Weekend yang baru macam weekend.
Alhamdullilah, arini sudah Ramadan yang ke-8. Oh sudah tidak lama lagi la. Lalalala~
Weekend yang lepas saya banyak menghabiskan masa di rumah bakal family yang ke-2. Sumpah tak tahu malu. Baru terasa macam ada family di bulan Ramadan. Alahai sedihnya jadi anak perantauan.
Sabtu after kelas ganti walaupun Sabtu yang bercuti tapi saya masih meneruskan sisa menyelesaikan hutang ganti kelas. Ada 3 kelas lagi. This week merdeka. After kelas saya terus ke Nilai. Niat hati mahu membeli sedikit 2 barang yang tak dibeli. Tengah sedap jejalan hujan lebat. Berlari saya ke kereta. Nasib dekat dengan kereta masa ni. Lama jugak hujan lebat. Saya tunggu B dalam kereta jela. Niat murni tergendala lagi.
Bila B sampai hujan masih lagi renyai tapi tak selebat tadi. Jumpa Dollah and tunang dia. Mereka pun bakal pengantin jugak. Bila dah jadi 4 orang memang payahla saya nak menyelesaikan misi saya. Takpela, saya diamkan aja walaupun tujuan asal saya ke Nilai adalah untuk membeli barang preps saya. At the end saya tak beli satu barang apa pun. Geram jugak bila asik tergendala lagi. Better pergi sorang diri kot. Takpe minggu ni kene setelkan jugak. Dah masuk minggu ke-2 Ramadan oiii.....mode gabra mula menerjah.
Dari Nilai terus ke rumah B. Malam ni berbuka kat rumah Kak Long.
Ahad saya melepak di rumah B. Nasib ada aktiviti. Pagi-pagi dah pergi pasar. Kemas-kemas rumah bagai. Memang dh macam famili sendiri and rumah sendiri. Sabar jela. Segan?? Tak payah nak cakap segan tak henggat. Saat genting macam ni tak elok menempel di rumah bakal ye kawan-kawan. Tak elok plus nanti dah basi. Please don't try this at home. Semalam nak balik awal tapi kene tahan jugak balik selepas berbuka walaupun saya tak berpuasa.
Tapi alhamdullilah la famili B memang sporting abis. Syukur dapat famili satu lagi yang macam ni.
Macam mana nak jaga hubungan dengan famili yang satu lagi?? Ntah jadi diri sendiri kot. Yang penting saya memang bukan sweet talker and banyak mulut. Sekarang ni pon tengah belajar macam mana nak jadi ringan mulut and mulut manis. Saya tak suka orang bodek/ampu saya so saya assume orang lain pun tak perlu diampu/dibodek untuk amik hati mereka.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment