Followers
Thursday, August 18, 2011
Dugaan Maha Hebat
Assalamualaikum,
Dua hari saya menyepikan diri. Begitu berat saya nak menerima dugaan yang semacam ini. Terasa macam mimpi pun ada. Sampai skang saya masih mengharapkan apa yang berlaku adalah mimpi semata. Tapi ternyata ia adalah satu realiti yang perlu saya hadapi dengan tabah. Di saat-saat begini, di waktu hari menjelma bakal menjelma saya mendapat satu dugaan yang maha hebat. Jodoh dan ajal semuanya ditangan Tuhan, Kita sebagai manusia hanya mampu merancang sahaja. Semuanya telah tertulis dan saya perlu redha untuk menerima segala ujian dari-Nya.
Tanggal 15 Ogos 2011 bersamaan dengan 15 Ramadan, bakal mak mertua saya telah kembali ke rahmatullah. Sempat jugak untuk saya berjumpa dengan beliau pada ahad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Kenapa di saat-saat waktu semakin dekat kami disatukan beliau pergi menghadap Ilahi?? Tiada sape boleh pertikaikan urusan Allah yang Maha Esa.
Beliau saya dah anggap macam mak sendiri. Saat mendengar khabar beliau pengsan dengan tiba-tiba, saya dah terasa tak sedap hati yang amat. Dalam hati berdoa semoga Allah melindungi beliau dan memanjangkan umur beliau. Tapi siapalah kita mahu melawan takdir. Allah lebih sayangkan beliau.
Dalam hati merintih. Dah puas saya menangis. Memang sengaja saya mahu keluarkan perasaan ni, mahu menangis sepuasnya supaya suatu hari nanti saya akan mampu untuk menerima hakikat bahawa inilah dugaan kami. Kami redha Ya Allah....
Walaupun usia perkenalan saya dan arwah terlalu singkat, tapi saya cukup senang dengan beliau. Saya beruntung mempunyai bakal mak mertua yang seperti itu. Tapi apakan daya takda rezeki untuk saya menjadi menantu beliau, dan takda rezeki untuk beliau bersama-sama kami untuk hari kami disatukan. Allah je yang Maha Mengetahui rasa hati ni....
Apa pun semoga hati kami tabah dan kuat dalam mengharungi cabaran dan ujian dari-Nya. Pada hari tu jugak, saya melihat air mata seorang lelaki yang saya sayang di atas kepergian bonda tercinta.
Kenangan bersama arwah sewaktu majlis bertunang 2009
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga arwah tenang di sana...kami disini akan sentiasa mendoakan arwah. Al-Fatihah....
P/s: Wahai hati, sentiasalah bertabah dalam mengharungi ujian dari Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments on "Dugaan Maha Hebat"
- Akmar Amon on August 18, 2011 at 7:22 PM said...
-
Babe..kalau i pun menitis air mata dgr ur news, u ape ntah lg..Tapi I tau u kuat babe. Always be there 4 u. Nnt u dtg umah I, kite story..
- Nadira R on August 18, 2011 at 9:49 PM said...
-
Innalillah..
Sabar banyak2 ye..Semuanya ketentuan Tuhan..I hope you're okay..Cakap dekat Encik Azli supaya banyak2 berdoa ye..:)
His mother must have wanted his son to be happy, so as a good daughter in law..make him happy okay..I know you will..take care! (^_^) - Unknown on August 18, 2011 at 11:22 PM said...
-
takziah akk ucapkan... sabar ya dilla... Allah lebih sayangkan arwah.. tabahlah menghadapinya.. Dilla kena kuat semangat, begitu juga bakal suami dilla.. terima segalanya dengan redha. Dugaan Allah... Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah....
- Unknown on August 19, 2011 at 7:34 AM said...
-
awk,sabar yer
takziah utk keluarga bakal suami awk - Unknown on August 19, 2011 at 8:12 AM said...
-
Thank semua... =)
- Shakina Farhan on August 19, 2011 at 11:06 AM said...
-
sedihnye..takziah utk tunang & kamu juga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Kata-Kata Inspirasi:
Babe..kalau i pun menitis air mata dgr ur news, u ape ntah lg..Tapi I tau u kuat babe. Always be there 4 u. Nnt u dtg umah I, kite story..
Innalillah..
Sabar banyak2 ye..Semuanya ketentuan Tuhan..I hope you're okay..Cakap dekat Encik Azli supaya banyak2 berdoa ye..:)
His mother must have wanted his son to be happy, so as a good daughter in law..make him happy okay..I know you will..take care! (^_^)
takziah akk ucapkan... sabar ya dilla... Allah lebih sayangkan arwah.. tabahlah menghadapinya.. Dilla kena kuat semangat, begitu juga bakal suami dilla.. terima segalanya dengan redha. Dugaan Allah... Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah....
awk,sabar yer
takziah utk keluarga bakal suami awk

Post a Comment