Saya suke buat blog walking kat zone-zone yang bakal mendirikan rumah tangga. Nak taknak saya tak mampu menahan rase dari terpengaruh dengan cara mereka. Huhu
Cume skg ni saya nak sentuh sikit mengenai honeymoon. Sejak akhir-akhir ni saya kerap la buat survey mengenai pakej honeymoon tak kire la dalam negara atau luar negara. Tapi lepas dikire-kire bajet dan kekangan masa hasrat untuk saya terbang ke luar negara terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Dulu ada jugak bincang ngn En Azli nak pergi satu tempat ni (rahsia), bile tengok pakej and harga ok. So kami nak tekad nak pergi situ for our honeymoon.
Setelah masa berlalu and terpaksa memikirkan bajet dan masa, mungkin hasrat tu terpaksa di-hold-kan buat sementara waktu. Terpaksa cari yang domestik sahaja. Kan honeymoon so tak bole nak sakan sangat berjalan. Cari pakej yang domestik sama mahal dengan international punye. Apa kes kan. Rase tak berbaloi. Tak payah ikut pakej.
So kami dah decide mungkin nak pergi dalam negara sahaja memandangkan kami ingin menyahut kempen Melawat Malaysia and Belilah Produk Buatan Malaysia. Kalau pergi sekitar Semenanjung better pergi cari hotel sendiri, naik kenderaan sendiri and buat aktiviti sendiri. Btol tak????
Sebab rata-rata pakej yang ditawarkan sangat tidak berbaloi. Ada sape-sape punye pakej yang menarik untuk dikongsi bersama saya????
Ini hanya luahan pendapat sahaja. Anda plak bagaimana???
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment