Hidup ni memang tak pernah putus dengan cabaran dan dugaan. Ya Allah sumpah cakap lepas kawen cabaran jadi makin hebat.
Dulu masa belum kawen, semangat berkobar sanggup cakap dalam diri tak kisah nak ulang-alik hari-hari KL Seremban. Tapi bila dah mengharungi sendiri, and guess what tak smpai sebulan saya dah merungut, sangat penat rupanya berkeadaan macam ni hari-hari. Saya hampir tewas!
Saya manusia yang diajar organise walaupun kadang-kadang tak organise sangat. Huhu. Skang ni banyak faktor yang membuatkan saya jadi kurang rehat. Datang kerja dengan muka sememeh walaupun padahal malam semalam takda apa yang berlaku...=p
Suami jenis yang banyak aktiviti. Ke sana ke mari. Kadang-kdang saya kene ikut la ke mana dia pergi. Bila weekdays dah penat ke hulu ke hilir kerja, then bila weekend pon sama jugak. Cuba bagitau saya, waktu bile untuk saya berehat sepuasnya.
Di tambah pula, buat masa ni saya masih stay di rumah mertua. Nak buat mcm rumah sendiri jangan harapla. Mesti kene tunjuk sopan santun lagi. Takkan orang lain buat kerja, saya nak duduk goyang kaki kan. Memang tak jadi masalah duduk rumah mertua, saya suka tapi buat masa ni saya perlukan ruang untuk diri sendiri. Harap takda sapa menyalah tafsirkan apa yang saya ungkapkan di sini.
Yes saya masih dalam proses adaptasi dan menyesuaikan diri. Saya kene kuat untuk harungi cabaran yang datang sebagai isteri.
Banyak faktor yang menyebabkan saya berkeadaan begini. Hari-hari merungut stress. Suami banyak kali pesan kene banyak bersabar, pasti saya dapat ganjaran satu hari nanti.
- Semoga saya dan suami bole cepat pindah rumah sendiri.
- Semoga students cepat cuti semester. Stress dengan students jugak salah satu punca serabut dalam diri.
- Semoga saya berjaya dengan intebiu nanti
Oh hampir terlupa dengan cabaran yang satu lagi ni. Semester ni saya perlukan complete-kan thesis. Ntah masa bila waktu yang sesuai saya nak buat. Ya Allah memang rasa nak menangis....
Saya hanya manusia yang diberi 2 tangan dan 2 kaki. Semoga semuanya dipermudahkan ya Allah....
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment