Assalamualaikum dan hai,
Happy birthday to me...happy birthday to me....
Udah rasa mcm usop dalam Hantu Kak Limah la plak. Teruja sangat nak celebrate besday sendiri. Last-last kaki kene gelek dengan mesin pembajak sawah tu. Sungguh tragis peristiwa di hari jadi beliau. Hahaha
Oh yea...harini 5 May 2011 memang besday saya. OMG tahun ni usia semakin meningkat. Hepi besday to me yang ke 25 tahun. Clap clap clap.....rasa macam tak dapat nak terima kenyataan lagi.
Terima kasih yang tak terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah membesarkan saya selama ini. Yang memberi cukup makan, pakai, didikan agama, ilmu dan segalanya. Pengorbanan dan jasa mak ayah memang tak mampu untuk saya balas sampai akhir hayat.
Terima kasih kepada mak jugak sebab telah bertarung nyawa untuk melahirkan saya 25 tahun yang lepas. Tunggu nanti di saat saya mahu melahirkan jugak baru saya tahu betapa sakitnya mak sewaktu mahu melahirkan saya. Mak bersalin normal ok. Hebatkan.....i love u mak....
(Tak bole nak buat entri sedih-sedih.....)
Mak dan ayah...
Manusia yang tiada pengganti dalam dunia ni...
Tahun ni jugak merupakan last day saya celebrate as a single aka bujang. Next year, insya Allah, bersama pasangan hidup sampai mati. Ok fine, saya memang gedik. Hahahaha
B...
Jangan sia-siakan saya k,
Jangan sia-siakan hubungan kita,
I love u so much
Apa yang saya mahukan:
- Dipanjangkan umur supaya saya dapat berbakti kepada mak dan ayah dan keluarga. Supaya saya dapat berkhidmat untuk orang yang saya sayang.
- Dimurahkan rezeki.
- Mahu hepi-hepi selalu...mahu bahagia-bahagia selalu
- Dipermudahkan untuk capai apa yang saya impikan selama ni
- Diberikan kesihatan yang baik kepada saya dan orang sekeliling yang disayangi
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment