Isu nak berhenti kerja sangat hot plak harini,
Rata-rata ada kalangan rakan saya yang menyokong tindakan saya. Ada jugaknya sebaliknya. Bak kata my sister nak ada master tapi nak berhenti kerja duduk rumah buat apa...
Jangan silap berhenti kerja hanya sementara.
Dah 8 bulan saya berulang alik KL-Seremban setiap hari. Cuma bila hari Sabtu bekerja saya akan stay di rumah kawan pada hari Jumaat dan hari Khamis sahaja bila Sabtu tidak bekerja.
Sebenarnya perkara ni dah selalu sangat bermain dalam fikiran. Kenelah timbal balik sebelum buat keputusan yang tepat dan betul.
Kenapa saya perlu berhenti kerja:
- Gaji saya hanya cukup makan untuk menampung keperluan life travel setiap hari. Saving berapa ciput la sangat. Bukan saya tidak bersyukur pada rezeki Allah. Saya amat bersyukur selama 3 tahun lebih saya bekerja disini, kolej ni yang bagi saya rezeki dari bujang sampai dah kawen skang.
- Saya planning nak pregnant semula setelah first pegnant hari tu takda rezeki. Faktor keadaan macam ni agak payah nak mengandung semula walaupun saya tidak mempunyai masalah period tidak teratur. Memang orang cakap takda efek pon drive dengan kandungan. Tetapi memikirkan laluan perjalanan yang panjang saya harus berfikir panjang demi kesihatan saya akan datang.
- Thesis saya masih gagal disiapkan buat masa ni kekangan daripada masa dah otak yang jammed akibat terlalu penat selepas balik kerja. Tahu jela, life selepas kawen memang berubah tak macam zaman bujang sebelum ni. Saya berharap kalau dah berhenti saya boleh bagi sepenuh perhatian siapkan thesis. Hanya selangkah je lagi nak dapatkan master.
- Lately saya kerap sangat keletihan. Kalau boleh sampai je rumah memang nak terus berehat. Muka pun dah macam perempuan beranak 14...ouchh...
- Senang nak cuti and pergi sana sini uruskan proses cari kerja yang baru. Nanti kalau dah start semester memang payah nak cuti kalau takda reason yang munasabah.
- Saya dapat rehat kat rumah sepuasnya sementara cari kerja baru and dalam pada masa yang sama siapkan thesis. =)
- Bulan Julai 2012 sudah 4 tahun saya disini....satu tempoh masa yang lama walaupun terasa seperti hari-hari saya adalah pekerja baru.... =p
- B mahu saya berkembang dan keluar dari zon selesa.
Kalau tak kerja apa pulak keburukan kepada saya:
- Tak dapek nak pegang duit sendiri even tak dapat nak shopping sangat akibat kekangan saving untuk travel. Tapi buat masa ni saya masih ada suami tempat bergantung. Ala bersusah dahulu bersenang kemudian. Nak sedapkan hati ni... =p
- Ermmm apa lagi keburukan selain takda duit sendiri???
Saya masih takut nak buat keputusan lagi. Kene buat solat istikharah mintak petunjuk dari Yang Maha Esa. Tapi yang pasti rezeki ada di mana-mana.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment