Followers

Tuesday, August 09, 2011

Menjelang 31 Hari

Sudah sampai ke kemuncak. Ada sedikit lagi senarai semak yang tak berjaya di potong. Takpe ada 3 minggu lagi nak selesaikan semua perkara. Skang ni kalau boleh nak relaks je. Bertenang and berdoa bebanyak.

Proses edaran kad kawen bahagian saya akan bermula minggu ke 3 puasa. Takut orang terlupa nanti kalau bagi cepat sangat.

Tak sangka dah nak kawen. Macam tak percaya. Harap kehidupan lepas ni lebih bermakna. Pergi mana-mana dah ada teman setia. Dah ada teman yang nak diuruskan. Ada teman kongsi suka duka.

Berkahwin bukan perkara yang boleh dipandang mudah. Kene menempuh perjalanan yang penuh berliku. Saya percaya hidup tidak sentiasa manis dan indah. Pasti ada pahit masin yang perlu ditempuh bersama. Perkara tersebut yang buat kita lagi kuat dan tabah mengharungi hidup bersama.

Kalau dulu uruskan keperluan diri sendiri. Cara hidup sendiri tapi bila dah kawen dah kene uruskan keluarga plak. Kalau sebelum ni tak kisah nak masak apa, sedap ke tak sedap janji makan sebab nak makan untuk diri sendiri. Tapi nanti bila dah ada si dia dah kene pikir perut dan selera si dia plak. Dah tak bole malas macam sebelum ni. Kalau rasa malas nak masak, makan megi je. Paling parah tak payah makan langsung. Tapi bole ke nak buat mcm tu bila dah ada si dia dalam hidup.

Kalau masa solo ada satu keluarga yang nak kene beri perhatian tapi bila dah kawen keluarga dah makin membesar. Dah kene uruskan masa untuk dengan 2 keluarga. Kene adil dan saksama. Tak boleh nak lebihkan sebelah pihak je. Alhamdullilah keluarga si dia sangat memahami.

Makan pakai semua nak kene jaga. Dah cukup ilmu di dada?? Banyak lagi yang perlu saya belajar.

Hati kene kuat. Hati kene banyak sabar. Selalunya perempuan yang perlu banyak berkorban dalam sesuatu perhubungan. Perkahwinan bukan satu perkara yang membebankan. Ia satu ibadah buat kita. Sediakan segala keperluan suami dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala.

P/s: FMIL accident semalam. Semoga beliau cepat sembuh. Tengah tunggu masa nak berkejar ke Seremban nak melawat beliau...

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Menjelang 31 Hari"

Disable Right Click