"Madam saya mesti rindukan madam bila saya cuti nanti....."
*Pengsan
Adakah ini ayat bodek untuk dapat markah lebih??
* * *
Rasanya semua orang tahu saya sudah berpindah kerja dari KL ke Nilai.
Boleh dikatakan di sini kebanyakan students adalah behave berbanding students di KL.
Mungkin faktor persekitaran yang memberi impak kepada sikap pelajar.
Sebenarnya saya nak cerita tentang nota yang saya dapat di atas.
Saya perasan nota ni dari student masa saya marking paper final.
Kalau husband baca confirm dia jeles lagi.
=p
Nota ni datang dari sorang student lelaki.
Biasala bila mereka nampak kita (lecturer) senang nak approach so mereka pun tak segan silu la nak tulis apa saja and lakukan apa saja.
Student ni juga kerap miscall saya banyak kali and hantar sms yang tiada kaitan dengan kelas atau assignment sebagainya.
Tapi saya tak layan tau.
Saya cerita juga pada husband.
Takut nanti kalau dia nampak kat hp takdalah menimbulkan salah faham.
Haha apa lagi dapatlah nasihat free
"Husband pesan jangan curang and couple dengan student ye...abang penat cari rezeki kat luar, lepas tu awak layan orang lain. Kesian abang...."
Ya Allah tak pernah terfikir pun. Huhu...
Dengan student pun nak jeles ke B??
Haruslah...
Sekarang ni macam-macam benda berlaku yang boleh merosakkan rumah tangga. Moga kita kuat untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina atas nama cinta.
P/s: Dapat tahu suami seseorang ada skandal dengan perempuan Indon. Mengucap panjang. Kenapa sampai macam tu?? Adakah isteri dia tahu perangai keji suami dia?? #JustSaying
Tak payah nak sibuk rumah tangga orang lain boleh tak?
Ya Allah kau lindungilah rumah tangga kami dari perkara yang tidak baik dan seumpama itu.
Amin.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment