Hai semua...sedar tak sedar hari ni dah 20 Ramadan. Wah cepatnya. Masa sangat cepat berlalu kan. Huhu motif saya berkata begini??? Sendiri mau ingatla kan.
Pagi ni saya terbaca satu comment dari nora aka aira and dapat satu info yg menarik dari blog beliau. Thanks ya coz jalan-jalan kat myzone...=)
And saya rase info ni penting untuk saya supaya saya akan sentiasa keep on track....
12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
- Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan ---> Tarikh dah confirm. Beliau dan famili dah ok. Saya hanya menunggu keputusan dari famili saya.
- Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan ---> Majlis di rumah je
- Menentukan gaya serta tema majlis persandingan ---> Warna tema masing-masing dah decide
- Mengaturkan bajet ---> Dalam proses. Paling penting bajet sederhana jer..kehidupan selepas kawin kan penting...=p
- Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda ---> Tak perlu kot. Saya sendiri yg volunteer nak jadi perancang majlis sendiri. Huhu
- Mengumpul nama tetamu ---> In progress
- Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis ---> Pengapit??? tak tahula sape nak jadi pengapit saya. Cik akma bole tak??? Pengiring??? Pengacara??? No idea setakat ni
- Memilih cincin pernikahan ---> Tak pakai cincin. Decide nak bagi lain. Yg penting dah siap-siap beli pon. So DONE!
- Memilih kek pengantin ---> Tak decide lagi pon
- Memesan cenderahati untuk tetamu ---> Sedang berkire-kire dalam pikiran. Balik nak bincang ngn famili...
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment