcm mana kalu rezeki saya masih di sini. Di sini tempat saya cari makan. Tapi bila terlalu banyak sangat itu ini sampai bila saya mahu bertahan. Mental ni sakit.

Bulan Julai 2011 cukup 3 tahun saya di sini. Dan dalam tempoh masa tu saya cuma mampu bertahan dan bersabar dengan segala kerenah itu ini. Alasan mudah kenapa saya lebih rela berdiri di belakang dari duduk di barisan hadapan dan tak rela menjadi kesayangan orang itu ialah saya fed up. Kalau bukan disebabkan rezeki, saya dah lama menghilangkan diri.

Tapi saya tak boleh nak cakap besar. Saya kene terima apa jua cerita berita yang disampaikan. Saya dah lali kalau nak cakap antara orang itu dan orang ini, saya paling banyak tak bagi respon. Ok fine. Sebab saya dah lali. Sebab saya dah fed up.

Tibe la sampai satu tahap, semua kesalahan yang berlaku seolah-olah seperti terletak atas bahu ni. Bukan salah pihak yang satu lagi. Padahal bende ni dah terlalu kerap diutarakan sebelum-sebelum ni sebelum kemunculan si kaki bodek dan si kaki repot.

Adat perangai manusia memang mcm tu. Rasenya kat sini tempat paling sesuai untuk saya luahkan segalanya. Apa yang mampu saya cuba lakukan sekarang ni, perlu berusaha sedaya mungkin sebelum perkara yang pernah berlaku terhadap kawan saya terjadi. Saya perlu bertindak sebelum saya akan diberhentikan. Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Walaupun di depan die menidakkan, tapi dibelakang siapa yang tahu.

Ni belum lagi kes contribution. Yang satu ni memang meluat bila nak dengar. Tak dinafikan semua tempat pasti ada konflik dan perkara annoying yang semacam ni. Saya tak mahu untuk panjangkan cerita. Lepas ni tak tau la isu apa yang akan dibangkitkan.

Ayat best hari ni :: OK FINE! ::

Friday, January 21, 2011

Penat Pitam Pengsan

Lately hidup agak huru hara sikit banyak. Kalau bukan sebab yang satu ni jangan harapla saya mahu memenatkan badan sampai mcm ni sekali. Badan penat takpe tapi mental pun penat jugak. Kadang-kadang bole rase fed up and stress la jugak. Terlalu banyak sangat komitmen. Ntahla tak taula sampai bile saya mahu situasi mcm ni membelenggu hidup ni. Cewah dah amik luah la saya ni.

Ada sape-sape bole bantu saya untuk kurangkan beban ni??? Huahuahua...

Kalau saya tukar applied research memang workload saya sem ni memang banyak la. Saya kene tambah satu lagi subjek ETR. Banyak bende saya perlu buat dalam satu masa.

Argghhh stressnye rase. Woiii aku pon nak rehat jugakla.

Si Labu & Si Lobak

Masalah layout blog yang tak sudah-sudah....
And now saya amik langkah mudah ---> Lantak kau la labu, nak jadi mcm mana....
Layout yang ni pon kire ok la kan. Nanti kalo ade mood saya tukar lagi.
Susah la nak cari layout yang betul-betul kena dengan taste saya,
Saya dah cakap, saya memang sangat cerewet, pasal layout blog pon nak berkire kan.

Saya lebih suka background hitam sebab saya suke warna-warni,
Ada orang tak suke warna-warni, suka satu kaler je kan,
Konon untuk tidak serabut dan menyakitkan mata,
Lain orang lain citarasa kan,
Kalo background hitam senang saya nak carca marba kan entry saya ikut warna kesukaan bergantung kepada story yang ingin diluahkan,
Baru bile bace ceria je rase,
Ke saya sorang je meroyan rasa mcm tu???
Hahaha...

Saya selalu kene komen dengan kawan-kawan and terutama Mr. Gemuk,
Tengok saya pilih baju kurung sudah, taknak terang plak kaler saya pilihkan,
Mr Gemuk selalu cakap saya taste kampung,
Ok fine i memang orang kampung,
Takda unsur exclusive,

Exclusive Exclusove janji hati i senang,
Hahaha...

Ada satu perangai annoying saya yang sampai skg tak bole nak tepis,
Saya suke perli orang ckap kuat-kuat,
Bak kata pepatah "Sape makan cili die terasa pedas"
Memang sengaja cakap kuat-kuat bile si makan cili terasa kepedasannya,
Tapi bukan kategori mulut jahat ye uolls,

Kadang-kadang kene jugak buat mcm ni,
Letih la asik nak jaga hati orang je tapi hati kite takda sape nak jaga kan,
Tapi jangan tak tau cara i ni memang menjadi,
Siap ade si kaki repot bagitau kat si makan cili lagi,
Ooopsss astaga...
Hari Jumaat ni uolss tak baik menambah dosa,

:: Don't try this at home ::

Pecah Tabung

Dah pukul berapa uollss. I oulls masih tak tidur lagi al maklum terlebih tidur siang tadi. Bila tido lewat, esok mula la liat nak bangun pagi kan. Tapi mata ni tak boleh nak lelap.

Migrain tibe-tibe datang bile memikirkan idea untuk dekorasi hantaran. Perggh bukan ko kawin lambat lagi ke?? Eh eh bukan hantaran untuk saya tapi untuk orang lain. Saya tolong buatkan je.

Siang tadi pergi cari bunga kat Mydin. Cari bunga kat Mydin?? Heloo ada ke bunga kat Mydin. Eh eh uolss ingat beli bunga kat Mydin takda kelas ke?? Bunga lebih cantek ok dari tempat sinun and harga berbaloi-baloi. Kes ni merujuk kepada Mydin Subang ye. Dalam banyak-banyak Mydin, Subang paling i prefer nak pergi. Kalau Mydin KL taubat i taknak pergi ok.

Nasib saya dah jumpa bunga yang dicari. Rasenya itulah pilihan yang paling terbaik setakat ni. Sape suruh pilih tema biru kan. Lain kali pilih la kaler merah ke?? Purple ke?? Cream ke?? Berlambak ok bunga kaler tu kat Mydin. Memang chantek-chantek sume. I tak tipu.

Barang yang lain tinggal nak beli polisterene bulat and ribbon besar je. Yang lain sume dah complete. Tapi design tu masih dijana lagi dalam kepala otak ni. Pening-pening. Nak buat mcm mana, mencari rezeki katakan. Skg tak kisah apa saja kerja saya amik asalkan mendatangkan lumayan. Lepasla jugak nak beli satu hantaran.

Tadi En Azli tanya berapa duit tabung kawen saya. Mati kot nak jawab apa. Duit tinggal sikit akibat sikap boros saya yang melampau. Haishhh bile la saya mahu berubah kan.

Anyone sape yang nak bagi buat hantaran??? Saya mahu tambah duit tabung saya. Huhu

Wednesday, January 19, 2011

Under construction

"Harap maaf nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan lagi"

Wei tadi saya gatal-gatal nak tukar layout blog, amik kau dah jadi carca marba blog saya,

Harap maaf la ye kawan-kawan, saya akan cuba sedaya upaya untuk pulihkan balik keadaan blog ni kepada keadaan sedia kala,

Adoi,
takda bala, cari bala,

Haishhh

Kau datang kerja nak edit blog je ke???
Kaedahnya la...

Oh Dugaan

Haishhh,
Tak salam tak apa terus nak mengeluhkan,
Yela rupenya bila nak kawin ni macam-macam dugaan datangkan,
Risau la plak rasa dalam hati ni,
Hanya Allah je Yang Maha Mengetahui.

Semoga saya boleh lari dari dugaan seperti ini,
Apa yang penting niat kami suci mahu mendirikan masjid,
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.

:: Harap saya dan En Azli boleh bersabar dengan dugaan yang satu ni ::

Konflik Dalaman

Terasa macam susah je nak cari kerja skg kan?
I mean pekerjaan yang diimpikan yang kene denga taste,
Itula ada orang cakap jangan memilih,
Tapi saya still nak memilih jugak,
Pencarian masih tak berjaya,
Saya tak mahu PJJ lepas berkahwin,
And saya tak mahu terpaksa berulang jauh
KL - Seremban,
2 3 hari boleh tahan lagi kot,
Tapi kalau sampai 2 3 tahun??
Sendiri mahu ingatla

Tapi kalau tak kerja susah woo mahu menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi ni,
I bukan anak dato ok,
Pencarian masih diteruskan

Mahu abiskan master secepat mungkin,
Arghhhhhh bertukar

*

*

*

*

:: Hilang dah ::

Misi Buat Hantaran

Salam 1 Malaysia,

Big hooray sebab esok cuti Thaipusam. Itu pentingnya masyarakat majmuk pelbagai perayaan dapat disambut bersama dan yang paling penting cuti bersama. Huhu....

Esok ada misi penting. Ada sorang hamba Allah ni mintak saya buatkan hantaran. Kaler memang susah nak cari. Merata jugak saya pusing. Susah nak cari yang betul-betul chantek dan sesuai.

Ntahla tak taula misi yang ni berjaya atau tak. Kalau tak chantek memang salah saya. Minta maaf la ye. Tangan i memang terlebih seni.

Jom tengok beberapa contoh gambar hantaran untuk dijadikan inspirasi.

Justify Full

Malas nak komen satu-satu. Uolls komen la sendiri ye. Tapi yang penting sume chantek-chantek kan...

:: Credit to:Syiraz Lil Cottage ::

Tuesday, January 18, 2011

Jamu Ubat Kuat

Salam dan hai,

Huh hari ni hari yang memenatkan. You know why? Huhu ada orang kisah hidup ko penat ke ape? Haha saya peduli apa ni kan blog i, and jangan lupe my tagline "Setiap Detikkan Kenangan"

Hari ni credit hours saya memang nala pack macam sardin. Kalau pack je mesti nak dikaitkan dengan sardin kan. Huhu tak paham kan. Ok abaikan sebelum saya merepek dengan lebih lanjut.

Ok sambung cite kelas hari ni. Hari ni kelas saya 8 jam, kelas western cooking skills back-to-back. 830-1230 pm and 130-530 pm. Tak ke mati mcm tu. Ecece ayat nak gempak padahal saya masih hidup and sihat walafiat lagi kan. Kalau tak mcm mana plak bole terkuar post ni kan. Takkan h***t* kot yang tolong post kan. Hish don't ever mention that word kan.

Start minggu ni kelas praktikal kitchen dah start. So kerja keras sikit untuk produce menu untuk customer kan. Yang menjadi beban sebab this is first time saya run kelas ni. Boleh tahan jugak kan. Huhu baru kau tahu langit tinggi rendahkan. Disebabkan ketahanan dan kekuatan jamu yang i makan siang tadi, i masih bertenaga lagi uollsss. Promote jangan tak promote. =p

Balik opis kene struggle untuk tuisyen plak kan. Hari ni subjek Geografi Form 2. Bapak bising and aktif gile students hari ni. Masa awal-awal dulu bukan main lagi diam mcm tikus kan. Skg bukan main lagi ye. Takpe-takpe cikgu suke awk sume bergerak aktif. Cewah bila malam tukar status cikgu kan....

Ok jom zaas tengok hasil menu yang students Miss Dila buat siang tadi. Kalau nampak hasil tangan mereka mcm pelik, jangan cube-cube untuk salahkan lecturer mereka ye. Huhu

Set menu 2: Caesar salad. Ada 2 jenis salad je yang diberi oleh si-kedekut-taik-hidung masin. Astaga...lecturer ke cakap guna bahasa cantik mcm ni???
So takda variasi color di situ ye..

Ni main course, kite ada
Chicken Chop served wih Mushroom Sauce and Assorted Vegetables
&
Fish and Chip served with Tartar Sauce and Assorted Vegetables.

Ampun kalau presentation kurang memberansangkan selera uolss.
This is first week.
I kasi can untuk students i ok.

Chicken Chop served with Mushroom Sauce and Assorted Vegetables.
Besar kan chicken die?? Huhu
Tapi yang ni tak letak sauce lagi coz bile nak serve baru bole letak.
Just nice gitu.

Tartar Sauce pun tak letak masa ni.
Nak recepi???

Huhu sebenarnya banyak teknik masakan western depends la sama ada uolss nak senang or yang susah. Huhu actually banyak lagi yang saya kene belajar.

Tapi yang ni memang senang, i gerenti orang tak pandai masak mcm i confirm boleh buat.

P/s: Kak Tam (Kakak En Azli) nak organise cooking class. And die mintak saya jadi instructor, Pitam ok...frankly speaking saya memang tak pandai sangat. Sikit-sikit tu bole la kan. Katanya bole buat bisnes. Ok tengokla mcm mana. Perlu further discussion.

Monday, January 17, 2011

Pelamin Anganku Musnah??

No no no title tak bagus ok,

Pelamin anganku tidak musnah sama sekali,

Doa banyak-banyak,

Bak kate amoi butik Oh Sayang, minta saya sembahyang banyak-banyak supaya tak hujan sebab saya buat pelamin kat luar,

Takut pelamin roboh kene pukul angin,

Sabar jela kan,

Kat sini ada beberapa contoh pelamin impian,

Cewah,

Berangan tu kan indah,

Memandangkan orang butik mintak contoh design amik kau saya pilih pelamin,

Terpulang la pada mereka mahu buat mcm mana kan,

Janji theme kaler tetap menepati citarasa

Simple but nice. Penggunaan bunga tak banyak tapi still nampak exclusive. Cume kerusi mcm tu tak disediakan. Saya hanya dapat kerusi couple tu je. Hope uolss bole paham apa yang saya terangkan.

Still the same. Concept yang sama. I like very much. Lihat kombinasi kaler purple and pink. Al maklum la mata i memang mata purple and pink.

Terus tercirit tengok. Sumpah chantek. Nak kaler mcm ni. Haa kerusi mcm ni jela yang i dapat. Tapi takpe i bole duduk rapat-rapat dengan Mr. Gemuk.
Gedik siot minah ni.

Hoooraaay

Salam Isnin uols,

Akhirnya kelas praktikal western dah selesai,

Nasib ramai students yang boleh diharapkan,

Kalau tak mati i uolsss,

So bile first class dah jalan baru kite bole nampak perjalanan kelas seterusnya,

Rase nak pengsan berdiri lelame,

Pakai wedges kot,

Malu nak pakai baju uniform kitchen tu,

Tak glamm sungguh,

Muntah mak dengar ok,

Okla mahu tinjau-tinjau material,

Daa~

P/s: CNY En Azli ikut balik so kene buat proper check list. Kalau tak ada yang bising nanti. Huh..dapat laki skema susah, tak dapat yang skema yang jenis lepas tangan pun lagi susah kan. Huhu.

Sori u, i ckp u skema....

Bersyukurla dengan apa yang kite miliki

Sunday, January 16, 2011

Katering --> Checked

Pagi tadi saya, mak dan ayah dah jumpe dengan pihak catering,

Alhamdullilah harga makan untuk seorang taklah mahal seperti yang disangkakan,

Still affordable lagi,

En Azli sangat jeles ok sebab harga katering kat sini still boleh dapat bawah RM 10 sekepala,

Kat Seremban tak payah cakapla, kalo tak cecah belas ringgit tu memang tak sah,

Munah Catering ni memang agak femes sekitar kampung saya,

Masakan die memang sedap and kene dengan tekak dan selera orang kat sini,

Mak cik Munah siap bagi hidangan pengantin free lagi untuk saya,

So far puas hati and perlu update bile masa makin dekat nanti,

Katering - DONE

P/s: Sekarang ni sume kene booking cepat, kalo melepas. Tambah-tambah kalo hari cuti sekolah and tarikh cantik. Confirm masa tu musim mengawan naik dengan mendadak.

Misi Berjaya

Salam dan hai,

Akhirnya saya dah kembali ke KL dengan jayanya. Bertolak pukul 630 petang dan sampai pukul 9 malam tadi. Alhamdullilah perjalanan saya lancar tanpa sebarang masalah. Letih memang letih tapi yang penting hati rasa puas sebab apa yang dirancang sebelum balik kampung berjalan seperti yang diharapkan. Ececece...

So apa yang berlaku perlu di-update sebagai catatan perjalanan saya sebagai Cik Fardilla Fawzi. Minta ampun maaf andai kata setiap kali entry amat meloyakan. Huhu.

Tadi sebelum balik saya sempat survey lagi. Ingat tak post Survey & Grab semalam. So hari ni saya continue lagi misi ke butik satu lagi yakni butik Kak Saba. Thanks to mak and ayah kerana setia menemani saya ke mana saje. Sayang mak and ayah very much. Muahhh...

Tapi setelah di risik-risik pakej, memang amat murah dari yang lain tapi servisnya agak kurang meyakinkan saya. Tapi tak tau la plak kan servis butik Oh Sayang tu mcm mana pada hari kejadian. Oh lupe mahu bagitau, butik yang first choice saya tu namanya Oh Sayang. So far 3 orang cousin saya amik kat butik Oh Sayang ni. Setakat ni memang puas hati.

So setelah dihitung dan dicongak, saya bersetuju dengan pakej Oh Sayang. Butik kat Ipoh memang banyak. Tapi mak cadangkan saya amik butik yang terdekat. Senang untuk buat urusan kan. Tak sampai 10 minit pon butik tu dari rumah saya. Tadi saya dah bayar deposit. And raya cina ni saya perlu diskus lagi dengan lebih detail, design pelamin and design baju sanding. Tu part yang best ok sebab baju sanding totally my design. And tadi saya mintak lagi baju persalinan tambahan, tapi harga still maintain. Setelah dipujuk rayu, saya dapat satu lagi baju tanpa tambah duit. Selamat duit saya. Fuhhh...jom tengok lagi sekali apa yang saya dapat dari pakej tersebut.

Butik Oh Sayang:
Pelamin 3 panel
6 flower stands (walkways)
Pintu Gerbang
Hiasan bilik
Satu persalinan baju sanding (design sendiri)
Satu persalinan baju sanding malam
Satu persalinan baju outdoor
3 kali make up
Kasut
Veil and aksesori
Baju lelaki complete plus jacket
Payung
Facial (Free)
Bunting (Free)

Setakat ni saya memang puas hati. Tu pon jenuh jugak saya pujuk rayu amoi tu. Oh ya lupe jugak nak bagitau. Butik Oh Sayang ni kepunyaan cina ye. Tapi sangat pandai buat pakej untuk perkahwinan melayu.

Dan tadi jugak saya dah booked dulang untuk hantaran. Sepupu saya call cakap dulang tu dah nak abis. Die suruh saya booked and bayar deposit dulu. Takut abis katenya. Malas nak beli dulu sebab malas nak serabutkan bilik. So next time baru amik la kan....

Rupenya best buat preparation ni. Pasti saya akan merindui saat ni bile dah kawen nanti.

Sila muntah uolsss.

P/sL Perlu update checklist, banyak yang terlepas pandang.

Saturday, January 15, 2011

Survey & Grab Part 2

Hai uolss...

Ingat tak update survey & grab yang saya tulis tadi. After siap menulis mak dan ayah ajak pergi survey set bilik tidur and pattern langsir. Bile saya balik sini baru la bole nak buat apa kan. Gunakanlah masa yang ada.

Alhamdullilah dah jumpa set yang berkenan and siap bayar booking. Malas dah nak survey merata lagi. Plus kedai ni memang sangat dekat dengan rumah.

Kali ni saya dah pilih set yang kaler putih. Warna selamat untuk apa jenis kaler kan. Sesuai dengan tema kaler yang saya mahukan.

Hiasan dalam bilik:
Set katil
Cadar
Lampu tido
Langsir (Pattern done)
Hiasan (Sekali dengan pakej)

Sekadar gambar hiasan. Thanks En Google.

Survey & Grab

Hai uolss,

Dah solat Maghrib? Hehe soalan cepu emas.

Petang tadi saya dah survey pakej untuk majlis nanti. So far sangat puas hati bile jumpa satu kedai ni. Kat sini saya hanya 3 pilihan butik pengantin terdekat. Tapi malangnya 1 butik ni, yakni butik yang saya amik pakej masa tunang tutup plak. So saya tak sempat nak survey pakej dari Kak Saba (owner butik tersebut).

Butik Pengantin 1:
Pelamin (3 panel seperti yang diimpikan)
Satu persalinan baju sanding
Satu persalinan baju sanding malam
1 kali make up
Arch
Banner (Free)
Hiasan bilik tidur
Kasut (perempuan)
Payung
Hiasan bilik

Butik Pengantin 2:
Pelamin 3 panel
Arch
6 Flower stand (walkways)
Satu persalinan baju sanding (Ikut design sendiri & kaler sendiri)
Satu persalinan baju sanding malam
3 kali make up
Banting (Free) -(bole design sendiri)
Facial muka (Free)
Hiasan bilik

Harga saya taknak reveal berapa. So far still under budget lagi. Tapi saya memang puas hati dengan option no. 2 sebab mereka bole ikut pada design saya nak tak seperti option no.1. Bile saya mintak pattern bunga pun siap pesan lagi jangan la yg pelik sebab kami memang takda bunga style mcm tu. Ok saya dah paham bile kuar statement mcm tu kan.

And then tadi konon bagi saya harga runtuh siap kol saya banyak kali bile dah balik. Tanya saya nak tak tawaran pakej mereka. Mula-mula kate tawaran sampai malam ni je. Tup tup tengok saya mcm main tarik tali, mereka offer saya buat keputusan sampai sebulan plak. Macam tu plak kan.

Takpe saya dah ada keputusan. And saya harap apa yang saya pilih ni dapat memuaskan hati saya sendiri. Kawin sekali seumur hidup uolss. Tapi janganla sampai bergolok bergadai, konon nak majlis grand gile. After kawen, hutang keliling pinggang. Kehidupan selepas kawin kan lebih bermakna dan penting dari majlis kawin yang hanya untuk sehari tu je. Pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri. Huhu

Kalo uolss tgk sendiri, pasti uolss akan pilih option no.2 kan. Sebab berbaloi-baloi. Cume nak tunggu esok, nak tunggu harga Kak Saba plak.

P/s: Kat kedai butik pengantin no. 2 bole tempah baju nikah. So setel masalah cari tailor. Cume tunggu esok bawak baju and discuss design. Harga memang berbaloi-baloi. =)

Excited terlebih

Salam Sabtu,

Cube teka..cube teka (nada excited)....saya berada kat mana skg???

Ha? Kat rumah sewa Taman Medan? Ciss jangan disebut rumah puaka tu.

Yuhuuu i ada kat Ipoh uolsss...di kampung halaman terchenta,

Hari ni dan esok ada beberapa program yang perlu disetelkan,

Weeee seronok...

P/s: ada kawan mintak saya buatkan hantaran...kaler turquoise. Nak bunga warna turquoise. Susah nak cari bunga artificial. Fresh flower ada la kan.....Usaha usaha...

Friday, January 14, 2011

Peti suara rosak

Salam Jumaat uols, penghulu hari sekalian alam.

Hari ni saya telah kehilangan peti suara. Ya Allah susahnya nak cakap kan. Semalam ok lagi. Mungkin sebab akibat kelas Food Studies. Yela students ramai sampai belakang dan malangnya microfon tidak disediakan seperti bilik kuliah saya semester lepas. Perit nak melontarkan suara ye tuan-tuan dan puan-puan. Ditambah plak memang tekak saya dah tak sedap masa tu. Mungkin pembengkakan tonsil akibat berkipas selalu. Ni la padahnya.

Sekejap lagi ada kelas, nasib la 1 jam je. Saya perlu menggunakan pendekatan berbeza dengan bagi tutorial je. Tak sempat lagi nak cover bab 2. Harap-harap sempat cover sebelum mid-term break. Dugaan di pagi Jumaat.

P/s: Yeayy esok balik Ipoh. Tapi kene terus pergi Teluk Batik sebab famili saya dah stand by kat sana untuk berkelah. Yuhuuu mandi laut....

Wednesday, January 12, 2011

WoOoOoOwWw...

Wooooowww...(sila baca dengan harakat yang panjang)

Bila tengok pic kat bawah ni siapa yang tak kenal kan,

Saya terkejut badak ok, bukan takat terkejut beruk tapi badak ok bile tengok majlis si Elyana ni,

Memang class ok,

First time saya tengok video mereka dari CST Production bile rakan opis tunjuk kat saya,

Memang dah start berangan masa tu, nak majlis macam ni please....

Ko merayu mcam mana pon jangan harap nak dapat majlis mcm Elyana ni kan

Taknak cakap panjang, jom review pic mereka hasil ihsan dari danialhaikal photography dan blog Elyana,

Mana tau bole dijadikan sumber inspirasi,

So sweet...nak mcm ni jugak nanti...berangan sudah...

Jelita kan..sangat!

Ni majlis pernikahan. Sangat suka color baju and design baju die. Pitam tengok.

Cube tengok muka Elyana masa ni. Sungguh berseri-seri. Sumpah tak tipu. Ni baru betul seri pengantin...

Baju ni pon gojes jugak. Tapi i kureng warna merah mcm gini...

Bile tengok kaler baju ni dah bole tau from siapa kan. Mesti Lynda Rahim kan...

"Wuhhuu cantik kan muke i masa ni...jangan jeles"

Pitam 2 3 kali tengok. Pitam bangun pitam bangun...sengal

Kalau tak salah yang baju putih tu Datin Lynda Rahim kan...

Di singgahsana pelaminan nan indah...

Confius..mana satu pokok mana satu pengantin...=p
Ampun ye pengantin....Anyway pic ni memang chantek!

Dengar cite Elyana dah pregnant 4 minggu skg ni,

Wow pantasnya,

I seram uolss,

Ehem ehem,

Okla saya taknak drag lebih-lebih,

Uolss pikir la sendiri,

Huhu

Sekian terima kasih

Salam dan hai,

Hari ni hari bekerja paling best sebab hari ni langsung takda kelas. Huh bole berehat dari bercakap 24 jam kan. Bosan jugak kalau hari-hari kena bagi instruction kan. Cewah konon nak bajet lebih. Start minggu depan kelas Western dah start. Boleh jerit sekarang ye Fardilla. Memang kena prepare la jawabnya hari ni kalau rasa taknak gelak dengan student kan.

Paling penting yang kita kena ingat ----> mesti ada confident ok baru kerja yang kita nak buat tu menjadi. Contoh nak trussing chicken ke nak de-bone fish ke, walau pun bende alah tu jarang kita buat kat rumah kan, so bila tunjuk ajar pada student kena confident. Kalau ada tersalah ke apa kena pandai-pandai cover dengan ayat power ok.

"Eh ayam ni tak segar la...tu la saya dah suruh kolej tukar supplier kan. Nampak skg apa jadi, tak pasal-pasal uols dapat ayam tak fresh kan". Kaedahnya la....dalam hati gelak guling-guling.

Padahal trussing method takda kaitan dengan tahap kesegeran ayam. Huhu. Nak hidup kena pandai putar belit babe....ehem ehem. Tapi ada syarat, tak boleh diamalkan selalu...tak baik and berdosa tau. Bila dah tau diri tu serba kekurangan sila la improve-kan diri sendiri. Kalau rase takda talent sila la blah and bagi peluang pada orang lain kan. Ehem ehem.

So that why la saya berani mati ajar subjek ni this semester. Dengan alasan nak improve diri sendiri. So bile apply tempat lain saya ada pengalaman mengajar kitchen. Kantoi ada niat tak baik.

Kalo nak bagi saya lama kat sini, sila lah naikkan gaji saya ok.

Sekian terima kasih

Monday, January 10, 2011

Pengantin Histeria

Salam dan hai uols,

Kejap rasenya dah masuk Monday kan. Haishh kene struggle lagi untuk mengharungi minggu ni. Insya Allah weekend ni mahu pulang ke kampung halaman. Yang ni pon have to struggle jugak. Semoga saya terus tabah.

Eh tengok AJL semalam? Huh tak expect langsung pompuan tu bole menangkan. Mati-mati lagu Faizal Tahir bole menang. Mesti ada propaganda di sebalik kemenangan Ana Rafali tu kan. Bile view facebook and blog arini, rata-rata ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri. Apa boleh buat? Kite bukan juri yang arif dalam menentukan kemenangan sesuatu lagu tu. Ingat tak apa yang diperkatakan oleh pengacara majlis semalam. Ala cara macam mana Ana Rafali bole jadi artis rakaman tu...

Yang diorang cakap Aidit Alfian yang amik Ana Rafali jadi artis rakaman yang pertama untuk syarikat die after tengok performance Ana Rafali dalam youtube. Menyanyi dalam youtube pon boleh menang juara lagu babe. Uolss fikirla sendiri. Yuna si cantik jelita yang berbakat besar tu pon boleh kalah dengan Ana Rafali malam tu. Saya sangat frust. Huh...

So moral of the story, korang yang pandai menyanyi yang berbakat besar, tu sila la upload hasil ciptaan korang kat youtube. Confirm nanti ada komposer yang akan review hasil kerja korang. And mana tau boleh menang Anugerah Juara Lagu kan. Tak puas hati. Huh..

Enuf perihal AJL. Tapi saya nak cite perihal sorang artis pompuan ni plak. Gaya dan style die memang saya salute. And baru-baru ni si cantik manis ni dah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka yang sama padan dan cantik. Beruntungla si jejaka berkenaan kan.

Tak lain tak bukan si Bienda ni la. Suke cara die pakai shawl kat bawah ni. Bole dijadikan sumber inspirasi dalam pengayaan tudung ye wahai pompuan sekalian alam.

I like!

Wow...tidak sesuai gaya ni untuk ke Opis Cybernetics ye. Harap maklum

P/s: Sedang mendengar lagu TOLONG INGATKAN AKU. Tetapi gagal untuk mencari keistimewaan napa lagu ni boleh terpilih. Huhu tak bole terima kenyataan.

Saturday, January 08, 2011

My 'Dream' Wedding --> Contest Hot Part 2

My dreams wedding...

Tajuk pun 'dreams' kan. Apa kata mari kita berangan bersama-sama. Berangan itu indah bukan? Kalaulah saya dapat....

Semua orang pasti mempunyai impian perkahwinan masing-masing bukan? Boleh kerat jari la kalau taknak berangan pasal hari paling sejarah dalam hidup uols tu kan. Saya letakkan perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Kalau ditakdirkan perkahwinan yang kedua kali, tak mungkin sama rasa dan nikmat semasa kita melangsungkan perkahwinan yang pertama. Hoho simpang malaikat 44. Semoga Allah panjangkan usia perhubungan kami. Saya hanya mahu berkekalan hingga akhir hayat bersama si-buah-hati-pengarang-jantung saya sahaja. Tiada yang lain. Ok let's start berangan-angan...

*Source Pictures: credit to The Photographer Studio and Gallery plus pengantin Firdauz dan Yasmi dan sumber ihsan En Google (Harus mention ok sumber-sumber ini). Jasa sangat dihargai.

1) Theme:
Saya mahu sesuatu yang unik tapi masih mengekalkan ciri-ciri dan adat resam Melayu. Takkan Melayu hilang di dunia. Cewah. Saya mahu perkahwinan berkonsepkan Warisan Kesultanan Melayu. Kenapa saya pilih tema ini? Kenapa saya tak pilih theme garden, beach or what-so-ever kan. Skg ni theme tu sangat hot ok. Hehe. Ntahla saya memang jatuh hati dengan theme ni sejak dari dulu lagi tambah-tambah kalo tengok cite Nujum Pak Belalang scene Tan Sri P.Ramlee kawin dengan Hashimah Yon tu. Weeee~
ala payung ketipang payung..lalalala...eh siap nyanyi lagi kan...

2) Persalinan Pengantin:
Of course saya mahu persalinan lengkap songket warna kuning diraja. Baru betol macam sultan Melayu dolu-dolu. Bukan niat mahu melawan Sultan ok. Daulat Tuanku. Nama pun Raja Sehari kan.

Persalinan dan hiasan yg bercirikan kemelayuan..

3) Persalinan ahli keluarga:
Saya tak mahu hanya pengantin saje yang mengikut tema majlis. Ahli keluarga terdekat juga perlu ok untuk pakai baju sedondon dengan pengantin tapi dengan syarat jangan over shadow pengantin ok. Hehee...

Konon-konon ini adalah mak dan ayah saya nanti. Wee..bestnye berangan...

Saya mahu mcm ni. Antara ahli keluarga yang memeriahkan majlis. Pandai tuan majlis iaitu Firdauz dan Yasmi menyusun atur majlis mereka. Syabas uolss.

4) Perarakan Pengantin:
Saya mahu diarak atas tandu (btolkan saya sebut yang ni) mcm dalam gambar. So saya dan En Azli perlu menurunkan berat badan secara drastik. Kalau tak takda sape nak angkat kami berdua. Nanti bile tibe time berarak yang dipertanggungjawabkan lari bawak diri. Huhu...

Masa nak naik tandu ni pun kene jaga safety. Tali pinggang keledar tak disediakan. Buat jatuh tergolek kat bawah, nak tak nak tercatat jugak dalam lipatan sejarah hari perkahwinan, pengantin tergolek akibat tidak pandai mengimbangi badan. Huhu...

Tapi saya rasa kalau mcm ni potensi En Azli nak jatuh amat tinggi. Sebab dia memang seorang yang gayat. Huhu. =p

Auww kurusnya pengantin perempuan. Saya rasa sungguh tercabar. Huhu

5) Pelamin:
Pelamin pon mestila kene dengan tema kan. Takkan la saya nak pakai style yang zaman skg ni. Lari tema terus. Sila lihat contoh gambar. Again from sumber yang sama juga.

Seriously sebijik mcm berada pada zaman kesultanan Melayu Melaka kan...

Dekorasi dan perincian pada pelamin. Hebat bukan vendor yang ini?

6) Entertainment majlis:
Saya mahu ada pasukan gamelan, pasukan silat dan tarian. Kirenya semasa perarakan pengantin akan diiringi oleh gamelan. Then akan diteruskan dengan persembahan pasukan silat. And bila pengantin dah duduk di singgahsana pelaminan baru acara majlis akan diserikan dengan tarian Melayu. =)

Dan paling penting wajib ada pengacara majlis ye supaya majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Cewah.

Ada yang request karaoke ke?? Hurm rasanya zaman Melayu dolu-dolu takda set karaoke la. Hehe. Apa pandangan anda? Huhu

Ala payunglah payung, ketipang payung,
Payung sutera 'nak raja muda,
Ala tolonglah tolong, cik abang tolong,
Janganlah marah pada adinda...

Hehehe pengantin nak request lagu ni nanti....=p

Ok ada sesiapa willing nak jadi mcm Encik kat atas ni. Siapkan dengan teks ok. Hehe. Suke sangat dengan suasana mcam ni. Sangat real kan sepadan dengan konsep yang cuba diketengahkan.

Eh eh rasenya dah panjang lebar sangat saya berangan kan. Itulah antara perkara yang perlu di titik beratkan kalau saya mahu merealisasikan perkahwinan bertemakan Warisan Kesultanan Melayu. Dari kecik memang jatuh cinta dengan tema sebegini. Haha kantoi kecik-kecik lagi dah gatal mahu menikah kan. Kaedahnya la.

And tak sangka plak saya jumpa pictures yang betol-betol kena dengan tema yang saya mahu pilih. Again thanks to photographer dan pengantin yang terlibat.

Apa pun millions thanks to

CST PRODUCTION dan LYNDARAHIM KUALA LUMPUR
kerana berjaya menganjurkan satu pertandingan yang sangat bermakna buat bakal-bakal pengantin seperti saya. Hasil kerja uolls memang sangat tip top dan tiada tandingan. Keep up the good work babeh.

Insya Allah kalau rezeki itu milik saya, pasti berjaya. Sekadar mencuba nasib kan.

Special thanks to:

Hembus kanan, hembus kiri. Weee~

Monday, January 31, 2011

Majlis Bertandang Seremban

0 comments

1 comments

2 comments

13 comments

Disable Right Click