Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, May 30, 2012

Pasrah Segala Keputusan

Esok ada interview SPP. Ini kali yang kedua selepas dihalau tahun lepas gara-gara saya kehilangan skrol ijazah dalam bahasa Malaysia. Bodoh kan?

Memang bodoh pun. Saya pun tak pasti ke mana menghilang skrol berkenaan. Bila dapat interview kerajaan benda tu la yang paling penting panel nak tengok. Tapi masa interview UiTM haritu, penemuduga tak strict macam SPP ni....

Kali ni saya tak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk lepas ke bilik temuduga. Skrol yang asal masih dalam proses. Rekod yang ada, cuma pengesahan penganugerahan ijazah sahaja. Dan saya tidak pasti sama ada ia valid atau tak untuk melepaskan saya ditemuduga.

Kepada pembaca di luar sana. Simpanlah skrol anda baik-baik ye. Jangan jadi macam saya.

Kalau takda lagi rezeki kali ni saya pasrah je. Nak buat macam mana, takkanlah nak pergi jumpa bomoh nak bomohkan panel/penemuduga plak.

Ingat tu rezeki ada di mana-mana. Yang penting usaha bukan duduk bersila berteleku dalam rumah menanti rezeki terbang depan mata.

Tuesday, May 29, 2012

Menantu Kedua Mak dan Ayah

Kat sini saya nak share sikit gambar sekitar majlis pernikahan dan persandingan di sebelah pihak perempuan di Butterworth, Penang.

Selepas majlis akad nikah selesai. 
Dengan sekali nafas mereka sah bergelar suami isteri.

Adik ipar yang sweet.
Muda lagi hang dah kawen naa..
Moga saing dapat baby cepat-cepat..

Ni pun dah masukkan dalam famili tapi tak tahu nak jodohkan dengan sapa. Hehe
Best Friend Forever!

Mengimbau memori terindah.
Bila kawen tak sampai setahun gelaran pengantin masih valid lagi kan??
=p

Kami pembawa dulang hantaran.
Serba kuning!

Bakal madu i.
Jangan marah babe.
=p

Pelaminan nan indah tersergam!

Puan Ekin and mak!

Pengantin basi!

The happy family.
Big yeay dapat ahli baru lagi!

Us with pengantin.
=)

Selamat Pengantin Baru and semoga hubungan kalian berkekalan hingga akhir hayat!

Memori Terindah Part 1

Harini dah mula kerja. Pagi tadi nak bangun yang amat payahnya. Mata tak boleh nak bukak. Badan tak boleh bangun. Macam ada lembaga hitam berseluar jeans yang menghempap saya dari bangun. Ikutkan perasaan dan hati kecil yang berbisik, nak ambil mc je harini. Tapi disebabkan mahu menjaga reputasi di saat-saat akhir nak meninggalkan Cybernetics, saya gagahkan jugak bangun dan drive ke KL. Nasib baik semalam on da way ke Seremban B sorang yang drive. So keletihan tu takdalah terasa sangat.

Semalam kami dari Penang bertolak 330 petang. Plan awal nak balik awal pagi dalam pukul 10 macam tu. Tapi memandangkan pihak pengantin nak belanja makan. Terpaksalah turut meraikan mereka. Macam rugi plak tolak rezeki kan. Dapat lagi berjalan setiap pelusuk Penang. Lepas ni tak tahu la bila lagi dapat pergi. 

Nasib baik pihak penaja bawak ke tempat yang special, Puncak Mutiara. Tempat makan yang unik dan best. Mula-mula ingat nak bawak pi makan nasi kandar Penang je... =p

Tak sia-sia kami postpone masa bertolak ke Seremban. Gambar belum transfer lagi. Insya Allah coming soon ye. And tempat makan ni pernah masuk dalam Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

Kali ni trip ke Penang sangat awesome and tentatif perjalanan banyak terisi sebab ada Encik Burn (my husband) yang sangat knowledgeable yang tak pernah-pernah berhenti bercakap tentang memori indah dia semasa berada di Penang. Kami (saya, Debab and Akma) dah bernanah telinga dengar sejarah dan memori indah beliau... =p 

Tak lupa jugak nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada teknologi moden GPS yang sangat membantu sepanjang berada di Penang. Part yang kelakar bila tengok kereta berjalan atas laut sebab kami naik feri menyeberangi dari Butterworth ke Georgetown. Memangla tak boleh nak cari jalan sebab tengah laut mana ada jalan...huuuyaaiii....

Memandangkan mood bercuti, harini datang opis saya sangat malas nak menghadap kerja. 

P/s: Bila angah dah kawen, lepas ni senang la nak mai Penang lagi. Dah ada tempat menumpang. Tak puas lagi nak jalan Penang!

Monday, May 28, 2012

Mereka Sudah..anda bagaimana?

Assalamualaikum dan hello,

Bersiaran dari Penang meraikan majlis pernikahan dan perkahwinan adik lelaki saya dan pasangannya.

Alhamdullilah majlis di sini sudah selesai. Majlis di Ipoh bakal berlangsung pada minggu depan. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar!

Sekarang ni sedang menunggu ketibaan pengantin. Katanya nak belanja kami semua belanja makan!..

Mereka dah selamat jadi macam kami.
=)

Selamat Pengantin Baru uolss.
Selamat mendapat menantu ke-2 apak dan mak!

Thursday, May 24, 2012

Tips Bagus Buat Suami Isteri

Assalamualaikum dan hello,

Bila terasa nak berhenti ni perlulah rajinkan diri menyiapkan kerja sebelum kita dikerjakan bila kerja tak siapkan. Semalam file subjek saya dah hantar kepada Ketua Program. Harini kerja saya kemaskinikan modul dan bole submit and minta budi bicara management untuk lepaskan saya sebelum 23 June 2012. 

Sebelum saya mula menulis modul apa kata entry untuk harini saya post-kan tentang TIP SUAMI ISTERI yang saya copy paste dari facebook dari rakan saya. Pendapat saya tips ni sangat berguna untuk dijadikan panduan dan digunapakai dalam kehidupan kita bila sudah berumah tangga.

Jom review tips satu persatu dan saya pasti anda kat luar sana pun sedang mempraktikkan tips yang saya senaraikan dibawah dalam hubungan suami isteri kalin: =)

  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. Yes saya amalkan tips ni, even husband dah balik kerja and lepas dinner nak pergi jumpa client saya still akan cium tangan suami dan B kiss kepala saya.
  • Jika berpisah lebih dari sehari seperti tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. Yes sudah diamalkan kalau saya tak balik rumah jika tidur di rumah kawan.
  • Walau sesibuk mana sekalipun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. Yes kalau tak telefon akan sms membincangkan masalah negara. Huhu. Kami kerap berbincang melalui telefon/sms.
  • Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan telefon dan sebelum tidur. Dah kawen macam jarang plak. So lepas ni nak amalkan selalu la. Ada hari-hari tertentu je kami amalkan...
  • Sentiasa mencari peluang untuk makan tengahari bersama. Aisehh kerja jauh macam susah plak nak makan sama. Lepas ni dah bole makan tengahari selalu kot.
  • Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. Saya tak suka meluahkan masalah bila pulang kerja sebab taknak serabutkan lagi fikiran husband. Saya akan cari masa yang sesuai untuk ceritakan masalah saya. Perangai saya kalau itu masalah, saya akan malas nak pikir dan peram seketika or biar je berlalu. Bukan nak lari masalah tapi itu adalah cara saya menghadapi masalah. 
  • Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. Lately B kerap ajak berbual tentang politik. Walaupun tak suka saya layankan aje. Politik Malaysia sangat melemaskan!
  • Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Selalunya saya yang selalu memanjangkan keadaan sebab dalam kepala ada batu..ouchhh berdosanya saya.
  • Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada di sisi. Selalu je tertido depan tv sebab B takut tengok tv sorang-sorang. Saya jenis tido awal yang B plak jenis layan tv. Bukan itu sahaja bila cuti saya jugak kerap teman B untuk uruskan kerja kalau kerja saya dirumah sudah beres.
  • Jangan sesekali berpisah tidur walaupun anak sudah berderet. Penting untuk eratkan kasih sayang. Takda anak lagi la so asik nak berkepit jela.
  • Amalkan solat berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. Yes sudah amalkan. Tapi cuma dapat waktu Magrib jela. Isyak kadang-kadang.
  • Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. Saya dan B ada cara tersendiri untuk kenekan diri masing-masing. 
  • Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta mengelakkan pasanagan merasa jemu. Ini sangat disokong 500 peratus. Suami akan bangga membawa isteri ke majlis keraian bila isteri pandai menjaga penampilan.
  • Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. Saya sedang belajar untuk berkongsi masalah sebab perangai saya suka menyelesaikan masalah sendiri terlebih dahulu and tak mahu melibatkan husband. Macam saya cakap sebelum ni saya tak suka pikir masalah!
  • Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana berfikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. Sedang bertekad nak jadi isteri hebat. Pandai masak. Pandai mengemas. Pandai menjaga penampilan. Mahu kelihatan cantik. Pandai layan nafsu husband. Hubungan seksual juga penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Harap maklum.
  • Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Ayuh para isteri dan suami sekalian. Sudahkah anda mengamalkan tips diatas. Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunapakai dalam kita melayari kehidupan berumah tangga ni. Seperti saya yang belum punya anak ni, boleh lah nak bagi perhatian 100 peratus kepada keperluan suami. Bila dah ada anak nanti tak tahulah keadaannya macam mana plak kan.

Kesimpulannya perempuan yang sudah berkahwin memang multi-tasking. Boleh bekerjaya, menguruskan suami, menguruskan anak, memasak, mendidik anak, melayani suami etc...

Isteri pemacu kejayaaan negara. Eh??? Rasa-rasa ada kaitan tak???

Wednesday, May 23, 2012

Mertua Tak Suka Menantu?

Assalamualaikum dan hai,

Ahad ni merupakan hari bersejarah adik lelaki saya, di mana beliau akan berkahwin setelah 6 bulan mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya Cik Ekin. Yang paling best majlis sebelah perempuan akan diadakan di Penang. Hooray...

Menantu mak saya memang semua orang jauh. Kami orang Perak tapi berkahwin dengan orang negeri lain. Baru 1 Malaysia. Huhu tapi kalau dapat pantai timur mak ayah cakap dia tak sanggup kot. So kepada adik perempuan saya yang lagi 2 orang tak kahwin tu jangan cari jauh sampai pantai timur ye... =p

Kita yang dah kawen ni boleh melagak kan. Sesuka hati je nak adjust jodoh orang lain. Huhu. Tapi dengar cite adik perempuan saya yang no 3 tu nak boyfriend mamat Korea. Eh jangan marah...huhu =p . Aku terbocor awal plak kat sini....

Kadang-kadang saya tak berapa nak paham istilah kenapa keluarga lelaki/perempuan tak suka dengan pilihan adik beradik mereka. And lagi tak paham bila mak mertua tak suka dengan menantu pilihan anak mereka? Kalau dah tak suke kenapa merelakan anak mereka berkahwin. Bila dah kawin mula lah masam muka cakap itu ini sebab tak suka dengan menantu. Segala tindakan menantu semua tak kene dimata.

Tapi alhamdullilah mak ayah saya tak pernah berkata buruk tentang menantu mereka. Terima seadanya kelebihan dan kekurangan. Tu sebab bila ada kes terpencil macam ni saya selalu terpikir apa yang membuatkan keluarga/mak mertua/pak mertua tak suka dengan menantu pilihan anak/adik/abang/kakak mereka. Kenapa mesti berperasaan macam tu. Manusia mana ada yang sempurna. Betol tak???

Apa pun saya tabik spring pada mak dan pak saya sebab tak pernah memandang "enteng" pada menantu dan melayan menantu seperti anak sendiri. =)

Saya diapit oleh Cik Ekin dan my brother,
Satu-satunya adik lelaki dalam keluarga kami,
=)

Bakal adik ipar,
Satu-satunya menantu perempuan yang mak pak saya ada,
=)

Tuesday, May 22, 2012

Corat Coret Masak Lomak Cili Api

Orang Negeri Sembilan memang terkenal dengan masakan Masak Lemak Cili Api.

Dan saya akui masakan lemak nogori lebih sedap berbanding cara masakan negeri lain. Walaupun ada yang masak tanpa menggunakan sebiji bawang pun. Hanya cili api semata. Tapi rasa dia still kick. Cara mak saya masak lemak pun lain....

Bila dah masuk dalam lingkungan orang nogori (sebab husband orang Nogori) kenelah blaja masakan dari negeri mereka ditambah ini memang makanan kegemaran husband.

Saya belajar dari kesilapan. Huhu..

Siap beli satu buku khas masakan Negeri Sembilan tu semata-mata nak belajar kan. Tapi biasanya saya akan google dulu kalau nak try sesuatu resepi. Sebab dekat internet maklumat dia lebih meluas and kita boleh dapat info dari pelbagai sumber dan orang. Then baru boleh kita praktikkan mengikut kesesuaikan dan kesenangan. =p

Sebelum kawen tak pernah try pon masak lomak ni. Bila dah kawen baru terbukak hati nak mencuba. First sekali saya try Masak Lemak Cili Api Siput Sedut. Perggh terus start dengan siput sedut yang susah tu. Kalau tersalah masak berpasir la jawabnya kuah den. Masa ni saya dan husband sama-sama masak. Husband tolong buang hujung sipu sebab minta ampun saya memang tak tahu langsung nak siang siput sedut.

Masa nak masak saya pesan kat husband jangan lupa kacau. Kena kacau selalu takut nanti kuah berketul-ketul. Nahh memang berketul pon kau...kitaorang dah cuak masa ni...napa berketul and tekstur kuah tak cantik. Saya salahkan husband sebab tak kacau betol-betol =p

Nak dijadikan cerita projek usaha sama kami tidak menjadi kali ni. Aiyark...

Rupanya baru saya tahu saya pergi masuk semua santan pekat tanpa campur dengan air sikit. Rasa dia ok tapi tekstur yang tak berapa cantik. Lepas tu pedas tak ingat. Cubalah bayangkan kuah pedas and terpaksa sedut siput tu. Pergghh memang berasap telinga memasing... =p

Then resepi yang kedua, saya test Ketam Masak Lemak. Yang ni saya buat masa balik Ipoh. Saya siap ajar mak cara masak lemak nogori. Bangga uolss. Kali ni memang menjadi. And ketam habis sekali makan je. Saya dah tahu teknik sebenar. Cewah....

Then baru la saya try ayam masa kat rumah. Dan paling membanggakan husband puji cakap saya dah terer masak lemak. Kembang uolsss. Tapi jangan risau saya takkan termakan dengan puji-pujian ni and akan terus belajar macam mana nak masak sedap-sedap....

Memang la kite tengok nak masak ni simple and senang tapi kalau tak kene teknik memang tak menjadi. 

Cara saya masak lemak cili api:
  • Blend bawang (saya pakai bawang merah kecik), kunyit hidup and cili api
  • Santan pekat + air sikit (tengok kepekatan). Pakai santan kotak pun sedap.
  • Pati santan (saya letak last sekali masa kuah nak masak)
  • Asam keping
  • Masak kuah dulu then baru letak siput ke, ketam ke...tapi kalau ayam saya masak sekali takut ayam tak masak nanti
  • Key word kene sentiasa kacau kot
Ada yang tak pakai bawang pun. Hurmm ikutlah cara masing-masing kan...

Macam-macam kenangan nak belajar masak ni. Huhu

Sedapnya..
Ya Allah makruh tengok gambar makanan time puasa
=p

P/s: Malam ni berbuka nak masak lemak ayam. Senang and jimat masa serta tenaga.. =)

Pra Ramadan

Assalamualaikum dan helloo uolss,

Hari ini 1 Rejab. Dapat pahala kalau puasa sunat kan. Bukanlah nak cakap hari ni je yang kene cari pahala, sepatutnya hari-hari kene cari pahala kan.

Ditambah plak puasa ganti masih banyak yang tak luak. Baiklah saya menghabiskan ganti puasa sebelum Ramadan tiba. Tebiat dari dulu suka nau ganti puasa bila nak dekat-dekat sangat dengan bulan Ramadan. Lepas tu period. Sudahnya terpaksa bayar fidyah. I penah ok terkene macam tu. Berdesing telinga dengar mak bagi ceramah. Lepas tu saya taubat taknak buat tebiat macam tu lagi.

Sekarang ni bukan kritikal time. Banyak goyang kaki and tak banyak guna tenaga so eloklah i grab this opportunity untuk menghabiskan hutang puasa tu. Eh cakap pasal puasa...terus ingat nak raya....teruja sekejap sebab tahun ni raya berbeza sebab dah ada rumah sendiri and keluarga sendiri. Dah kene jadi tuan rumah untuk sediakan juadah hari raya. Kalau dulu masa bujang saya tak amik port pon pasal preparation raya ni. Cukup cari sepasang baju raya untuk dipakai hari raya pertama je. Eh korang baju raya dah tempah ke?? =p

Ouchh bila dah kawen kene pikir bajet raya?? 
Meja makan?? Ouchh meja makan tak beli lagi? Sebelum raya kene beli jugak.... =p
Kuih raya??
Baju raya??
Langsir raya??

Eh dah melalut. Puasa ganti belum habis lagi uolsss...

So harini saya ajak husband untuk puasa sunat sekali. B pulak kalau dah puasa wajib bangun sahur. Yang saya pulak memang tak bangun sahur sebab tak lalu nak makan pepagi. Loya tekak.

Malam semalam saya dah siap masak nasi and masak lauk sikit untuk B makan sahur. Pagi tadi tinggal nak panas je. Lauk and nasi yang saya buat dinner habis. So kenela masak lain kan...Husband kuat makan...=p

Nak bangun pagi?? Rasa malas yang amat. Demi husband tercinta i gagahkan hati jugak nak bangun. Sekadar duduk kat tepi tengok dia makan je. Try nak mkn tapi tak boleh nak masuk jugak. Haishhh.....

So inilah rutin yang bakal saya tempuhi sepanjang Ramadan nanti. Period pun kene bangun sahur jugak. Takda can nak krooh krooh ok.....

Suka jadi perempuan. Senang nak dapat pahala. Jaga makan pakai suami pun dah boleh dapat pahala =)

P/s: Berbuka nak masak apa??

Monday, May 21, 2012

I Have Made The Decision

Saya dah serahkan surat perletakan jawatan. Perasaan tak payah nak cakap bercampur baur. Rasa sedih yang amat masa nak serahkan surat tu.

Banyak kenangan saya kat sini. Saya akan tinggalkan BFF saya disini.

Saya bagi notis sebulan. Tapi masa serah surat pada HR, jika semua kerja dah selesai and takda masalah, tak sampai sebulan pun saya boleh dilepaskan.

Saya berharap ini keputusan terbaik sebelum saya dapat better offer!

"B kite susah senang sama-sama ye"

P/s: Empangan rasa macam nak pecah tapi saya tahankan. Hopefully dalam kereta empangan tak pecah ye.

Filem Muzikal Hoore Hoore

Keputusan telah dibuat sebulat hati,
Walaupun berat dan was was,
Tapi saya pasti ada sesuatu yang lebih baik yang bakal dihadiahkan untuk saya.

Walaupun ada yang beranggapan ini bukan satu keputusan yang bijak,
Saya akan kuat untuk hadapi apa jua halangan yang melanda selepas ini,

Caiyok!

Monday Update

Assalamualaikum dan helloo,

Weekend lepas Sabtu tak kerja. Ouchh sangat heaven. Bangun lambat. Husband pergi kerja saya masih golek-golek lagi. Padahal bila cuti kenelah siapkan breakfast untuk husband. Tapi saya lebih suka untuk bergolek-golek. Terasa berdosa jugak dengan husband. Tapi takpela dear kasi can kat i untuk golek-golek sebab selalunya bile weekdays dear yang golek-golek bila i nak pi kerja. =p

Bila weekend apa aktiviti uolsss selain golek-golek tu??

P/s: Lepas kahwin boleh dikira berapa kali i prepare breakfast. Selalunya makan kat luar je. Bila lunch baru i masak untuk husband. Weekend lepas sempat jugak masak feveret food husband...ayam masak lemak cili api. Now saya dah master nak buat masak lomak ni.... =p

Friday, May 18, 2012

Ternyata Saya Adalah Public Figure

Saya nak hidup tenang tanpa lingkungan orang yang annoying.
Saya nak hidup bahagia tanpa ada orang yang memandang dengan mata yang serong.

Saya nak "kisahkan" kehidupan saya tanpa orang itu melihat kehidupan saya.
Saya nak hidup aman tanpa pandangan mata orang itu.

Sapelah saya.
Ternyata saya public figure.
Kisah hidup saya memang akan menjadi pengukur kayu kehidupan orang tu...

Haishh i rimas la.
And for your information, i tak minat langsung nak tahu kehidupan uolss kat sana.
Sebab skang ni i tengah berbahagia nak twist-kan kehidupan i kat sini.

=)

P/s: Nak muntahkan baca statement i...kalau dah tahu post i meloyakan janganlah baca. Senang cite. =)

Projek Fruit Tartlet

Salam Jumaat,

Bestnya bila dah tiba hari Jumaat, kalau Sabtu tidak perlu datang bekerja.

Semalam saya tak balik Seremban and seperti biasa akan menumpang di rumah kawan satu opis, Linda and Kak Amy.

Seperti biasa dah melepak rumah anak dara automatik banyak sangat aktiviti yang dirancang. Semalam sempat jugak kami menyiapkan projek Fruit Tartlet seperti dalam gambar. Terasa sangat puas hati bila berjaya menghasilkan sendiri. Sebelum ni asik jeles dengan hasil buatan tangan orang lain, kali ni dah mampu tersenyum sebab dah berjaya menghasilkan menggunakan tangan sendiri.

Kecoh dapur rumah diorang semalam. Saya dan Kak Amy dengan preparation tart and si Linda dengan roti jala and kari ayam yang sedap and kaw.

At least bila berjauhan dengan husband buat seketika takdalah terasa jiwa ni kosong sangat. Sekurang-kurangnya saya ada teman berkepochi and buat aktiviti sama-sama. Al maklum kalau nak buat sorang-sorang kat rumah barang dapur seperti mixer, oven and keperluan buat pastri masih tak beli lagi. Kalau buat kat rumah diorang ni, sume keperluan complete. Tambahan mixer tu so takdalah patah tangan nak memutar telur dengan gula sampai kembang.... =p

Kawan pengubat kesunyian dikala berjauhan dengan tersayang. Thanks kawan... =)

Fruit Tartlet
Resepi bole google sana sini.
Confirm menjadi and sedap.

P/s: Dibuka untuk tempahan... =p

Thursday, May 17, 2012

Leraikan Kebuntuan Ini

Isu nak berhenti kerja sangat hot plak harini,

Rata-rata ada kalangan rakan saya yang menyokong tindakan saya. Ada jugaknya sebaliknya. Bak kata my sister nak ada master tapi nak berhenti kerja duduk rumah buat apa...

Jangan silap berhenti kerja hanya sementara. 

Dah 8 bulan saya berulang alik KL-Seremban setiap hari. Cuma bila hari Sabtu bekerja saya akan stay di rumah kawan pada hari Jumaat dan hari Khamis sahaja bila Sabtu tidak bekerja. 

Sebenarnya perkara ni dah selalu sangat bermain dalam fikiran. Kenelah timbal balik sebelum buat keputusan yang tepat dan betul.

Kenapa saya perlu berhenti kerja:
  • Gaji saya hanya cukup makan untuk menampung keperluan life travel setiap hari. Saving berapa ciput la sangat. Bukan saya tidak bersyukur pada rezeki Allah. Saya amat bersyukur selama 3 tahun lebih saya bekerja disini, kolej ni yang bagi saya rezeki dari bujang sampai dah kawen skang.
  • Saya planning nak pregnant semula setelah first pegnant hari tu takda rezeki. Faktor keadaan macam ni agak payah nak mengandung semula walaupun saya tidak mempunyai masalah period tidak teratur. Memang orang cakap takda efek pon drive dengan kandungan. Tetapi memikirkan laluan perjalanan yang panjang saya harus berfikir panjang demi kesihatan saya akan datang.
  • Thesis saya masih gagal disiapkan buat masa ni kekangan daripada masa dah otak yang jammed akibat terlalu penat selepas balik kerja. Tahu jela, life selepas kawen memang berubah tak macam zaman bujang sebelum ni. Saya berharap kalau dah berhenti saya boleh bagi sepenuh perhatian siapkan thesis. Hanya selangkah je lagi nak dapatkan master.
  • Lately saya kerap sangat keletihan. Kalau boleh sampai je rumah memang nak terus berehat. Muka pun dah macam perempuan beranak 14...ouchh...
  • Senang nak cuti and pergi sana sini uruskan proses cari kerja yang baru. Nanti kalau dah start semester memang payah nak cuti kalau takda reason yang munasabah.
  • Saya dapat rehat kat rumah sepuasnya sementara cari kerja baru and dalam pada masa yang sama siapkan thesis. =)
  • Bulan Julai 2012 sudah 4 tahun saya disini....satu tempoh masa yang lama walaupun terasa seperti hari-hari saya adalah pekerja baru.... =p
  • B mahu saya berkembang dan keluar dari zon selesa.

Kalau tak kerja apa pulak keburukan kepada saya:
  • Tak dapek nak pegang duit sendiri even tak dapat nak shopping sangat akibat kekangan saving untuk travel. Tapi buat masa ni saya masih ada suami tempat bergantung. Ala bersusah dahulu bersenang kemudian. Nak sedapkan hati ni... =p
  • Ermmm apa lagi keburukan selain takda duit sendiri???

Saya masih takut nak buat keputusan lagi. Kene buat solat istikharah mintak petunjuk dari Yang Maha Esa. Tapi yang pasti rezeki ada di mana-mana.

Si Nawal Latisya

Nama kat header blog bertukar lagi,
Sebelum ni Puan Fardilla Fawzi,
Kemudian bertukar ke Si Cempaka Cenderawasih,

And kali ni saya mahu lagi tukar nama ke Si Nawal Latisya,
Ntah kenapa saya sangat suka dengan nama ni walaupun maksud Latisya saya masih tidak pasti.

Yang pasti maksud Nawal adalah anugerah,

Buat masa ni URL masih dikekalkan lagi,
Mana tahu kot-kot ada lagi stalker yang tak bertauliah yang tak habis-habis nak judge hidup saya, pasti lepas ni saya akan tukar URL blog and mungkin private terus.

Baru saya senang hati.

Buat masa ni teruskan menjadi stalker yang tak bertauliah.

Buat rakan blog yang lain teruskan membaca dan menulis ye.
Sesama kita bukan nak jadi judge antara satu sama lain pun kan.

Sharing is caring.

Kebuntuan

Saya mendapat arahan lagi dari B supaya berhenti kerja. Dan part yang paling saya tak suka bila saya masih blur dengan jawapan sendiri.

Dia dah tak sanggup nak tengok keadaan saya berterusan macam ni. And yakin rezeki tu ada dimana-mana. Saya tak pasti adakah ini satu keputusan yang bijak.

Nak berhenti ke taknak berhenti......

Wednesday, May 16, 2012

Allah Maha Mengetahui Yang Terbaik

Kalaulah semua orang tahu apa dalam hati saya,
Kalaulah dia tahu apa dalam hati saya,

Mohon redakan apa yang ada hati ini,
Supaya saya tidak terus fikir dan terus memikir,

Hanya Allah tempat saya mengadu sepenuh hati,
Saya pasti hanya Allah yang mampu menolong saya buat masa ni,

Saya sedang menunggu keajaiban,
Saya sedang menanti peluang yang ada di depan mata,

Tapi andainya telah tertulis itu yang terjadi untuk saya,
Saya perlu redha dan tidak terus berhenti di sini,

Apa yang berlaku tidak mampu diputar kembali,
Dah berlalu dan saya sedar kesilapan yang telah dilakukan,

Tawakal dan berserah pada Mu Ya Allah

Peluang Yang Kedua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdullilah masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk bernafas dan menatap wajah orang yang disayangi selepas bangun dari tidur. Syukur dengan nikmat Allah yang tidak terhingga.

Semalam mendapat satu berita yang memberi pengharapan kepada saya dan suami walaupun hasilnya belum dapat diketahui 100 peratus.

Sekurang-kurangnya Allah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk memperbaiki lagi diri dan memajukan diri. 

Alhamdullilah....

Tuesday, May 15, 2012

Mengidam Atau Nafsu Semata??

Dari beberapa hari lagi saya memang teringin nak makan Lamb Chop. Tapi hasrat nafsu makan ni tak tertunai lagi. Sengaja delay. Tak mahu turutkan perasaan. Nanti boleh binasa. Cewah. Sengaja tahan nafsu nak belajar bersabar. Wah statement suci murni la konon. Nak suruh orang puji...wahhh bagus Fardilla ni...hati penuh sifat sabar....haktuihhh...=p

Semalam lepas masakkan menu simple ikan kerisi masak pindang dengan jantung pisang rebus cicah cencalok, lepas solat Maghrib terus makan. Saya menyatakan hasrat suci murni teringin nak makan Lamb Chop kepada husband. Alaaa saya nak yang dekat-dekat and murah-murah je...dekat Jusco Seremban 2 pon takpe. Tak payah nak pergi restoran specialise steak pon takpe. Janji dapat makan Lamb Chop....=)

Sebelum ni saya pernah makan steak kat Food Court Jsuco dengan Akmar Amon. Not bad. The taste still can be accepted. Saya suka. Tu yang request nak makan kat Food Court Jusco Seremban 2 je memandangkan tu jela satu-satu Jusco yang paling dekat.

Husband terus macam tak sabar-sabar nak ajak saya pergi. Risau konon saya mengidam ke apa. Padahal 99 percent mengatakan negatif (tanpa ujian UPT). Saya tak rasa positif pon bulan ni sebab ada beberapa kekangan yang tak boleh dielakkan.

Tapi yang husband teruja and kalau boleh dengan segera nak tunaikan hasrat nafsu pelahap saya ni. Tambahan pula Lamb tu memang salah satau feveret saya. 

Teringat masa time kitchen (Western) masa belajar, bila time kene masak Lamb, kadang-kadang ada banyak leftover, sayalah orang pertama yang akan makan. Tak ingat orang belakang. Tapi setahu saya masa tu, ramai classmates saya yang tak berapa into dengan lamb...saya sorang je gile lamb. 

Lepas makan tak sedar diri baru teringat tentang kesihatan...ya Allah dapat darah tinggi la aku lepas ni...insaf seminit je...

Esok lusa bila ada lamb lagi saya bedal lagi...sampai la ke saat ini...

Tapi bila mengajar Kitchen skang ni takda plak diorang provide lamb untuk dimasak....takda can la nak makan free lagi....=p

And satu lagi habit husband skang ni...dia beli susu kambing. And tiap malam akan defrost-kan (sebab susu tu kene letak dalam freezer) and suruh saya minum sebelum tido. Katanya nak jaga kesihatan saya sebab saya selalu stress. Saya pon tak sedar bila masa saya stress. Dear kata kalau stress susah nak pregnant nanti. Alahai.....

Seronok masa pregnant hari tu...apa je yang keluar dari mulut...nak tu nak ni mesti husband akan cepat-cepat buat....terasa dihargai dan disayangi...=p

Laaa ni bila tak pregnant??? Still the same tapi sifat ngelabah tu tak terserlah sangat la...cool lagi... =p

Kaki Gosip Ker??

Pagi tadi masa tengah pecut kat highway sempat aku dengar berita Fasha Sendat dah pregnant selepas 3 minggu menikah and after balik dari Hornymoon.

Katanya bunting pelamin. Maafkan kalau aku menyebarkan berita palsu.

Cepat nau plak perempuan tu pregnant ek?? Macam mana dia tahu dah pregnant. Baru 3 minggu kawen, period dah delay ek??

Pastu tulis statement bunting pelamin....

Aku banyak sangat cengkadak kat sini sebab memang totally tak suka dengan Fasha Sendat yang kaki propa. Kecoh! Berlakon pandai. Eh dah memang heroin malaya kan....bukan pandai berlakon dalam filem or drama je...kehidupan die memang penuh dengan lakonan...

Jap aku nak pi kira tarikh betoi ke die pregnant???

Menyampah plak bile tengok lelama.
Harap tak terkenan la...
Haishhh...

P/s: Dulu ada tanam cita-cita nak jadi wartawan ruangan gosip panas artis.

Monday, May 14, 2012

Projek Lanskap Tepi Rumah

Ini adalah update tentang Teratak Syurga Kami.

Jumaat lepas saya tak balik Seremban memandangkan Sabtu adalah hari bekerja. Hari Sabtu saya balik rumah tengok rumput lalang dah mati akibat diracun. Rumah kami corner lot and memang ada perancangan untuk buat sedikit lanskap yang simple. 

So sekarang ni B dalam usaha untuk menaiktaraf projek lanskap tepi rumah kami. Kat tepi rumah kalau tak dijaga ular senduk pun boleh buat sarang. Bukan takat rumput yang ditanam oleh developer tetapi sekali pakej dengan lalang. Tiap bulan memang wajib kene potong sebelum jiran tetangga menyangka rumah kami adalah rumah tinggal. Fuhhh...

Bab pokok pokok bunga ni not my taste la. Walaupun saya suka melihat keindahan hijau pokok tapi bab nak membaja and pangkas dahan sana sini menang diluar bidang saya. Nak siram pokok pon kene suruh dulu. Kalau B tak suruh siram pokok maka mati kering la pokok kat rumah tu. 

Semalam tengah malam balik dari merayau kat Jusco terus B minta teman dia uruskan projek lanskap. Katanya waktu siang panas (memang betol pon). So malam adalah waktu yang paling bagus. Pukul 12 tengah malam baru selesai. Kalau tak pikir nak kerja esok rasanya sampai ke subuh kot...=p

Pokok kat rumah tu dah penuh. Memang tak upah orang pon. Husband yang buat sendiri. Dah dia biasa buat lanskap rumah client kan. Kalau nak suruh orang lain tolong buatkan rumah sendiri memang sia-sia la jawabnya. =p

Saya pon tak paham macam mana husband ada minat yang macam tu. Kalau jalan-jalan tak singgah nursery memang tak sah. Nape saya takda minat yang macam tu??? Curious......

Wooowww
Menarik bukan???

Pic Ihsan Google.

Tunggu jela bape bulan lanskap tepi rumah yang simple tu nak siap..
=p

Swing Mood

Hari ni takda mood nak berkepochi,
Takda mood nak bercakap,
Saya hanya mahu bersendiri,

Petanda bulan mengambang la ni yang menyebabkan mood bertukar 360 darjah.
Cepatla 530 pm.

Saya dah bosan disini.
Walaupun banyak perkara perlu diselesaikan sebelum hujung bulan ni.
=(

Monday, May 07, 2012

What A Wonderful Day!

Assalamualaikum dan hello uolsss,

Hari ni Isnin. Saya start harini dengan terpaksa meredah jalan yang hujan dan sampai KL macam biasa Smart Tunnel tutup untuk operasi banjir. Bersyukur sangat dalam hati saya terpaksa meredah jalan penuh liku dan panjang. Saya sangat teruja dan happy sangat sepanjang pemanduan. Kalau hari-hari macam ni pon tak mendatangkan masalah pada saya. Sememangnya saya seorang wanita yang kuat dan tabah menghadapi apa jua rintangan. Setakat drive waktu hujan dan jammed apalah sangat pada saya. Itu hanya ujian yang kecil buat saya. Saya kan Iron Woman. Small matter semua tu... =)

Harini nampak gaya tak boleh nak bersenang lenang sangat kat opis. Pagi-pagi lepas menghadap jem terpaksa mengadap presentation student yang baru balik dari Latihan Industri...Ouchhh what a wonderful day!

Saya sangat gembira mendengar segala repekan students saya ditambah dengan contents slide presentation yang boleh dikatakan tidak mencapai expectation saya...Ouchhh saya sangat suka bila dicabar begitu. =)

Weekend lepas memang ternyata hari yang relaks buat saya. Lepak duduk rumah memang saat yang paling saya tunggu-tunggu.

And minggu ni jugak saya dah kembali beraksi di dapur setelah sekian lama proses bercuti. Cehh...so Ahad lepas rutin pergi pasar dah kembali giat dijalankan. And first menu yang saya buat Sup Tulang. Entah kenapa tekak ni loya sangat nak makan sup tulang. Saya hanya mahukan sup, sup dan sup. Sup memang feveret saya pun. Bukan sebab mengidam ke apa. Nampak nau tipu kalau dah start mengidam bila period tak delay lagi kan. =p

So dah tercatat dalam kamus hidup...saya dah berjaya buat sup tulang! Husband puji, kalau tak puji memang nak kene la kan...=p

Bayangkan saya masak nasi 2 cawan (put), husband makan dengan kawan bape pinggan mereka berdua sahaja. Masa ni saya tak makan lagi nak bagi can mereka makan dulu.

Tulang lembu tu pun banyak jugakla saya beli kat pasar. Ingat sempat simpan stok malam. At last nasi tinggal sepinggan ciput and tulang hampir nak habis. Tu pun sebab saya simpan untuk saya. Kalau tak memang habis satu periuk kot. 

Apa pun saya sangat puas hati tengok mereka makan. =)

Sup tulang.
Tulang yang fresh akan buat sup kita pon fresh.
Serve dengan sambal kicap pedas.

=)

P/s: Continue dengan presentation lagi sampai petang. What a wonderful day! 
Next post --> Resepi Sup Tulang

Friday, May 04, 2012

5 May 2012

Esok 5 Mei 2012,

Bukan sengaja nak heboh tapi sengaja nak menulis. Esok adalah birthday saya yang ke 26. Ouchh terima kasih mak ayah kerana telah melahirkan dan membesarkan saya hingga ke saat ni. Touching pula.

Tapi sejujurnya saya tak suka bila sambut birthday. Sebab itu menunjukkan umur saya semakin meningkat dan saya semakin dekat menuju peringkat penuaan. Tak dapat bayangkan nanti kalau dah masuk 3 series. Ouwwhh tak sukeee bila nak bayangkan.....

Bila dah masuk 26 tahun maksudnya saya ada masa 4 tahun sebelum menginjak umur dot dot tu. Taknak mention. Alergik uolsss. 

Terasa banyak lagi cita-cita yang tak tercapai sebelum umur tu. 

So what I want to do before I turn to 30....???

Should I list here....no.no..i don't think so. 
Banyak stalker uolss kat sini. Hahaha...
Better tampal kat pintu lemari kat rumah dari publish kat sini!
=p

Ok la akhir kata...

"Selamat Menempuh Alam Penuaan To Myself"

Tanya Diri Sendiri Dulu Bole???

Salam dan hello,

Selepas keguguran haritu saya dan husband masih belum dikurniakan rezeki anak lagi. Saya keguguran pada 27 Januari 2012. Bulan Februari saya dan husband langsung tak bersama. Memang sengaja sebab terasa ngilu lagi disitu. Lagi pun buat apa nak gelojoh. Takkan lari gunung dikejar. Then bila dah period bulan Februari, masuk bulan Mac dah lepas sebulan baru saya berani menyerah diri pada husband...=p

Masa ni takdalah desperate sangat nak baby. Kalau ada, ada la kan. Tapi saya berusaha jugakla nak jaga pemakanan bagai. Supaya senang balik nak pregnant. Yang terasa geramnya bila ada yang tak sayang mulut sibuk nak tanya dah ada isi ke belum. Soalan-soalan tu yang buat saya meluat sangat nak dengar. Elok-elok saya dan husband tak stress pikir pasal anak, jadi macam emo plak bile orang tanya macam tu. Dah macam takda soalan lain ke nak tanya??? Huh....!

Lagi pun skang ni saya enjoy life macam ni. Berkepit 24 jam.... nak enjoy sebelum pregnant and ada anak nanti. Orang lain boleh tunggu bertahun-tahun kenapa tidak saya kan. 

Frankly speaking saya amat bersyukur dengan apa yang dirancang oleh Allah untuk saya. Ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku. 

Ikutkan rasa dalam hati rasa macam tak bersedia je tapi bila Allah nak bagi maknanya saya dah bersedialah tu dalam segala aspek. =p

P/s: Skang ni saya dikelilingi dengan ramai mak-mak buyung. Macam penyakit berjangkit plak. Tahun ni ramai plak yang akan terima orang baru dalam family. Tapi yang saya salute mak-mak buyung ni sumenya macam tak pregnant. Sebab rajin sangat and bersemangat mengalahkan anak dara uolsss. Kalau nak saya listkan mcm banyak la plak kan...Ain (kwn sekolah), Siti (kwn sekolah), Kak Shima (kwn opis), Kak Yati (kwn opis), Kak Siti (kwn opis), Ayu (biras), Farah (kwn UiTM), Hanie (Kwn opis), Nur (wife kwn husband), Kak Sanirah (wife kwn husband) & rakan blogger......weiiii penuh kot nak list down kan sape yang tengah pregnant...ni sume bakal deliver 2012.......

Saya dah tak sempat nak kejar uolsss....tunggu 2013 la jawapnya....insya Allah kalau ada rezeki... =)

Thursday, May 03, 2012

Nafsu Pelahap Makin Menggila

Salam dan hello,

Dah petang. Alhamdullilah tak sabar nak balik rumah.

Rasanya baru lepas makan nasi sepinggan penuh. Tapi terasa nak makan lagi. Sejak 2 3 hari mood nak makan makin menggila. Rasanya saya takda amik vitamin B complex atau sewaktu dengannya. Cuma asid folik je. Tapi setahu saya vitamin asid folik tu takkan buat orang jadi kuat makan kan??

Ya Allah dalam pikiran ni dah terbayang macam-macam makanan. Terasa nak makan semua sampai badan jadi belon. Skang ni teringin sangat nak Lamb Chop, Fun Fries McD and Say Cheese Big Apple. Balik ni confirm drive thru dulu kat McD, makan fries sambil drive. Hurrmmm tak sabarnya...=p

Eh dah masuk bulan Mei kan....bulan peningkatan umur...

Okla ada students nak jumpa bagi fun fries tunjuk report. Takda mood la tapi terpaksa jugak demi tugas.

Sedapnyeerrr.....
=P

Wednesday, May 02, 2012

Peach Color Yang Mengiurkan

Rasa macam nak kawen lagi sekali bila tengok picture kat atas ni ditambah dengan warna yang memang saya sangat suka. Masa kawen haritu tak berkesempatan nak buat warna macam ni sebab ada masalah kombinasi warna kulit. Huhu (tertawa sambil cover mulut).

Sebenarnya saya dan my BFF, Murni tengah diskus tengah warna untuk wedding. Murni nak kawen hujung bulan ni. So dia mintak sikit pendapat saya tengah kombinasi warna ni. 

Saya suka sangat warna ni...kalau tak berpeluang nak guna untuk wedding sendiri, Insya Allah boleh diimplementasikan untuk projek yang akan datang.

=p

Daa~

Pic Ihsan Google...

Wednesday, May 30, 2012

Pasrah Segala Keputusan

0 comments

1 comments

2 comments

4 comments

Disable Right Click