Post Simpan 1 (30 Julai 2011)
Assalamualaikum dan hai,
Peluang yang ada perlu diambil. Masa dah tak panjang. Tinggal lebih kurang sebulan je lagi untuk saya selesaikan urusan preps. Alhamdullilah, segala dipermudahkan. Yang penting bukak hati luas-luas. Saya masih sedar diri. Huhu...
Kanopi
Arini dah jumpa sendiri dengan people who in-charge kanopi. Warna scallop dan layout kanopi semasa majlis dah diberitahu. Pemilihan warna table cloth, scallop, karpet merah dan sebagainya sudah dirancang. Tunggu hari kejadian je. Cuma mungkin mereka perlu buat site visit kot untuk meninjau sekitar kawasan rumah saya. Yang paling penting 3 khemah – untuk pelamin dan VVIP. Vendor kanopi ni pun bertukar di saat akhir. Dan alhamdullilah vendor yang ini lebih mudah untuk dibawa berbincang.
Butik
Saya dah pergi melihat dengan kepala sendiri rupa baju sanding yang sebenar. Tak seteruk yang digambarkan sebelum ni. Cuma tak try lagi sebab masih dalam proses jahit manik. Walaupun exactly bukan seperti yang saya mahukan tapi buat masa ni saya masih lagi berpuas hati. Pemilihan warna untuk baju B pun sudah selesai. Harap takda ape yang pelik-pelik selepas ni.
Baju nikah dah siap. Simple. Yes simple but still under my expectation. Just a typical baju kurung moden. Hope akan masih berkilauan di malam nikah. Untuk nikah, bunga tangan masih lagi tak berusik. “Mereka” pinjam contoh bunga untuk rujukan. Takpela. Tudung dan veil dah siap lengkap. Cuma perlu beli aksesori tambahan – aksesori kepala.
Tadi saya dah book bunga tangan fresh flower kat butik. Tiba-tiba terasa malas yang amat nak DIY bunga sendiri. Plus kos yang tidak over bajet, hanya RM 50. Ke mahal?? Ntah tak payah peningkan kepala lagi.
Cenderahati
Tadi sempat jugak order cenderahati untuk tetamu dan VVIP. Kalau dulu mengikut perancangan awal, saya nak order bahulu pecah 8, tapi bila dipikirkan balik, lebih baik saya amik yang dekat dengan rumah. Masalah saya ialah penghantaran. Nak tempah sekitar KL tapi rumah kat Ipoh. Kalau saya bawak lori ke hulu hilir boleh la nak angkut berkotak-kotak pun kan. So decide malas mahu pening kepala, nak pikir angkut pakai apa and nak tambah kos lagi better saya cancel yang itu yang pilih alternative yang lain.
Yang ini lebih murah dan menjimatkan kos. Kalau bole saya memang nak elakkan cenderahati yang tak memberi kesan kepada tetamu. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza bukan? Saya lebih suka memilih makanan. Walau apa pun bergantunglah kepada bajet masing-masing. Bajet saya sangat terhad buat masa ni. =)
Buat kerja kawin ni banyak dugaannya. Apa yang saya paham, bukak mata dan hati seluasnya. Rancang majlis mengikut bajet yang ada. Membuat perancangan kerja kawin satu pengalaman yang manis buat sume bakal pengantin. Nikmatilah sepenuhnya. Nanti uolss mesti rindu nak menghadap balik saat-saat macam ni. Perkahwinan sekali semur hidup, rancanglah ia sebaiknya. Dan yang paling penting berterima kasihlah kepada kedua ibu bapa yang banyak berkongsi duit (saya anak yang sengkek), tenaga, idea dan jasa. Pengorbanan dan jasa mereka tiada tandingan. Love my parents so much!
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment