Kalau Allah kata itu rezeki kita, mesti rezeki itu akan tetap jadi milik kita walaupun macam mana cabaran pun yang datang.
Tapi kalau Allah dah kata itu bukan rezeki kita, kita jaga/ halang macam mana pun dari rezeki itu pergi dari kita, ia akan tetap pergi sebab bukan tertulis untuk kita.
Saya hanya perlu bersabar sedikit masa lagi mungkin.
Allah ada agenda yang lebih baik untuk saya lebih dari apa yang saya fikirkan. Oleh itu kenapa mahu berputus asa kerana semuanya sudah tertulis.
Rezeki ada di mana-mana dan sudah ditentukan
Rezeki tidak pernah cepat atau lambat walaupun sesaat untuk kita.
Have faith in Allah....
Yakin pada Allah.
P/s: Lagi 15 minit nak balik...balik awal juga rezeki bukan? Macam mana suatu hari nanti perlu "berjarak jauh" dengan husband. Adakah itu rezeki juga?
2 Kata-Kata Inspirasi:
betol!kdg2 nak makan kuih pastu kuih jatuh..bukan rezeki kan walaupun da nak masuk mulut dah..heeee..=)
Betol tu padahal kalau ikutkn kuih tu dah ada kat tgn and tggu masa nak ngap dalam mulut je kan...
=)
Post a Comment