Selasa depan saya ada interview untuk post Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di Putrajaya. Setelah lama membuat permohonan akhirnya dipanggil untuk interview. Sebelum kawen langsung taknak panggil, tapi seminggu lepas kawen peluang itu menjelma.
Sebelum ni saya ada satu persepsi negatif dimana, dulu saya pikirkan jika seseorang itu sudah berkahwin peluang untuk menjawat jawatan dalam kerajaan amat tipis. Tapi persepsi saya tu meleset bila saya dapat tawaran temuduga ni. Orang cakap rezeki kahwin. Alhamdulillah.
Saya masih ingat Murni pernah cakap. Ada sorang kawan dia datang intebiu and masa tu tengah tunggu masa nak bersalin and alhamdullilah dia diterima berkerja. Itu namanya rezeki anak. Dulu saya pon punya persepsi yang salah. Perempuan yang tengah mengandung memang takkan diberi peluang semasa intebiu. Baru kali ni mata saya terbuka. Sesungguhnya Allah itu yang pemberi rezeki bagi setiap manusia. Sebagai manusia kita hanya perlu sentiasa berusaha and berdoa moga Allah murahkan rezeki kita kelak. Amin.
Ini adalah peluang yang Allah bagi untuk buat pembaharuan dalam hidup saya. Tapi andainya takda rezeki lagi saya redha. Saya kene semat dalam hati Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat saya.
Apa yang nak dibaca ni???
Moga saya lancar menjawab segala soalan yang ditanya oleh panel interview nanti.
P/s: Saya cakap separuh rezeki kawen, kalu dah berjaya baru boleh cakap rezeki kawen...
1 Kata-Kata Inspirasi:
good luck...
Post a Comment