Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, October 10, 2012

Dunia Tidak Selamat Lagi

Kalian baca berita di akhbar sejak 2 3 hari ni?
Berita yang paling meruntun jiwa apabila ada kes perempuan dirogol. Saya memang tak boleh terima langsung. Kenapa ada lelaki sanggup menjadikan perempuan sebagai hamba seks melepaskan nafsu serakah.

Pagi ni saya terbaca satu lagi berita yang berlaku 4 tahun dulu. Dah lapuk bukan? Tapi apa yang menyayat hati perempuan itu dirogol di depan mata teman lelakinya. Dan lebih mengharukan teman lelakinya kini sudah menjadi suaminya yang sah. Kesimpulannya, jika kita bersama suami/ teman lelaki belum tentu lagi kita berada di zon selamat. Ya Allah kau lindungilah kami dari perkara yang buruk....

Seterusnya semalam berlaku di Subang. Seorang perempuan dirogol bergilir-gilir oleh 10 orang lelaki Myanmar. Lelaki warga asing! Dahla menumpang buat jenayah plak. Tak sedar di untung.

Perempuan tu sedang menunggu bas selepas pulang bekerja. Bukan ke masa ni kalau ikut logik tengah ramai orang. Kesimpulannya, di mana-mana sekarang ini memang tidak selamat! Jenayah berlaku di mana-mana tidak mengira masa!

Dah start risau sebab balik umah sorang-sorang. Takut je masa nak bukak pagar ada orang datang and paksa heret masuk rumah. Nasib baik petang-petang kawasan rumah penuh dengan manusia sebab kat depan rumah memang taman orang joging and beriadah. Tapi bila malam dah sunyi. Haishh cepatla tubuhkan security wahai penduduk Taman Idaman Bayu.

Berita Menyayat Hati 1:

Kuala Lumpur: Seorang lelaki kelihatan sebak ketika menceritakan teman wanitanya dirogol di depannya oleh seorang pengecat kereta dalam kejadian di sekitar Kepong, empat tahun lalu.

Lelaki itu berusia 27 tahun memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen, S M Komathy Suppiah semalam, beliau kini sudah berkahwin dengan teman wanitanya.
Katanya, beliau diperlakukan seperti binatang termasuk kepalanya ditetak menggunakan parang.

Hilang punca pendapatan

“Saya pohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh. Saya hilang punca pendapatan. Ketika kejadian rompakan itu saya turut ditendang, dipukul dan ditetak menggunakan parang, malah kami berdua malu apabila kejadian itu dirakamkan tertuduh dan rakannya. Ia masih segar dalam ingatan kami, ” katanya.

Katanya, ketika kejadian itu beliau memujuk tertuduh mengambil barangan miliknya dan melepaskan mereka, tetapi tertuduh bersama tiga rakannya terus memukulnya sehingga menerima empat jahitan akibat tetakan di kepala.

Mangsa rogol yang hadir dalam pakaian berpurdah hitam memberitahu, beliau memakai hijab untuk menjaga maruah diri malah kejadian itu memberi kesan kepada rumah tangga sehingga mengalami trauma untuk bersama dengan suaminya.

Alami tekanan dan malu berjumpa orang

“Saya mengalami tekanan dan malu untuk berdepan dengan semua orang. Kenapa saya tidak dibunuh saja daripada diperlakukan sedemikian rupa. Saya takut malah masih ketakutan untuk pergi ke Kuala Lumpur selepas pertama kali menjejakkan kaki ke kota raya pada hari kejadian untuk bekerja,” katanya.
Pasangan suami isteri dipanggil hakim untuk memberitahu kesan kejadian rompakan itu sebelum memutuskan tertuduh B Puvaneswaran, 23, dihukum penjara 16 tahun dan 20 sebatan.

Tertuduh dituduh melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata terhadap pasangan itu di sebuah kawasan sekitar Kepong di sini, jam 2.30 pagi, pada 25 September 2008.

Dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu bersama tiga lelaki yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan dengan mengambil wang tunai RM190, dua telefon bimbit dan kamera milik pasangan itu dengan bersenjatakan parang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. 

Sumber dari: Berita Harian

*******

 Berita Menyayat Hati 2:

SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

Sumber dari: Metro
 
P/s: Marilah kita bersama-sama menjaga dan berdoa keselamatan diri dan orang tersayang...
 
0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Dunia Tidak Selamat Lagi"

Disable Right Click