Hari ni dalam sejarah
(merujuk kepada kejadian semalam 11 Oktober 2010, sehari selepas tarikh keramat 10.10.10)
Mcm biasa saya selalu parking kat situ kalo time opis. Malas nak membazir duit bayar parking mahal-mahal. Baik saya spend duit saya dating. Baru puas hati.
Hampir bertahun saya parking di situ, hanya surat saman DBKL je yang saya terima. Saya mik mudah. Tak anggap sesuatu yang serius. Amik kertas, usha ats bawh pastu saya renyuk surat saman tu dan cmpak kat tepi kreta. Ego plus bongkak si Fardilla ni. Huhu
And pagi semalam masa kiteorang baru balik brekfast kat Rot-Cai ternampakla mamat naik motor DBKL distributed surat saman kat kete yang parking kat situ. Natrah tak jadi nak letak kete kat situ. Saya sempat ckp lagi ala biasa la tu. Tapi takut jugak kalo diorang claim tayar kan. Takpon kete kene amik. Saya dok pesan kat orang. Tapi saya takda inisiatif pon nak alihkan AFQ saya.
Balik dari kelas Restoran saya lalu jalan ni and sempat mengerling ke tempat saya parking kreta. OMG...where is my AFQ??? Damn kete sume licin kat situ. Padahal kat area tu mmg hot parking. Sentiasa penuh. Saya tak pikir panjang saya dah agak DBKL yang angkut AFQ saya.
Saya pi kecoh kat member opis and untuk menguatkan firasat AFQ diangkut DBKL, saya gi tanya kat mamat yang keje kat Kangkung. Erm seperti yang dijangkakan, DBKL buat rusuhan tadi. Ga****g.
Saya terus check website DBKL and kol nombor apa yang patut. AFQ ditempatkan di Depoh Simpanan Sementara DBKL kat Jalan Jinjang, Kepong. Mak ai jauhnya. Tapi serius makcik yang jawab panggilan saya kurang ajar tahap ce***a. Kau ingat kau keje kerajaan besar sangatla pangkat kau kan. Padahal tukang jawab kol je. Kalo saya dapat makcik tu.....
Nak amik kreta balik banyak plak cengkadak die kan. Nak salinan geran atau insurans. Damn mana penah saya simpan bende alah tu. Saya terpaksa menyusahkan mak ayah saya plak. Kol ayah mintak fakskan geran and insurans. Terima kasih ayah. Masa kol tu saya mintak geran and insurans, saya tak bgtau sebab apa. Saya rahsiakan dulu. Pastu baru saya mesej ckp kete kene tunda. Huhu.....
Documentation done. Saya terus gerak bersama Natrah ke Kepong berpandukan google map yang mcm haram. Bagi direction kurang tepat. Nasib saya bijak pakai agak jalan dan akhirnya kami selamat jugak sampai tempat yang dituju. Thank a lot to Natrah. Nasib saya tiada kelas petang hari Isnin.
Melayang jugakla duit saya semalam. Ringgit Malaysia 205 saya kene bayar untuk amik balik kreta saya. Charge tunda sahaja Ringgit Malaysia 150. Damn cekik darah. Padahal tempat parking saya tu tidak langsung menganggu lalu lintas. Bole beli perfume guess ok.
So saya dah terima akibat sifat saya yang suke amik mudah. Masa lepas bayar saman tu, ada satu lori tunda lalu, pakcik tu hon kat kami and siap lambai-lambai sambil gelakkan kami. Nak meng-anjing la tu kn. Erm nak pergi tarik kete org la tu. Saya dapat tau 2 round DBKL buat rusuhan kat tempat parking tu.
So arini parking berbayar penuh and parking kat bawah tu lengang je. Sume dah amik kesedaran pasal kejadian semalam.
P/s: Huh panjangnya aku membebel
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment