Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Monday, October 31, 2011

Review Husband Part 1

# B seorang workaholic

Perlu ke nak buat review husband padahal review tentang majlis tak abis khatam pun. Kalau uollss nak baca, baca la. Kalau taknak pun takpe...=p

Semalam saya ditinggalkan hampir seharian di rumah without aktiviti bersama husband. Husband yang sangat workaholic. Rasanya semua husband workaholic sebab mahu cari rezeki untuk family. Sana sini asik dok pikir pasal kerja je. Dari pagi keluar rumah, Maghrib baru balik rumah. Better la kuar rumah pergi buat kerja dari layan betina kan. =p

Tapi agak membosankan. Pada saya time weekend la kite nak spend masa dengan husband. Ni tak saya spend masa dengan adik beradik yang lain plak. Tu kalo saya dok umah mertua. Cuba bayangkanlah kalu dah tinggal berdua nanti. 2-1=1. I'm alone...=p

Kadang-kadang selalu jugak saya ikut B pergi buat kerja. Tapi boring jugak takda buat ape unless ada internet. Bole la buat apa yang patut. Macam semalam tanpa sengaja saya terikut plak pergi Bangi. Jumpa client bla bla. Sangat bosan. Saya hampir tertido kat meja restoran. Sumpah menyesal ikut sebab semalam dah rasa tak sedap badan. B pun tak berterus terang dengan saya. Rupanya kawan dia pun ada. Malu ok nanti org cop i asik nak ikut bontot laki je....walaupun hakikatnya begitu...=p

Nasib kawan B sangat baik hati. Sementara tunggu discussion bla bla B suruh saya tido dalam kereta dulu. Sumpah lepas ni saya tak mahu ikut lagi. Penat badan!

P/s: Sabtu dah spend masa pg Homedec. I tell u barang kat homedec a little bit pricey. I bukan org kaya. Yang sempat kami amik hanya lampu downlight untuk the whole rumah. Harga kilang katanya. Tapi memang murah pun compare dengan tempat lain.

Nikmat Sakit

Harini Allah tarik nikmat kesihatan yang baik.
Dari semalam dah sakit kepala.
Terlalu banyak sangat angin dalam badan.

Harini terkene demam selsema.
Tapi saya gagahkan jugak untuk travel pergi kerja.
Time sakit betol-betol taknak mc tapi bila tak sakit gedik plak nak mc.

Semalam mengemas bilik.
Habuk tak payah nak cakap.
Alergik kan so terus kene selsema.

Harini datang opis langsung tak buat kerja.
Baru lepas memerap dalam surau.
Baju plak tak bawak.
Kalau tau tak larat macam ni, tak payah balik Sremban harini.

Ya Allah hilangkanlah kesakitan ku. Amin.

P/s: Dah lama tak merasa demam.... =(

Alhamdulillah

Semalam mak call lagi dari Mekah.

Alhamdullilah mak dan ayah sihat takda sebarang kesulitan yang berlaku.

Alhamdullilah.

Alhamdullilah.

"Ya Allah ampunilah dosa kedua orang tuaku dan kurniakanlah kesihatan yang baik untuk mereka berdua. Amin "

=)

Thursday, October 27, 2011

Rindu Mun-Mun

Tadi Murni call.
Best dapat sembang walaupun kejap.
Semalam lagi Murni dah call tapi saya tak sempat nak pick up.
Nak call balik hp kene barred.

Dah lama tak buat sesi luahan perasaan dengan Mun-Mun.
Rindu zaman duduk "menumpang" rumah sewa uolss.
Banyak benda yang kami share sama-sama.

Semua dah ada kehidupan masing-masing.
Rindu Mun-Mun...

Review Real Steel

Semalam berkesempatan nak tengok movie ni. Mula-mula tengok iklan saya bajet citer ni tak berapa nak gempak. So saya merelakan diri tengok movie Hijab. Lepas abis tengok macam biasa mesti kene bebel dengan B sebab tengok cite tak berkualiti. Dah isteri u suke tengok cite hantu, tak kisah la best ke tak best, saya tetap jugak nak tengok walaupun dah tahu mesti kene condemn punya...=p

Mula-mula semalam langsung takda plan nak tengok wayang ke apa. Plan kami hanya nak jenguk umah and B siapkan keje opis. Then dapat msg dari Yana, ajak tengok wayang. B kata ok, saya apatah lagi. Tengok wayang malam la. Padahal esok keje and memerlukan rest yang cukup. Memang semalam tak lepak rumah langsung. Nasib hari ni masih bertenaga lagi.

Rupanya cite ni sangat la best. Rasa nak tengok berkali-kali. Jom baca summary saya kat bawah:

  • Filem aksi yang sangat best tapi masih mengekalkan logik akal fikiran.
  • Masa tengok robot bertinju terasa sangat nak bertinju sekali dalam wayang. Feel abis tengok.
  • Masa mula-mula nampak robot di awal cite, saya agak takut. Bayangkan kalau jumpa robot ni depan mata tengah jalan macam tu. Eiii seram la...bengong
  • Sangat comel bila robot menari....
  • Movie yang menyentuh semua emosi...happy, sedih,marah sume complete...
  • Tak tahu dah review apa..uolss tengok la sendiri. Confirm puas hati!

Wednesday, October 26, 2011

Rutin Harian After Married

Rutin harian selepas kawen. Takda bende sebenarnya nak share. Boring menunggu orang tu habiskan kerja. So saya pun siapkan la kerja saya dengan update story yang ntah apa-apa ni. Thesis ko taknak buat kan...haha

  • Pukul 6 pagi dah kene bangun. Kadang-kadang lewat jugak. Tapi saya akan pastikan sebelum 6.20 pagi saya dah siap mengigil dalam bilik air. Haha..tambah-tambah kalau kene mandi tambahan. Siap basuh rambut bagai. Part ni memang tak tahan....=p
  • Seawal pukul 7 pagi dah kene gerak gi kerja. Eh kau tak buat breakfast untuk laki kau ke??? Bagus soalan mu. =p Tak buat. Melulu je saya start enjin kereta lepas salam husband. So buat masa ni relaks la sikit. Tunggula dah duduk umah sendiri nanti. Takda maknanya nak bangun pukul 6 pagi untuk buat sarapan. Tak sempat kot. Just tunggu and lihat la, nanti dah duduk rumah sendiri saya prepare tak breakfast for husband???
  • Perjalanan tak makan masa lama sangat. Coz efek jam tak terlampau teruk sangat. Cuma stuck kat sekitar PGRM je. Tu pon sekangkang kera je lagi nak smpai. So far saya berjaya untuk smpai opis sebelum 830 pagi. Sempat lagi menyinggah tapau nasi lemak kat depan cimb bank kan...
  • Waktu balik paling ditunggu. 530 ptg terus cabut. Takda maknanya nak stay lama-lama kat opis..=p..Perjalanan nak balik pun sama. Setakat ni tak pernah lagi trsekat dalam traffic jam yang teruk. Alhamdullilah. Dalam pukul 7 mlm saya sampai la. Saya exit Senawang tapi kalau nanti dah pindah rumah dekat sikit kot. Boleh smpai rumah sbelum pukul 7 mlm.
  • Sampai umah nak kene masak tak?? Tak jugak. Buat masa ni kerja saya lepas kerja hanya gosokkan baju opis B, lipat baju and basuh baju je. Kadang-kadang weekend saya dah gosok abis baju B. So dah ringan sikit kerja. Selalunya lepas balik kerja, lepas mandi kami akan keluar makan. Orang tak masak macam ni lifenya. Asik nak membazir je...hopefully life berubah la ye. Harap si Fardilla tu rajin nak masak untuk laki dia...=p
  • Nak kemas rumah ke..cuci bilik air ke...cuci sawang ke belum merasa lagi la. Kadang-kadang ada manfaat jugak duduk umah mertua. Benda remeh macam tu saya tak payah nak buat. =p..Saya hanya uruskan hal suami isteri je...Tunggu la nanti life bila ada rumah sendiri. Takdala saya goyang kaki terus tinggal di rumah mertua. Adalah jugak kerja-kerja biasa saya uruskan. Contohnya kalau saya nak basuh baju, saya akan basuh sekali baju-baju yang lain. Sidai pun macam tu jugak....
  • Cuma skang ni terasa sangat duit keluar macam air terjun (nak menunjukkan betapa derasnya kan). Roughly cost ulang-alik hari-hari dalam RM 700 (minyak and tol). Belum masuk lagi duit belanja makan saya. Ada la cecah 1k jugak. Bukan nak berkira tapi bila dah kawen macam-macam perancangan kita kene buat. Sekarang ni dalam perancangan untuk cari kerja sekitar Seremban. Tengok pada rezeki la.

*Next post: Review tentang husband... ;-p

P/s: Macam tu la life lepas kawen. Simple je. Takda warna warni lagi. Cuma saya dah ada pelengkap hidup. Kawan yang nak dibawa teman ke mana sahaja. =)

Cadangan Ditolak!

Assalamualaikum dan hello..

Selamat menyambut Deepavali bagi mereka yang beragama Hindu.

Baru selesai tengok rumah. Nak setelkan pasal grill. Oh ya ingat tak tentang niat saya untuk move on ke rumah sewa??

Cadangan ditolak mentah-mentah oleh B. Katanya buat apa nak membazir. Rumah nak kene bayar, rumah sewa plak nak kene bayar. So tak payah la cari rumah sewa. Bersabar je untuk sementara waktu. Saya tak bagitau directly. Just berkias-kias je. Belum sempat saya menyampaikan niat murni saya, terus B dah cakap macam tu. Macam paham je apa rasa hati saya kan??

Okla saya pun redha la untuk bersabar. Kalau tak siap lagi smpai 20 hbln memang siap la B saya "kerjakan"...huhu

Just follow je rutin buat masa ni.

P/s: Teman B buat kerja kat opis smbil saya bole berblogging and bertwitter. Harini saya follow je B pergi setelkan kerja sebab semata-mata taknak duduk kat rumah. =p

Tuesday, October 25, 2011

Monolog Dalaman

Simptom nak datang Cik P kali ni sangat berbeza. Mungkinkah perbezaan hormon selepas kawen. Sebelum ni saya ada post entry tentang tanda-tanda pregnant. Tapi jangan silap tanda-tanda tu tak semestinya menunjukkan yang kita tengah pregnant.

So hari ni saya nak monolog lagi tentang simptom ni. Terasa lain macam sangat. Saya memang menafikan yang ia adalah simptom hamil. Hamil??? Nape macam skema je bila guna perkataan hamil. Haha..=p

Nape saya menafikan?? Perlu ke nak citer details kat sini. Haha jap nak pikir jap. =p

First P saya pada 1 Oktober. And 6 Oktober B pergi ke Korea. So takda apa-apa yang berlaku sebab saya tengah didatangi Cik P masa tu. Uolss pepaham sendiri la ye...

Bila tarikh first day P jatuh pada 1 haribulan, bermaksud waktu subur saya adalah pada hari yang ke 14 hingga 18. Rasanya betol dah teori saya ni. Betolkan jika saya salah ye...

B balik dari Korea pada 13 haribulan. Masa ni off course la Cik P dah berlalu. So paham-paham sendiri la apa yang terjadi bila suami berjauhan dengan isteri selama seminggu. B kata bil air dah tertunggak lama. Haha =p

And kene plak time tu katanya waktu subur.

Yang part saya menafikan tu skrang ni belum masuk lagi 2 minggu. Tanda-tanda takkan datang dalam masa yang terlalu singkat. Yang ni based on my reading kat internet la. So that why la menafikan yang ini adalah tanda preggy.

B plak tak abis-abis nak cakap simptom pregnant. Jangan terlalu berharap sangat, nanti kecewa.

Cepat la 28 hari bulan sebab Cik P dijangka datang waktu ni. So saya tak perlu nak rasa tak sedap badan macam ni lagi.

P/s:
  • Ni bukan entri lucah..=p
  • Banyaknya paper nak kene marking. Ni pun salah satu simptom nak muntah dengan banyaknya....
  • Kak Shima cakap kalau rasa nk muntah memang tak dapat nak tahan-tahan. Terus kuar. Tapi buat masa ni saya takda lagi simptom muntah yang tak dapat ditahan-tahan...

Monday, October 24, 2011

Move On

Tiba-tiba niat nak mencari rumah sewa nak diteruskan. Kalau nak tunggu rumah baru tu siap dengan cat bagai, rasanya tak sempat. Dah tak larat rasanya nak duduk menumpang lagi. Sebelum perkara lain jadi lebih baik saya keluar cari kehidupan sendiri. Jangan salah sangka, saya dan adik beradik B takda masalah. Cuma saya mahu mencari kehidupan sendiri.

20 November mak dan ayah dah balik dari Mekah. Takda tempat nak berteduh. Rumah sewa kat KL saya dah sewakan pada orang lain. Lagi pun saya tak sanggup menahan malu pada housemate lain. Nak tumpang di rumah mertua, rasanya bukan pilihan yang bijak.

So lebih baik saya mencari rumah yang lain untuk menumpang teduh sementara waktu. Niat saya ni tak dapat persetujuan dari B lagi. Tak tahu la dia setuju atau tak. Walau apa pun saya akan pastikan B setuju dengan cadangan saya ni. Saya mahukan keselesaan.

Rasanya saya dah tak larat nak teruskan kehidupan macam ni. Rabu ni cuti. Walaupun cuti tapi saya sikit pon tak rasa best sebab tak bole nak bangun lewat. Tak boleh nak buat aktiviti bebas dalam rumah. Nak mandi sama-sam pun tak senang. Opssss...=p

Tak merasa lagi hidup sebagai pengantin baru. Hidup berdua. Teringin jugak nak merasa kan...

Rasa Lega Bila Muntah

Lepas menulis di sini saya rasa lega,

Mungkin kene tulis banyak lagi masalah kat sini,

Jangan muntah tau bile baca banyak masalah kat sini,

=p

Green House

Untuk mengelakkan daripada serabut tak tentu pasal. Let's talk about our home decoration. Home decoration la sangat. Padahal baru decide nak letak kaler apa for walls.

We don't know whether this color is match with our furniture and space. As i mention ealier, yesterday we had the opportunity to survey thingy about our new home. Survey je. Beli je nan ado.

Nak beli lampu tapi the exhibition will be next week. The exhibition yesterday was about the bathroom and kitchen only. Further info you can google to Homedec. =p

After discussing with the expert from Nippon Paint we have decided to choose green color for our feature wall. B kata dia nak wujudkan konsep green house. Even though green color is not our favorite color. =p

Just to be sure that this is the right color, jom tengok contoh kat bawah....

*The green color in these pictures maybe not exact with the green that we have chose...

Suka bila ada efek hitam kat dinding macam pic kat atas ni...
=)

Tak sabau nak cat rumah...

P/s: Credit to Mr Google

Messy & Serabut

Assalamualakum dan hai,

Skrang ni agak messy dengan life sendiri. Rasa makin teruk dari hari ke sehari. Bunyi macam serius kan. Begitulah apa yang saya lalui selama ni. Cuma malas mahu gembar-gemburkan. Biar hati je yang merasai semua tu.

Rutin harian dah semakin berubah. Badan dah semakin penat. Tapi saya tahan-tahan gelodak hati ni nak memberontak. Jauh dalam sudut hati bukan mahu menyalahkan life selepas kawen. Saya bahagia dan gembira. Tapi saya geram dengan orang yang tak pernah nak paham dengan keadaan saya.

Kadang-kadang otak ni tak mampu nak pikir banyak benda dalam satu masa. Sampai satu tahap saya hanya diamkan diri dan biarlah masa yang bawa pergi masalah tu. Pandai-pandaila nanti saya uruskan.

Masalah pun dan-dan la nak datang dalam waktu macam ni. Macam-macam la nak kene pikir pada waktu ni. Nape taknak datang sebelum ni atau tahun-tahun akan datang. Banyak benda nak kene amik port!

Rasa macam nak nangis...

Da...

Saturday, October 22, 2011

Tanda-Tanda Pregnant

Badan rasa tak sedap kadang-kadang. Agaknya efek nak datang bulan. Lagi seminggu kalau takda good news maknanya datang bulan la. Bila dah datang bulan maknanya saya dah kecewakan B...=(

Saya memang akan terkene simptom datang bulan sebelum datang bulan menjelma. Bila baca balik tanda-tanda awal kehamilan, simptomnya lebih kurang sama. Sebab ia ada kaitan tentang perubahan hormon.

Semalam tiba-tiba rasa nak muntah. Tekak rasa loya semacam. Kadang-kadang saje buat gimik. Konon nak bagi tau saya suspek pregnant la konon. Tapi takkan la cepat sangat tanda-tanda tu dah bole nampak. So saya diamkan saje dalam hati. Tapi semalam memang nak muntah betul la. Sama simptom bila saya dalam keadaan yang teramat penat.

Harini jaga exam. Bila berdiri terlalu lama rasa macam tak larat sangat. Ke sebab saya tak makan lagi. Malam tadi tido rasa tak selesa sangat. Lately badan memang cepat letih and tak bermaya.

Sakit kat ari-ari macam senggugut tu dah datang kadang-kadang. Simptom biasa tiap bulan kalo nak datang bulan. First datang period saya memang senggugut yang mengigit. Rasa gelisah and sume perkara buat tak kene. And alhamdullilah i still can manage that pain. Takdala sampai nak nangis or guling-guling meroyan macam nak beranak. Cara nak tahan sakit, saya selalu guna teknik pernafasan je. Haha bunyi macam over kan tapi ni la yang selalu praktikkan. Tarik nafas dalam-dalam....insya Allah sakit tu akan berkurangan.

Simptom lain nak datang bulan yang sama macam tanda awal kehamilan ialah kerap buang air kencing and kuat makan. Sama macam kes saya sekarang. Semalam memang gila makan. Lepas makan nak makan lagi. Macam takda rasa kenyang. Haha...Based on my reading jugak kalau kita disahkan mengandung petanda akan jadi kuat makan tu normal.

So dear myself, janganlah perasan and confius dengan tanda-tanda nak period dengan pregnant..=p

Masih terlalu awal nak buat assumption yang bukan-bukan. Kalau ada, adalah. Kalau takda pun, takpe janji usaha la lagi.

P/s: Dear B, kite kene kerja keras lagi...=p

Friday, October 21, 2011

Hilang Semangat

Selalu bila nak dekat balik (530 pm) mesti rasa nak melompat sebab dah nak balik. Walaupun kadang-kadang saya merungut bila terpaksa travel jauh tapi bila disebabkan ada sumber inspirasi dan kekuatan, rungutan tu hanya dibibir sahaja.

Bila balik tengok kerenah B, terus hilang penat dan rungutan. Esok adalah Sabtu yang bekerja. So saya decide tak perlu balik Seremban. Macam membazir plak. Lagi pun saya perlu uruskan hal rumah tu. Macam-macam masalah.

So skang ni rasa lemah longlai plak bila nak balik umah sewa and melayan perasan sorang-sorang plus dengan orang yang menjengkelkan perasaan saya. Ikutkan hati memang malas nak balik.

Rindu la plak kat B. Semalam tak sempat nak chit chat panjang. B balik lambat, pastu balik keje terus kuar atas urusan kerja lagi. Balik tu B tapaukan saya mee goreng mamak yang sedap... (kene paksa makan) =)

Then dia tertido. Tak sempat nak gurau-gurau. =(

Arghh malasnya nak balik awal.

P/s: Nak buat apa malam ni?? Mungkin perlu marking paper exam. Dah berlambak kot atas meja ni....

Keinginan Tak Tercapai

Salah satu hobi saya adalah google resepi. Google jela tapi try masak nan ado.

Untuk pengetahuan semua saya tak pernah masak lagi untuk suami melainkan masak nasi and telur dadar. Itu saje. Teruk kan?? =p

Itu pun secara kebetulan masa saya and B kene stay kat umah jaga anak buah sebab semua orang balik Jelebu menziarah pakcik B meninggal.

Telur dadar cincai tu pun B suka. Siap cakap bahagia makan apa yang saya masak walaupun simple. B memang tak pernah cerewet tentang makan. Janji ada makanan.

Semalam Kak Lina (kakak ipar) pun cakap bila nak merasa saya masak. Saya bukan taknak masak. Bayangkanlah saya selalu sampai rumah dalam pukul 7 malam. Keadaan penat. So saya tak masak. Plus barang mentah pun tak beli. Last sekali makan luar jela.

Waktu weekend plak ada je aktiviti kami berdua. Memang jarang sangat duduk kat rumah. So saya terselamat dari kene masak. Huhu.

Teringin jugak nak masak untuk B. Baru berkat bila suami makan air tangan isteri kan.

Bila ntah nak masak???

P/s: Teringin nak masak asam pedas and kari ayam...

Anak Mummy Part 1

Anak???

Soalan yang kerap ditanya selepas berkawen. Tambah-tambah pengantin baru macam saya. Eh pengantin baru la sangat. Dah basi kot..=p

Pasangan yang berkawen of course la mahukan zuriat untuk memaniskan lagi hubungan suami isteri. B memang nak sangat baby cepat-cepat. Risau jugak kalau kecewakan hati dia.

Saya berfikir pada satu sudut yang berbeza. Kalau Allah tak kurniakan lagi rezeki anak, mesti ada sesuatu yang Allah lebih mengetahui. Lagi pun kami baru sebulan lebih kawen. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Saya bukan tak mahu anak. Tapi biarlah Allah yang tentukan dan dalam pada masa yang sama kami tetap berusaha.

Bukan tak ready. Tapi faktor keadaan sekarang membuatkan saya terfikir-fikir. Mampukah saya untuk mengharungi keadaan itu. Dengan keadaan saya yang macam ni. Ulang alik hari-hari KL-Seremban, rumah tak ready lagi, and study yang tak abis-abis.

After pindah baru saya bersedia kot. Tapi kalau dah ditentukan saya terima je dengan hati yang terbuka. Sape yang tak suka jadi mummy. =)

Saya selalu ingat dalam hati ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA.

Yang penting jangan lupa untuk berusaha.

Comelkan saya???
Nak baby comel macam ni...

Thursday, October 20, 2011

Rumah Oh Rumah

No 158, Jalan Idaman Bayu 1/5,
Taman Idaman Bayu

Sudah sebulan lebih saya tinggal di rumah mertua selepas kawen. Masih lagi teraba-raba tentang kehidupan selepas kawen. Bukan tak senang tinggal di rumah mertua. Tapi pada pandangan saya, bila kita dah berkawen, saya mahu bina kehidupan saya sendiri.

Kunci dah dapat. CF dah lepas. Tengah tunggu masa untuk cat. Air dan elektrik dalam minggu ni dah boleh jalan. Bila nak masuk rumah baru ni macam-macam checklist yang nak kene buat. Tapi kami hanya tumpukan pada yang penting sahaja. Contohnya grill. Perabot yang lain berdikit-dikit la berpadanan dengan bajet yang kami buat.

Weekend ni nak pergi merayau kat homedec. Nak mencari lampu and barang-barang keperluan rumah yang lain. Saya ulang keperluan ye bukan kemahuan. =p

Agak-agak bila boleh masuk rumah?? Hopefully mak dan apak balik haji, rumah kami dah complete.

P/s: Suka tulis post baru secara berjemaah.

Rindu Mak & Apak

Alhamdullilah pagi tadi dapat dengar suara mak dan apak.

Semalam saya tido awal. Lepas mandi dalam pukul 10 saya dah tarik selimut. B keluar atas urusan kerja. Katanya balik pukul 1 pagi. B call and sms pun saya tak layan. Terlalu penat.

Dalam mamai-mamai tu saya perasan ada satu nombor ganjil keluar. Nombor yang sangat panjang. Saya agak ni mesti panggilan dari mak and apak. Tapi saya tak sedar. Tersedar pun pukul 2 pagi bila ada "orang" mengganggu saya tido. Huhu...

Rasa menyesal plak tak angkat. Risau kalau ada perkara tak baik jadi. Sesuatu yang urgent kan. Bukan mahu meminta yang bukan-bukan. Tapi bila jauh dari mata saya amat risaukan perkara macam tu terjadi. Saya tak bole tido terus call mak and apak. Tapi tak berjaya. Then saya terus sms.

Pagi tadi masa on the way pergi kerja sewaktu hujan lebat, mak call dari Mekah. Apa lagi saya dan mak pun hujan la sekali. Haha...Mak cakap dia rindu kat kami semua. Sweet kan. Heee...

Perkara paling mengembirakan saya, mak dan apak sihat sepanjang berada di sana. Hari ni baru smpai Mekah. Mak dan apak baru selesai mengerjakan umrah. Alhamdullilah, itu yang kami minta dari Allah semoga mak dan apak sentiasa sihat dan dipermudahkan mengerjakan ibadah haji.

Oh ya masa mak call saya tu dalam pukul 7 lebih. Kat Mekah dalam pukul 2 pagi. Tak sabar nak tunggu lagi sebulan.

Apak dan mak sewaktu disandingkan masa majlis saya
=p
Rindu la...

P/s: Kami panggil ayah, gelaran apak tu Tasha yang bagi. Nama panggilan orang Perak untuk bapa.

Rezeki Masih Belum Sampai

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.

Saya sentiasa berdoa moga apa yang lalui sekarang akan mendapat ganjaran pada masa akan datang.

Tentang temuduga yang lepas. Walaupun saya dah jangka sebelum ni perkara ni mesti akan berlaku. Buat masa ni masih takda rezeki lagi buat saya.

Terkilan and kecewa?? Tak usah nak cakapla. Tapi saya memandang ia pada satu sudut yang positif. Cuma saya terasa terkilan sebab saya memegang harapan orang lain sekali.

Saya akui memang salah saya. Saya seolah-olah telah melepaskan satu peluang yang dianggap sangat berharga. Tapi nak buat macam mana. Saya redha. Orang lain boleh memandang pada sudut yang berbeza. Tapi alhamdullilah saya mampu untuk buka hati saya luas-luas untuk menerima keputusan itu dengan redha dan tenang.

Saya percaya mungkin ada sesuatu yang tersembunyi yang cuba disampaikan secara halus.

Apa pun saya sentiasa berdoa and tidak pernah berputus asa dengan apa yang berlaku.

Saya cuba untuk menerima kehidupan hari ni dengan penuh rasa kesyukuran.

Hanya Yang Penting

Dah malas gile nak membebel kat sini,

Kalau sebelum ni warna taik masa berak pon ko nak bagi tau kan...

Kaedahnya la
Memang over dulu
Haha

Sume benda yang berlaku setiap hari nak dicoretkan kat sini

So skang tidak lagi,
Hanya mahu menulis benda yang dirasakan penting je kot.

Tata

Friday, October 14, 2011

Separuh Rezeki Kawin La Kot

Selasa depan saya ada interview untuk post Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di Putrajaya. Setelah lama membuat permohonan akhirnya dipanggil untuk interview. Sebelum kawen langsung taknak panggil, tapi seminggu lepas kawen peluang itu menjelma.

Sebelum ni saya ada satu persepsi negatif dimana, dulu saya pikirkan jika seseorang itu sudah berkahwin peluang untuk menjawat jawatan dalam kerajaan amat tipis. Tapi persepsi saya tu meleset bila saya dapat tawaran temuduga ni. Orang cakap rezeki kahwin. Alhamdulillah.

Saya masih ingat Murni pernah cakap. Ada sorang kawan dia datang intebiu and masa tu tengah tunggu masa nak bersalin and alhamdullilah dia diterima berkerja. Itu namanya rezeki anak. Dulu saya pon punya persepsi yang salah. Perempuan yang tengah mengandung memang takkan diberi peluang semasa intebiu. Baru kali ni mata saya terbuka. Sesungguhnya Allah itu yang pemberi rezeki bagi setiap manusia. Sebagai manusia kita hanya perlu sentiasa berusaha and berdoa moga Allah murahkan rezeki kita kelak. Amin.

Ini adalah peluang yang Allah bagi untuk buat pembaharuan dalam hidup saya. Tapi andainya takda rezeki lagi saya redha. Saya kene semat dalam hati Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat saya.

Apa yang nak dibaca ni???

Moga saya lancar menjawab segala soalan yang ditanya oleh panel interview nanti.

P/s: Saya cakap separuh rezeki kawen, kalu dah berjaya baru boleh cakap rezeki kawen...

Review Make-Up

Ok fine dah sebulan kawen baru sibuk nak review pasal wedding kan. Haha...

Kene tengok mood la nak menulis tentang review-review ni. So arini mood datang plak. Kelas i dah abis awal. Students dah mula sibuk dengan final and lagi beberapa minggu saya akan free dari lecture dan sebagainya. Dah bole makan gaji buta kot lepas ni.. =p

Ok kali ni saya hanya nak bercerita tentang make-up semasa majlis nikah, sanding di Ipoh and majlis bertandang di Seremban. Saya juga turut sertakan nama kedai, alamat dan no phone, mana la tau ada yang berkenan dengan pakej yang saya amik.

Taknak cerita banyak. Mari saya review satu persatu mengikut majlis ye. Check it out.

NIKAH

Kepala teleng ok...kau ada??? Haha
After make-up,
Satu yang saya berkenan dengan auntie (juru make-up) saya bebas untuk menentukan warna dan gaya make-up yang saya mahu kan,
Fake eyelashes pon saya tentukan, so takda la simptom belalai gajah melekat kat mata kan,

So far make-up die bole tahan,
Cuma ada angle-angle dalam pic yang membuatkan muka saya nampak lebar,
Sebab auntie buat teknik shading,
Mata pun sometimes nampak agak sepet,
Tahula yang make-up saya tu cina tapi tak perlu la nak sepetkan mata saya.
Huhu

SANDING

Close up sikit,
Better kot then nikah,
Ke saya angkat bakul sendiri??
Ampun nok...

The best part is make up remain smpai malam,
Masa buat outdoor pon make up dia still maintain,
Sanding malam auntie hanya touch sikit-sikit je sebab masa sangat suntuk,
Terlebih bajet masa,
Bayangkan pukul 6.30 ptg baru nak amik pic outdoor,
At the end pic outdoor 2 3 ketul je...

BERTANDANG

Saya lebih suka make-up di Seremban,
Sama macam kat Ipoh saya tak penah buat make up test,
Tawakal je moga muka saya tak macam hantu,

Suke sebab nampak natural,
B pon sangat suka dengan make up saya yang ini,
Rasa macam taknak buang make up masa ni
Mira (juru make up) sgt muda, baru 22 tahun kot,

Tribute to En Ismail and Puan Liyana,
Saya jumpa pic ni yang ok dari yang lain sebab pic dari OP tak transfer lagi...

Detail info:

- Pakej Ipoh -

Pusat Pengantin Oh Sayang
Pasa Bina AG 67, Pengkalan Emas Mall,
3160 Ipoh, Perak
pusatpengantinohsayang@yahoo.com
012-527 0671

-Pakej Seremban-

Noor Amira Zulkifli
017-328 6838

Saya amik pakej so saya tak tahu harga untuk make-up sahaja. Any detail info bole directly contact nombor di atas.

P/s: Sharing is caring. =)

How Fast Time Flies

Saya adalah follower tegar senyap yg suka stalker B2B yang lain,

Ada sesetengah blog yang saya follow dari zaman mereka anak dara smpai la dah nak jadi mummy-to-be,
(padahal saya tak kenal pon, kenal di alam maya je)

Dari post berkenaan sibuk buat preparation kawen smpai la post buat preparation baby,

Oh so sweet,

How fast time flies,

So bila lagi turn i??

Nak jugak merasa macam mana perasaan jadi

Mummy-to-be...

Doakan la ye semoga dipermudahkan segalanya...

=)

Marriage Part 2

Weekend datang menjengah lagi. Yang lebih mengasyikkan Sabtu ni adalah Sabtu yang bercuti. Bermakna tak payah nak bangun awal untuk ke opis. Tapi kene agak-agakla nak bangun lambat. Kang tak pasal-pasal kene cop kat dahi tu PEMALAS.

Adoi banyak bende yang perlu diselesaikan weekend ni. Tapi kenapa la B saya berkerja. Nak ikut pergi opis bole??

Rasa macam tak patut plak nak tulis apa yang terbuku dalam hati ni kat sini. Terlalu open sangat. Tapi jauh dalam lubuk hati saya mahukan kesempurnaan dalam melayari kehidupan berdua sebagai suami isteri. Sampai bila nak bertahan macam ni.

Apa pun saya bersyukur. Saya punya suami yang sangat memahami. Walaupun saya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sepenuhnya tapi beliau sikit pon tidak merungut. Malah saya yang terlebih merungut sana sini.

Letih bila dipikirkan berkeadaan macam ni smpai bila-bila. Kami mahukan pembaharuan. Saya berharap ada rezeki yang terbuka luas untuk saya. Yang penting saya hanya perlu untuk bersabar sedikit waktu lagi. Saya masih dalam tempoh adaptasi perubahan hidup yang baru.

Setiap orang lain perjalanan hidup. Apa pun bersyukurla dengan jalan yang Allah dah beri pada hidup kita. Sekurang-kurang kita ada apa yang orang lain sangat mahukan buat masa ni. Kene sentiasa berpikir ada orang yang lagi susah dari kita. Panduannya adalah bersabar.

Itu yang sentiasa saya sematkan dalam diri.

Skang ni saya dah jumpa sebahagian apa yang saya cari dalam hidup ---> Suami yang akan bersama saya tak kira di waktu susah atau senang.

=)

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

10 Oktober 2011 (Isnin)

Genap sebulan saya melayari kehidupan sebagai suami isteri. Mak dan ayah mendapat peluang untuk menjadi tetamu Allah. Alhamdullilah.

Mak dan ayah untung sebab dapat menunaikan ibadah haji bersama-sama sebagai suami dan isteri. Insya Allah nanti saya pon nak ikut jejak mak dan ayah suatu hari nanti.

Mak dan ayah terima surat agak lewat. Seminggu nak pergi baru dapat tahu tarikh penerbangan. Nak dijadikan cerita nasib baik saya tak dapat nak ikut B ke Korea. Allah Maha Mengetahui segalanya. Saya sikit pon tak terasa ralat tak dapat nak ikut B ke Korea. Sekurang-kurangnya saya berpeluang untuk menghantar mak dan ayah ke Kelana Jaya walaupon tanpa kehadiran B di sisi.

Nasib baik saya masih menyewa di rumah Pandan Perdana. Susah jugak nak cari penyewa lain. Tapi mungkin ada hikmah yang kita tak tahu kenapa masih takda lagi penyewa yang mahu menggantikan saya. Rumah sewa tu banyak jasa. Kat situ la tempat persinggahan mak dan ayah bila mereka datang KL. Orang yang takda rumah sendiri macam ni la keadaannya. Tak sabar mahu masuk rumah sendiri. =(

Tepat pada harinya, pagi-pagi lagi kami dah bangun. Risau kalau terlambat alamatnya terperangkap dalam traffic jam la. Seawal pukul 6 pagi saya dan angah dah menghantar mak dan ayah ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Dalam pukul 7 pagi dah sampai di sana. Alhamdullilah perjalanan lancar.

Ni merupakan first time saya berada di sini. Alhamdullilah kemudahan yang diberikan memang memuaskan. =)

"Saya mendoakan semoga mak dan ayah sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dalam menjalankan ibadah haji di sana. Semoga Allah merahmati dan melindungi mak dan ayah.

Ya Allah permudahkan urusan mak dan ayah mengerjakan ibadah haji disana"

Di saat berlepas. Mak tak dapat menahan kesedihan.
Well u know la my mother macam mana...
Sangat berhati kecil...

Apak and mak.
Ya Allah sihatkan tubuh badan mereka.
Permudahkanlah segala urusan mak dan ayah mengerjakan haji...
Semoga mak dan ayah pulang dengan selamat ke tanah air..
Amin

Mak tacing...
Saya pon tacing tapi kalau ada Debab lagi tacing..
Badan je besar tapi hati kecik..
Huhu
=p

Ampun gambar kurang memuaskan. Al maklum i tak pakai blackberry.
Beri-beri ada la. Huhu

P/s: Apak masuk surat khabar Metro and Berita Harian. Tengah salam dengan Agong. =)

Bila Dia Tiada Disisi- Kepulangan

Alhamdullilah, B dah selamat pulang semalam.

Perasaan tidak terkata.
Berakhir sudah episod ditinggalkan 8 hari.
Menderita jiwa raga tidak terkata.

Hari ni saya adalah orang yang paling gumbira.
Tak lagi tido keseorangan.
Itu yang kau pikirkan...
Ceh....
=p

"Adinda sangat cintakan kekanda"

Ok jom ramai-ramai cari mangkuk tandas.
=p

P/s: Saya dapat merasakan ada sesuatu yang kurang sihat di sini. Biarlah rahsia.

Tuesday, October 11, 2011

"All in One"

"All in one"

Aiseh saya tak tahu nak cakap macam mana. Nak proceed atau saya tangguh semester depan. Dua dua situasi ada pros and cons. Saya tak tahu. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Bila takda B, saya jadi blur untuk buat keputusan dengan waras. Saya perlukan pendapat dari B. So macam mana ni Fardilla. Nak proceed ke tak????

Saturday, October 08, 2011

Bila Dia Tiada Disisi- Hari Ketiga

Assalamualaikum dan heloo everybody,

Hari Sabtu yang gloomy sebab kene bangun pagi untuk bekerjaya. Plus ada kelas ganti lagi, memandangkan saya akan bercuti pada hari Isnin.

Hari ke-3 ditinggalkan. Alhamdullilah saya semakin kuat untuk mengharungi kehidupan. Baru-baru nk berpisah je saya macam over. And pagi tadi saya dah bole terima kenyataan bangun pagi tanpa kehadiran B disisi.

Semalam saya sempat chat dengan B setelah sekian ke berapa kali saya merungut dengan Akma..."mana B ni????...". Asik dok repeat perkataan tu je banyak kali. Kesian Akma dok mendengar saya merungut. Nasib ada BFF, takdala saya terasa sepi sangat. Thanks babe. Love you.... =)

Semalam dapat chat sekejap sangat. At least saya tahu keadaan buah hati di sana dalam keadaan yang baik. Sempat dia mengadu pada saya, kalau malam kat sana suhu bole cecah smpai 10 darjah celcius. Memang sejuk kaw-kaw. Angin pun kuat. Saya hanya risau kalau demam B datang balik.

Harini mungkin takda kesempatan untuk chatting lagi. Al-maklum takda internet connection. Tapi kalo ada apa-apa selalunya B akan msg. Then saya pun boleh msg B. So kami takdala lost contact terus. Cuma buat masa ni masih tak berpeluang untuk dengar suara lagi. Hurmmmm...

Wahai hati bersabarla untuk sedikit waktu lagi...

P/s: Rindu

Friday, October 07, 2011

Bila Dia Tiada Disisi- Hari Kedua

Gloomy Friday...

Jiwa kosong buat masa ni. Memang gile kentang penangan kene tinggal. Serik dah. Taknak lagi keadaan macam ni. Lepas ni kalau pergi mana-mana confirm i nak ikut. =(

Over kan?? Bak kata Debab. Huhu selalu kene smash dengan perkataan OVER oleh Debab, my sister. Hahahaha....

Hari ke dua ditinggalkan. Pagi-pagi terasa kosong tanpa bantal peluk. Selalu sebelum bangun tido lepas tersedar alarm berbunyi mesti cari "bantal peluk" dulu. Then baru bangun. Pergi kerja tadi takda moment kiss bantal peluk dulu. Haishhh takkan nak kiss akma plak kan. Kang orang cakap lesbian plak kan. Huhu...

Oh ya semalam saya bermalam di rumah BFF akmar amon. Siap masakkan sambal sotong kegemaran saya. Hehe thanks babe. Akma sangat pandai masak ok. Mak jeles nok!!! =p

Alhamdullilah B dah selamat sampai Seoul semalam. Inform thru facebook. Oh nasib ada facebook kan. And sempat msg saya pakai nombor sape ntah. Bgitau nak online tapi sayangnya saya dah tertido time tu. Tertido-tido saya menunggu berita yang B dah selamat smpai. Apa pun saya doa kesayangan saya sentiasa keadaan baik-baik kat sana...

Skang ni rindu setengah mati nak dengar suara. Tambah-tambah lagi suara dia ajuk cakap saya. Tu memang habit dia nak kenekan saya. Cepatla masa berlalu....tak tahan nak menunggu...

Isnin ni mak dan ayah nak berlepas pergi haji plak. Yang ni satu perasaan yang sedih jugak nak berpisah jauh dengan apak and mak. Tapi kite kene redha sebab mak and apak pergi menunaikan ibadah Allah. Nak lepaskan moment ni yang saya tak tahan. Mak yang jenis cepat tacing. Automatik saya akan jadi tacing jugak. Mula la lepas tu akan melayan perasaan. Tak sukanya nak layan perasaan yang gloomy-gloomy ni. Ditambah dengan ketiadaan B di sisi. Confirm bertambah banjir....=(

Sekian~

Gambar pengubat rindu

Thursday, October 06, 2011

Bila Dia Tiada Disisi- Hari Pertama

B dh naik flight pergi Korea. Pergh perasaan dia memang lain macam. Dunia jadi kelam seketika. Tambah-tambah tengok pic yang dia mms. Rasa nak jadi halimunan sekejap, semata-mata nak ikut jugak. Kalau dulu zaman kapel saya bole relaks lepas kene tinggal tapi bila dah jadi suami isteri, rasa macam nak meroyan pun ada. Macam mana rasanya kalau PJJ tu kan???

Masa depan sukar nak jangka. So kene sentiasa bertabah untuk hadapi segala cabaran.

Tadi baru lepas cakap dengan mak. Mak pun sedih sebab B tak dapat bersama-sama untuk tengok mak dan ayah berlepas pergi haji. Takda rezeki. Kalau tadi kata taknak nangis, last-last melimpah jugak. Haishh sabar la Fardilla...

Sepi...takda orang nak jadi bantal peluk saya masa tido..
Sepi...takda orang nak tepuk-tepuk saya tido...
Sepi...takda orang nak bergurau dengan saya...
Sepi...takda baju kerja B yang saya nak iron-kan...
Sepi...takda orang yang saya nak bebelkan bila B buat sepah...
Sepi...takda orang yang nak tenangkan time saya serabut..
Sepi...

=(

"B dah nak gerak ye. Jaga diri baik-baik isteriku. I love you so much"

='(

Monday, October 31, 2011

Review Husband Part 1

0 comments

2 comments

1 comments

7 comments

3 comments

4 comments

Disable Right Click