Ambil ijazah dalam pantang
Oleh Shuhada Mansor
darmansor@hmetro.com.my
BANGI: “Biarpun keadaan kesihatan tidak begitu sesuai menghadiri majlis seperti ini, saya tidak mahu melepaskan peluang meraikan saat penting ini dan pastilah perlu dikongsi bersama suami dan Mohamed Huzaifah Marzuki (anak),” kata Nor Hazila Mohamed Aris, 26.
Dia yang masih berpantang selepas melahirkan cahaya mata lima hari lalu, berkerusi roda naik ke pentas untuk mengambil sendiri skrolnya, pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-40, di sini, semalam.
Dia menamatkan pengajiannya dan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Al-Quran dan Sunnah.
Katanya, kegembiraan menerima ijazah yang sememangnya menjadi impian setiap penuntut universiti ibarat berganda baginya apabila dikurniakan anak pertama hasil perkahwinan dua tahun.
“Memiliki ijazah serta cahaya mata menjadi impian saya sejak mendirikan rumah tangga ketika sedang mengikuti pengajian di sini (UKM),” katanya.
Suaminya, Marzuki Yahaya, 36, berkata, dia tiada masalah membenarkan Nor Hazila hadir walaupun masih berpantang kerana kemahuan isterinya itu dinyatakan sebelum anak mereka lahir.
“Asalkan Hazila dijaga baik, saya rasa apa salahnya dia naik ke pentas dengan berkerusi roda. “Ini hadiah untuknya yang berhempas-pulas belajar di UKM empat tahun. Peristiwa ini juga bukan saja bersejarah buat kami, tetapi mungkin juga buat UKM,” katanya.
Sumber: MyMetro
Wooowweee this is awesome news!
Give me good impact and some inspiration to complete this long journey as soon as possible...
Insya Allah...
=)
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment