Assalamualaikum dan helloo,
Alhamdullilah saya dah selamat sampai di kampung halaman yang permai. Pukul 4 bertolak dari opis dalam 730 malam baru sampai. Dari Jalan Duta sampai Tapah perjalanan lancar je. Tapi bila lepas RnR Tapah dah start siputnya. Time nak dekat berbuka and dikala minyak dah paras-paras bahaya. Saya pasrah je. Nak tunggu RnR yang satu lagi tak tahu sempat ke tak. Masa ni dalam 50km nak exit Tol Simpang Pulai. Geram jugak. Perjalanan jadi slow sebab link dah jadi 2 lorong je, lori banyak yang datang mcm siput berhooray selepas hujan. Kreta berhenti tepi pun nak slow jugak. Haishhhh....
Tapi apa pun saya syukur saya selamat smpai jugak di Ipoh. Right now adik beradik yang 4 ketul ni dah berkumpul bersama. Seronok.
****
Dikesempatan ni saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir dan batin. Mohon maaf andai kata selama ni saya ada melakukan kesilapan tanpa sengaja atau tidak sengaja. Mohon maaf andai ada kata-kata yang menyakitkan hati. Saya mohon maaf dari akar rambut smpai hujung jari kaki....=p
Berhati-hati dijalan raya. Control 3K-kesabaran, kelajuan dan kecergasan. Ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan uollss. Cewah nasihat orang memang pandai...=p
Tata.
P/s: Tengah pulun buat bunga pahar. Mak dah bising tak siap lagi.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment