Alhamdullilah pagi tadi dapat dengar suara mak dan apak.
Semalam saya tido awal. Lepas mandi dalam pukul 10 saya dah tarik selimut. B keluar atas urusan kerja. Katanya balik pukul 1 pagi. B call and sms pun saya tak layan. Terlalu penat.
Dalam mamai-mamai tu saya perasan ada satu nombor ganjil keluar. Nombor yang sangat panjang. Saya agak ni mesti panggilan dari mak and apak. Tapi saya tak sedar. Tersedar pun pukul 2 pagi bila ada "orang" mengganggu saya tido. Huhu...
Rasa menyesal plak tak angkat. Risau kalau ada perkara tak baik jadi. Sesuatu yang urgent kan. Bukan mahu meminta yang bukan-bukan. Tapi bila jauh dari mata saya amat risaukan perkara macam tu terjadi. Saya tak bole tido terus call mak and apak. Tapi tak berjaya. Then saya terus sms.
Pagi tadi masa on the way pergi kerja sewaktu hujan lebat, mak call dari Mekah. Apa lagi saya dan mak pun hujan la sekali. Haha...Mak cakap dia rindu kat kami semua. Sweet kan. Heee...
Perkara paling mengembirakan saya, mak dan apak sihat sepanjang berada di sana. Hari ni baru smpai Mekah. Mak dan apak baru selesai mengerjakan umrah. Alhamdullilah, itu yang kami minta dari Allah semoga mak dan apak sentiasa sihat dan dipermudahkan mengerjakan ibadah haji.
Oh ya masa mak call saya tu dalam pukul 7 lebih. Kat Mekah dalam pukul 2 pagi. Tak sabar nak tunggu lagi sebulan.
Apak dan mak sewaktu disandingkan masa majlis saya
=p
Rindu la...
P/s: Kami panggil ayah, gelaran apak tu Tasha yang bagi. Nama panggilan orang Perak untuk bapa.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment