Sebelum kahwin pernah tak terfikir cara nak mengira waktu subur?
Saya tak pernah and rasa tak penting sangat. Tapi bila dah kahwin automatik perkara ni jadi perkara paling penting pada setiap bulan. Sampai sekarang rupanya teori pengiraan saya sering tidak tepat and tidak kena pada sasaran.
Hasil daripada carian and intipan sana sini baru saya tahu cara pengiraan waktu subur yang tepat. Ye "fertile window" tu memang mudah untuk kita estimate tetapi lebih afdal sekiranya kita boleh detect bilakah ovum akan keluar dari ovari ke tiub fallapio. Ini akan menyebabkan kita mempunyai potensi yang cerah untuk ovum dan sperma disenyawakan.
"Fertile window" yang dimaksudkan.
Bermakna hari subur.
Jika kita bersama semasa ini peluang yang cerah untuk hamil.
Pic ihsan Google
Point di sini saya bukan mahu mengira waktu subur tapi saya mahu selidik bila ovum saya dilepaskan. Sebelum ini saya pernah mendapat nasihat dari doktor dan saya telah diberi pil subur sebagai percubaan yang pertama. Alhamdullilah bulan itu saya memiliki dua ovum tapi sayangnya dah tertulis masa tu belum rezeki, kami bersama tidak kene pada masanya. Jika berjaya disenyawakan mungkin potensi untuk mendapat kembar sangat cerah.
Doktor sarankan supaya kami bersama tepat pada ovum dikeluarkan antara 24 hingga 36 jam. Tetapi akibat kekangan kerja semasa itu, kami tak dapat nak ikut apa yang doktor cadangkan.
Seterusnya saya berjumpa dengan doktor bulan seterusnya. And beliau mengira tarikh di mana beliau assume waktu ovum saya di keluarkan ke tiub fallapio.
Kitaran saya antara 28-29 hari. Dan cycle saya semasa itu adalah 29 hari. And doktor tolak dengan 14 hari bermakna ovum dikeluarkan pada hari ke 16. Bermakna 16 hari selepas hari pertama period. Dan memang betul antara hari ke 15 dan 16 memang kami tidak bersama. (Malu nak cerita...)
Bulan berikutnya saya cuba mengira dengan bantuan ovulation kit. Pertama kali saya mencuba and seperti biasa percubaan pertama masih ragu-ragu dan seterusnya baru saya bole adapt cara penggunaan yang tepat. Ovulation kit akan detect hormon LH yang akan menyebabkan ovum keluar dari sarangnya. Bila hasil positif bermakna anda digalakkan untuk bersama pada malam itu dan keesokkan harinya. Dan jangan confius, bila ia menunjukkan result yang positif tidak bermakna ovum telah dilepaskan semasa itu tetapi itu adalah alarm kepada kita untuk menunjukkan bahawa ovum akan dilepaskan pada bila-bila masa. And ia boleh bertahan antara 24-36 jam. Dan keesokkanya bila kita buat test lagi sekali resultnya akan negatif. Bermakna tiada lagi hormon LH. Ini menunjukkan ovum telah dilepaskan ke tiub fallapio.
(Sila betulkan saya andai saya memberi ajaran sesat di sini)
Dan hasilnya sama seperti apa yang doktor beritahu pada saya. Result menunjukkan positif pada hari ke 15. Dan mungkin pada hari ke 15, 16 dan 17 ovum telah dilepaskan dari ovari saya. (Kira dari hari pertama period pada bulan itu).
Mungkin kepada sesiapa yang mempunyai kitaran seperti saya 28-29 hari boleh mempraktikkan teori saya untuk conceive pada bulan akan datang.
Dan pada mereka yang mempunyai kitaran antara 30-31 hari boleh cuba pengiraan ini:
31 - 14 = 17 (hari ke 17 selepas hari pertama period)
Bermakna hari ke 17 adalah hari ovulasi berlaku.
Saya sekadar berkongsi. Banyak usaha yang boleh dilakukan. Yang penting tepuk dada tanya hati. Dan yang paling penting jangan lupa untuk panjatkan doa kepada Yang Maha Esa.
Selamat Mempraktik!
=)
3 Kata-Kata Inspirasi:
he..thanks for sharing...btulla..bile lepas kawin, trus jadi penting pengiraan hari ni. xkirala nak planning ntuk dptkan baby awal or lambat..sama penting...
HEHE thanks sudi baca...
selamat mempraktik!
=)
Info yang sangat bagus untuk saya yang baru ppan nak ada baby.. heheh... tq
Post a Comment