Ok fine dah sebulan kawen baru sibuk nak review pasal wedding kan. Haha...
Kene tengok mood la nak menulis tentang review-review ni. So arini mood datang plak. Kelas i dah abis awal. Students dah mula sibuk dengan final and lagi beberapa minggu saya akan free dari lecture dan sebagainya. Dah bole makan gaji buta kot lepas ni.. =p
Ok kali ni saya hanya nak bercerita tentang make-up semasa majlis nikah, sanding di Ipoh and majlis bertandang di Seremban. Saya juga turut sertakan nama kedai, alamat dan no phone, mana la tau ada yang berkenan dengan pakej yang saya amik.
Taknak cerita banyak. Mari saya review satu persatu mengikut majlis ye. Check it out.
NIKAH
Kepala teleng ok...kau ada??? Haha
After make-up,
Satu yang saya berkenan dengan auntie (juru make-up) saya bebas untuk menentukan warna dan gaya make-up yang saya mahu kan,
Fake eyelashes pon saya tentukan, so takda la simptom belalai gajah melekat kat mata kan,
So far make-up die bole tahan,
Cuma ada angle-angle dalam pic yang membuatkan muka saya nampak lebar,
Sebab auntie buat teknik shading,
Mata pun sometimes nampak agak sepet,
Tahula yang make-up saya tu cina tapi tak perlu la nak sepetkan mata saya.
Huhu
SANDING
Close up sikit,
Better kot then nikah,
Ke saya angkat bakul sendiri??
Ampun nok...
The best part is make up remain smpai malam,
Masa buat outdoor pon make up dia still maintain,
Sanding malam auntie hanya touch sikit-sikit je sebab masa sangat suntuk,
Terlebih bajet masa,
Bayangkan pukul 6.30 ptg baru nak amik pic outdoor,
At the end pic outdoor 2 3 ketul je...
BERTANDANG
Saya lebih suka make-up di Seremban,
Sama macam kat Ipoh saya tak penah buat make up test,
Tawakal je moga muka saya tak macam hantu,
Suke sebab nampak natural,
B pon sangat suka dengan make up saya yang ini,
Rasa macam taknak buang make up masa ni
Mira (juru make up) sgt muda, baru 22 tahun kot,
Tribute to En Ismail and Puan Liyana,
Saya jumpa pic ni yang ok dari yang lain sebab pic dari OP tak transfer lagi...
Detail info:
- Pakej Ipoh -
Pusat Pengantin Oh Sayang
Pasa Bina AG 67, Pengkalan Emas Mall,
3160 Ipoh, Perak
pusatpengantinohsayang@yahoo.com
012-527 0671
-Pakej Seremban-
Noor Amira Zulkifli
017-328 6838
Saya amik pakej so saya tak tahu harga untuk make-up sahaja. Any detail info bole directly contact nombor di atas.
P/s: Sharing is caring. =)
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment