Salam Isnin semua,
Amacam energetic tak harini? Energetic la sangat. Ioulss mcm biasa hari Isnin memang hari lesu.
Macam mana dengan weekend. Best tak?? In love with your hubby tak??? (Sambil mata ke atas, tangan di bahu)
Weekend lepas saya and husband buat kerja gila. Takda la gila sangat. Saje nak panaskan story kan.
2 3 minggu husband sangat super duper busy. Sampaikan walaupun satu rumah komunikasi tu sangat kurang la. Saya dah masuk tidur kadang-kadang husband tak balik lagi. Jarang makan sama, jarang golek tengok tv sama-sama, jarang gurau-gurau sama....dan macam-macam lagi la aktiviti yang selama ni dilakukan bersama sudah semakin jarang dibuat bersama.
Tapi saya faham, husband busy cari rezeki bukan cari perempuan lain. Eh??
Kalau cari perempuan lain siap la kan....
So Sabtu lepas saja buat ayat sedih minta perhatian. Saya cakap malam ni jom lepak hotel. Kalau hotel jauh dari rumah takpe la jugakkan. Ni sekangkang kera je dari rumah. Dengan alasan nak mengeratkan hubungan. Kuikuikui.......
Pada pendapat saya sometimes kite kene create suatu new environment untuk menyemarakkan kembali hubungan. Dan ini jugak merupakan taktik saya supaya husband akan spend quality time dengan saya.
And alhamdullilah husband terus agreed. And sebelum balik siap cari and book terus. Tapi malangnya plan saya salah timing. Hotel weekend confirm la full house. Yang available cuma Seri Malaysia. Tambahan plak PM datang sempenan Tour Janji Ditepati tu. Confirm la hotel yang tak glamor je yang tinggal. So dengan pasrah husband book Seri Malaysia. And not bad la dengan room rates dia.
Dah buat sudden plan macam ni confirm la tak boleh nak expect lebih-lebihkan. So the next time please plan dari awal. Tapi biasanya yang plan dari awal ni la yang susah nak menjadi. Kalau kitorang la memang suka buat sudden plan......
Resultnya....husband makin sayang kat saya. Hubungan kami bertambah erat. We in love with each other. Kalau sebelum ni saya merajuk, husband malas nak pujuk. Lepas peristiwa tu saya merajuk sikit terus husband hulur tangan minta berdamai sambil buat muka seposen. Isteri dalam hati bunga-bunga walaupun mula-mula jual mahal. Kalau sebelum ni pergi kerja salam cium sekali. Pagi tadi smpai 2 kali kan. "kan dah salam and kiss tadi" - "Takpe nanti b rindu"
Ok bole muntah uolsss...
Harap berkekalan la hendaknya. Apa yang saya belajar disini, isteri kene pandai cari taktik untuk mengeratkan hubungan yang semakin hambar dek kesibukan bekerja.
And husband pun suka dengan taktik saya ni. Dia kata new environment best untuk erat kasih sayang. Ok now saya nak pergi cari fakta untuk menguatkan teori ini.
Lepas ni boleh plan lagi dengan syarat kawasan sekitar sahaja. At the same time husband boleh tengok site sekali and tak pikir pasal kerja bila "bercuti" jauh-jauh ni.
Sekian cerita untuk pagi ini.
Selamat mencuba!
P/s: Nak pergi jauh-jauh kene tunggu settle semua kerja dulu. Bole?
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment