Salam dan hai,
Yeah akhirnya saya berjaya untuk menternak sarang labah-labah kat sini. Ampun ye. Lately saya memang mcm orang gila. Eh takdala gile mana...saje buat-buat gile konon nak kasi gempak buat ouols simpati dengan saya. Argh pooodahh...
Jom kite update secara ringkas jela.
Sabtu:
Majlis pernikahan ayoi dan ayu, adik En Azli. Saya dengan perasaan tanpa segan silu menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut. As uolls know. Huhu. Tu pon saya dah lambat sampai. Saya sampai umah En Azli dalam tengahari. Sume famili dah berkumpul. Sebelum pergi isi perut dulu. Then baru gerak balik kampung kat Jelebu. Sebab rumah Ayu memang dekat dengan kampung En Azli. Ikutkan hati memang saya tak mahu menonjolkan diri masa ni. Yela nikah je pon. Kebiasaannya nikah hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Tapi nak buat mcm mana. Saya dah selamat pon menempel kan diri masa tu. Sempatla saya amik iktibar sepanjang majlis berlansung. Huhu.
After majlis saya follow Kak Lina (kakak En Azli) balik sebab ade beberapa hantaran yang tak siap masa tu. Penat bukan main lagi mengalahkan pengantin dan keluarga pengantin. Sampai rumah terus cari barang nak buat hantaran.
Pastu dan dan plak En Azli and kawan-kawan ajak tengok wayang mid-nite, The Tourist. Cik Yana, En Cass, En Rosno, En Dolla and En Azli. Penyudahnya tak sedar tertido sekejap dalam wayang. Cite agak slow. En Azli tak payah cakapla. Memang lentok abis.
Ahad:
Majlis sanding kat sebelah pompuan. Ala gmbar takdala. Sume dalam kamera En Azli. Bosankan bile bace post yang panjang berjela. Ampun~
Malam after dinner ngn famili En Azli baru saja balik KL. Sebab tau-tau jelakan highway KL-Seremban time Ahad, sesak bukan main lagi. So saya malas nak tekan clutch banyak kali, saya rela balik malam. Mmg tak tau malu kan. Tu pon mereka suruh tido umah lagi sebab saya memang dah merancang untuk MC keesokkan harinya. Cannot ok. Keje saya berlambak kat rumah tu.
Isnin:
MC and melepak di rumah menyiapkan keje tertunggak. Soalan Midterm, Research Proposal, Note tuisyen. Yang paling mencabar saya nak buat of course Research Proposal. Yang membuatkan saya terkocoh-kocoh nak siapkan bende alah tu, kan saya diberitahu untuk defence balik kan and saya perlu submit pada Rabu (hari ni) sbelum 12 pm. Tu yang risau mcm nak mati. So kawan-kawan jangan tiru perangai saya, buat keje last minute.
Selasa:
Gile stress masa ni. Sampai tak lalu nak makan. Kelas pack tapi saya terpaksa melibatkan students yang tidak bersalah. Kesian mereka. Selamba saya je kan. Kalo student report mati la saya. Lepas kelas petang saya terus zaas jumpe advisor saya En Ali. And you know what, rupenya saya tak perlu pon nak present balik. Just betulkan je. Sebab En Ali dah tanya sendiri dengan Dr. Salleh. Saya agak confius jugak sebab saya memang terima emel dari Dr Salleh yang saya perlu untuk defence balik research saya. So malas nak semak kepala, saya ikut je cakap En Ali, sebab die yang cakap mcm tu kan. Hooorayyyyy....(melompat-lompat mcm beruk dapat bunga).
And semalam jugak, memang setiap malam saya ade kelas tuisyen. Byangkan dari Shah Alam saya terus ke rumah tumpangan. And tak sampai beberapa minit, saya perlu bertolak ke tempat tuisyen tanpa mandi ye tuan-tuan dan puan-puan. Sebab kalo lambat, jalan jem. Pukul bape saya smpai umah semalam. Nak dekat pukul 12 am kot. Tapi jangan risau, saya memang sentiasa maintain wangi ok. Muntah skg. Huhu
Rabu:
Arini terpaksa menjadi emcee bidang terjun untuk majlis perasmian C-Shop. And alhamdullilah sume berjalan dengan lancar. Apa yang merisaukan saya ialah sebab arini sejak 24 tahun, ni la pertama kali saya perlu terjebak untuk menjadi pengerusi majlis. =)
Skg ni memang rase release sangat. Hilang sume keserabutan hidup. Alhamdullilah.
Kepada diri sendiri: Sentiasa la beringat supaya tak buat keje last minute. TQ ::
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment