10 Oktober 2011 (Isnin)
Genap sebulan saya melayari kehidupan sebagai suami isteri. Mak dan ayah mendapat peluang untuk menjadi tetamu Allah. Alhamdullilah.
Mak dan ayah untung sebab dapat menunaikan ibadah haji bersama-sama sebagai suami dan isteri. Insya Allah nanti saya pon nak ikut jejak mak dan ayah suatu hari nanti.
Mak dan ayah terima surat agak lewat. Seminggu nak pergi baru dapat tahu tarikh penerbangan. Nak dijadikan cerita nasib baik saya tak dapat nak ikut B ke Korea. Allah Maha Mengetahui segalanya. Saya sikit pon tak terasa ralat tak dapat nak ikut B ke Korea. Sekurang-kurangnya saya berpeluang untuk menghantar mak dan ayah ke Kelana Jaya walaupon tanpa kehadiran B di sisi.
Nasib baik saya masih menyewa di rumah Pandan Perdana. Susah jugak nak cari penyewa lain. Tapi mungkin ada hikmah yang kita tak tahu kenapa masih takda lagi penyewa yang mahu menggantikan saya. Rumah sewa tu banyak jasa. Kat situ la tempat persinggahan mak dan ayah bila mereka datang KL. Orang yang takda rumah sendiri macam ni la keadaannya. Tak sabar mahu masuk rumah sendiri. =(
Tepat pada harinya, pagi-pagi lagi kami dah bangun. Risau kalau terlambat alamatnya terperangkap dalam traffic jam la. Seawal pukul 6 pagi saya dan angah dah menghantar mak dan ayah ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Dalam pukul 7 pagi dah sampai di sana. Alhamdullilah perjalanan lancar.
Ni merupakan first time saya berada di sini. Alhamdullilah kemudahan yang diberikan memang memuaskan. =)
"Saya mendoakan semoga mak dan ayah sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dalam menjalankan ibadah haji di sana. Semoga Allah merahmati dan melindungi mak dan ayah.
Ya Allah permudahkan urusan mak dan ayah mengerjakan ibadah haji disana"
Di saat berlepas. Mak tak dapat menahan kesedihan.
Well u know la my mother macam mana...
Sangat berhati kecil...
Apak and mak.
Ya Allah sihatkan tubuh badan mereka.
Permudahkanlah segala urusan mak dan ayah mengerjakan haji...
Semoga mak dan ayah pulang dengan selamat ke tanah air..
Amin
Mak tacing...
Saya pon tacing tapi kalau ada Debab lagi tacing..
Badan je besar tapi hati kecik..
Huhu
=p
Ampun gambar kurang memuaskan. Al maklum i tak pakai blackberry.
Beri-beri ada la. Huhu
P/s: Apak masuk surat khabar Metro and Berita Harian. Tengah salam dengan Agong. =)
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment