Sejak dapat kerja kat Nilai yang dekat dengan rumah, my life totally change. I mean perubahan yang positif bukan lagi macam dulu. Saya dah dapat manage time dengan baik.
This is my daily routine sejak 3 bulan yang lepas:
6.15 - 6.30 am :
Bangun pagi, solat, kemas dapur. Sebab kalau malas malam semalam after dinner memang saya biar sinki and dapur kucar-kacir. Konon bangun pagi baru nak kemas. Kalau tak pagi pun, petang balik kerja sebelum masak baru sibuk nak kemas kan.
Time ni jugakla saya amik masa untuk iron baju. Bila dah banyak masa ni macam malas plak nak iron baju sekali harung untuk seminggu.
Kadang-kadang terlajak jugak bangun pukul 7 - 730 am kalau waktu "cuti"
7.00-7.30 am:
Biasanya kalau rajin akan prepare breakfast untuk husband. Tak susah pun cuma sediakan roti bakar, scrambled egg dengan air panas. Husband tak request pun nasi lemak, nasi goreng segala.
Heavy breakfast hanya untuk weekend sahaja. Harap maklum.
Kadang-kadang saya skip jugak prepare breakfast for husband. Bila tengok husband pergi kerja tak breakfast rasa bersalah. Tapi hari berikutnya buat perangai yang sama jugak. Takda kesedaran langsung!
Sedang berusaha untuk jadikan rutin sediakan breakfast untuk husband.
7.30-800 am:
Masa untuk bersiap. Takda makna nak mandi awal sebab rasa tak fresh.
Then saya akan bersiap sampai pukul 8.
Biasanya kalau ada baju yang nak disidai, saya akan bersiap awal.
Sidai baju kene teliti dan amik masa yang agak lama. Biasa dalam 15 minit paling lama.
815 am:
Memang dah patut kuar dari rumah takut lambat al maklum saya berkongsi jalan dengan lori siput.
Tapi kadang-kadang tak on time jugak. Pukul 820 or 825 penah jugak baru nak keluar rumah.
Masih sempat lagi nak sampai opis sebelum pukul 9 pagi.
Bila hari Sabtu pukul 830 am keluar dari rumah pun sempat lagi sampai opis.
Biasanya 840-845 am saya akan sampai di opis.
900 am-500 pm:
Waktu bekerja!
500-530 pm:
Lagi 5 minit nak pukul 5 saya dah get ready nak balik.
Sebab style disini memang semua bekejar balik on time.
Dalam pukul 530-535 pm saya sampaila rumah.
Rehat-rehat sekejap then baru mandi, and solat Asar.
630-700 pm:
Adalah masa untuk saya sediakan dinner.
Itu pun kalau tak penat sangatla. Kalau penat suruh husband tapau je.
Masak simple so sebelum drama kat TV 3 start saya dah siap masak. =)
800-900 pm:
Kalau husband balik awal kami akan dinner sama-sama.
Kalau balik lambat, i just stand by atas meja. Kalau dah pukul 11 pm memang mata dah black out.
Kesian husband makan takda teman.
Tak pun kalau mood husband nak ajak keluar, lepas Maghrib kami akan bersiap.
Biasanya weekend saya malas nak bersiar-siar waktu malam.
So that's why husband cakap saya kaki memerap kat rumah.
Ok what takda la i membazir duit u...
900-1000 pm:
Masa untuk buat "kerja"
Ikut sampai mana mata mampu bertahan.
Kalau sampai pukul 12 tgh malam satu pencapaian yang bagus.
=p
Kadang-kadang datang MALAS memang saya tak buat langsung kerja.
Dok depan tv layan apa je cite yang ditayang.
Kalau dah bosan sangat pukul 10 pm dah masuk tido.
Huuhuaaa....awalnya tido kan?
Next day sambung balik rutin sampai la weekend. Bila weekend rutin berubah sikit la.
Setakat ni itulah rutin saya tiap hari. Agak suka dengan rutin ini sebab tak memberi tekanan pada diri sendiri. Saya sudah punya banyak masa untuk bersenggang.
Tak tahu sampai bila rutin ini berjaya dikekalkan.
Boringkan rutin saya tiap hari??
Hurmm saya pun rasa begitu.....
2 Kata-Kata Inspirasi:
salam..rutin org xd anak ni..ehehe =)..saya pon 'berat' betul nak prepare breakfast tuk husband..pastu rasa bersalah..ehehe..tp at least buatkan air milo secawan pon da rasa buatkan breakfast..haha
Salam...takda anak bole la nak buang masa kan..hehe
Sama..harini pun tak prepare breakfst tuk husband...haishh sian husband dpt isteri pemalas mcm sy....haha
Post a Comment