Followers

Wednesday, October 31, 2012

Hobi Baru

Sejak tahu microwave oven boleh guna untuk baking bertambah-tambah mode eksited nak buat kek.
Siap nak tolong sponsor lagi cupcakes untuk Majlis Aqiqah kakak ipar,

Begitulah bila monyet dapat pisang.
Tapi saya bukan monyet tau.
=p

Tak tahula apa rasanya.
Malam ni bertungkus lumus untuk puding trifle and preps untuk marinate ayam.

Wowww sejak bila berkecimpung dalam hal masak memasak ni???

Jiran Berperang, Kami Meroyan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Harini terasa nak cerita satu perkara yang berlaku malam semalam. Memang sangat terkejut and saya yang dalam rumah pun kecut perut. Malam semalam jiran sebelah bergaduh laki bini. Bukan nak busy body dengan rumah tangga orang. Sebelum ni saya pernah jugak terdengar mereka bertengkar dua tiga kali. Tapi saya anggap bukan perkara yang serius. Biasalah suami isteri bergaduh. Sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi bila terlalu kerap bergaduh and tidak sefahaman boleh jadi virus!

Masa mula-mula diorang pindah saya ingat memang style diorang cakap kuat-kuat. Masa tu saya tengah sidai baju kat belakang. Dengar akak sebelah tu cakap kuat-kuat. Ingatkan memang style dia sembang kuat macam tu and cakap kasar. Saya abaikan.

Then haritu masa nak pergi kerja hari Sabtu, macam biasalah kalau Sabtu bolehlah santai-santai. Again, saya dengar diorang bergaduh lagi. Agak kerap jugak. And jiran-jiran yang sebaris pun cakap benda yang sama. Tambah majoriti kat deret rumah saya adalah suri rumah. Memang boleh dengar kalau diorang bergaduh. Kita yang kerja ni mana la tahu apa yang berlaku kan.

Tapi semalam apa yang berlaku memang mengejutkan saya dan husband. Husband balik dalam pukul 10 malam macam tu. Lepas makan, dia pergi ke kereta nak amik barang. And saya agak pelik kenapa lama sangat amik barang. Rupanya husband terdengar jiran sebelah bergaduh besar. Saya pun turut samalah pasang telinga. Selama ni saya dengar suara isteri dia je yang memekik and menengking tapi semalam suami dia pun sama naik. Masa ni dah risau dah takut perkara buruk berlaku. Yang si anak plak menenangkan situasi mak bapak bergaduh. Can u imagine the situation??

Diorang ada 6 orang anak yang masih kecik-kecik. Paling besar kalau tak salah saya Form 1. Saya kesian tengok anak-anak diorang. Tak malu ke mak bapak bergaduh depan anak-anak sampai anak sendiri masuk campur tenangkan mak bapak bergaduh.

Tapi semalam agak dasyat jugak sampai cekik mencekik and pukul memukul. Memang boleh dengar. Baling barang segala. Yang si anak keep on tenangkan mak bapak. Anak tu kecik lagi. Belum akil baligh lagi pun. Saya dengar dari dalam rumah je tak berani nak keluar. Nak dengar lama-lama pun tak sanggup. Kecut perut bila ada adegan pukul memukul ni. Bila nampak makin parah, husband call jiran yang lain takut apa-apa yang buruk berlaku.

Husband sempat lagi buat kelakar. Boleh plak dia terfikir takut nanti sampai kes bunuh kitaorang yang kene jadi saksi. Bila dah ada kes orang mati kene bunuh mesti rumah tu akan berhantu. Dahla rumah kitaorang memang betul-betul sebelah. Tak pasal-pasal kene cari rumah lain plak. Haha masa ni saya dah gelak guling husband boleh fikir pasal hantu. Saya tak terfikir pun. Punyalah jauh imaginasi dia.

Masa ni dalam pukul 1130 malam. Apa yang saya dapat dengar diorang bergaduh sebab duit. Memang sebelum ni pun gaduh sebab masalah kewangan. Husband dia agen insurans. Mungkin gaji tak berapa tetap. So isteri dia suri rumah tapi mungkin ada side income lain sebab mak bapak dia peneroka felda. Isteri dia banyak mengungkit pasal duit. Konon dia banyak tanggung family dia and suami lepas tangan.

Ya Allah kalau kita tengok sekarang ni, keruntuhan rumah tangga banyak berpunca daripada masalah kewangan. Tak cukup duit. Itu sebab suami isteri kene berusaha untuk memantapkan kewangan. Memang duit tidak boleh beli kebahagiaan. Tapi untuk bahagia kita perlukan duit. Financial yang stabil. Bukan nak bermewah-mewah, cukuplah dengan kehidupan yang sederhana cukupkan perkara asas. Kemewahan mungkin satu bonus. Tapi bila dah mewah janganlah lupa diri, isteri lupa tanggungjawab, suami pula cari perempuan lain. Pokok pangkal bersederhana dalam segala aspek.

Tak sukalah dengar laki bini bergaduh. Harap diorang boleh cari penyelesaian yang terbaik secepat mungkin.

P/s: Dalam bergaduh tu anak ramai jugak. Acaner tu???

Tuesday, October 30, 2012

Saya Ber-Skandal-cious?

"Madam saya mesti rindukan madam bila saya cuti nanti....."
*Pengsan

Adakah ini ayat bodek untuk dapat markah lebih??

* * *

Rasanya semua orang tahu saya sudah berpindah kerja dari KL ke Nilai.
Boleh dikatakan di sini kebanyakan students adalah behave berbanding students di KL.
Mungkin faktor persekitaran yang memberi impak kepada sikap pelajar.

Sebenarnya saya nak cerita tentang nota yang saya dapat di atas.
Saya perasan nota  ni dari student masa saya marking paper final.
Kalau husband baca confirm dia jeles lagi.
=p

Nota ni datang dari sorang student lelaki.
Biasala bila mereka nampak kita (lecturer) senang nak approach so mereka pun tak segan silu la nak tulis apa saja and lakukan apa saja.
Student ni juga kerap miscall saya banyak kali and hantar sms yang tiada kaitan dengan kelas atau assignment sebagainya.
Tapi saya tak layan tau.

Saya cerita juga pada husband.
Takut nanti kalau dia nampak kat hp takdalah menimbulkan salah faham.
Haha apa lagi dapatlah nasihat free

"Husband pesan jangan curang and couple dengan student ye...abang penat cari rezeki kat luar, lepas tu awak layan orang lain. Kesian abang...."

Ya Allah tak pernah terfikir pun. Huhu... 
Dengan student pun nak jeles ke B??
Haruslah...

Sekarang ni macam-macam benda berlaku yang boleh merosakkan rumah tangga. Moga kita kuat untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina atas nama cinta.

P/s: Dapat tahu suami seseorang ada skandal dengan perempuan Indon. Mengucap panjang. Kenapa sampai macam tu?? Adakah isteri dia tahu perangai keji suami dia??  #JustSaying

Tak payah nak sibuk rumah tangga orang lain boleh tak?

Ya Allah kau lindungilah rumah tangga kami dari perkara yang tidak baik dan seumpama itu.
Amin.

Kisah Raya Di Perantauan

Terasa macam lama sangat saya menyepi dan menghilangkan diri.
Anyway rasanya dah terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan musliman sekalian.

Macam mana dengan hari raya?
Saya tak pulang ke kampung, sambut raya bersama suami tercinta.
=)

Dengar cite jem sangat teruk kan?
Takpe lagi 2 weeks mesti saya pulak yang akan menghadap jem tu..combine cuti Deepavali, Awal Muharam and cuti sekolah...memamg terbaik!

Jumaat:
Seperti biasa pagi raya kami akan bersembahyang raya di rumah Tuan Sheikh.
Kemudian kami ke rumah arwah mak mertua di Paroi.
Yang ada cuma Kak Lina, Yayah and Kak Tam and anak-anak buah.

Diorang siap buat nasi impit and rendang.
Saya je yang tak buat sebab tahu memang takda sapa nak makan.
Nak masak sebelum tu dah tak sempat sebab Khamis saya masih bekerja.
Reda jela makan nasi impit rumah orang.
=p

Sabtu:
Ada BBQ kat rumah Tuan Sheikh
Diorang request saya buat chicken chop,
Alahai nak muntah saya asik makan chicken chop.

Alhamdullilah ramai yang puji chicken chop saya yang tak seberapa tu,
Siap ada tempahan lagi minggu ni,
Memang akan ada yang merungut penat tak cukup tangan lepas ni. (saya la tewww)

Ahad:
Balik kampung husband di Jelebu,
Seharian berjalan,
Nasib baik Isnin saya masih bercuti.

Isnin:
Operasi cupcake Carrot untuk kenduri doa selamat Kak Tam Sabtu ni,
Tengok mana yang mampu saya buat,
Khamis kene prepare untuk chicken chop plak.

Semoga kuat wahai sistem imunisasi diri!

Selasa:

Mula bekerja!
Nak nangis...
='(

Jom siapkan kerja lagi 2 weeks semester baru nak buka kembali.

Thursday, October 25, 2012

Mohon Kerajinan

Mohon saya rajin untuk menyediakan juadah ini sempena Raya Haji esok hari.

Rendang ayam dan nasi impit

Cupcake carrot

Mee kari kerang

Sumber: Google

Checklists barang done.
Tunggu mood nak pergi beli and buat je.

Oh ya Sabtu malam ada orang request nak belajar masak Chicken Chop.

=)

Sepetang Di IKEA

Ahad lepas sempat singgah IKEA setelah sekian lama saya tak jejak kaki di KL,
Bila dah fully bermaustatin di Seremban dah makin susah pulak nak keluar dari sini.
And tak sangka akhirnya selepas berkahwin saya akan stay disini dan mempunyai rumah di sini.
Who knows?.
But Allah knows better than us right?
Dulu sebelum kahwin saya bajet lepas kahwin saya akan menetap di KL or Perak selamanya.
Tapi dah kawen lain pula perancangannya.
Apa pun saya bahagia je di mana saya di tempatkan asalkan saya bersama dengan orang yang tersayang.
Panjang pula mukadimah saya harini.

Oh ya untuk pengetahuan semua saya di sini masih bekerja.
Tahun ni raya haji tak balik Ipoh lagi 2 minggu time cuti Deepavali and Awal Muharam baru nak balik.
Boleh bercuti lama kan...

Apa yang saya suka tentang IKEA adalah tentang susun atur dan reka bentuk perabot yang boleh membuatkan rumah yang kecil kelihatan sangat organise, kemas dan cantik.

Kalau tak percaya let's the pictures do the talking.
Penat nak membebel bebanyak.
=p

Saya suka idea ni.
Yang ni deco dalam bilik tidur.

Ruang menonton.
Kemas bersih luas dengan penggunaan perabot warna putih yang simple.

Ini adalah dapur idaman.
Katanya nak ada kitchen island kan walaupun dapur kat rumah tu tak besar mana.
Kat belakang tu kalau boleh perasan adalah laundry area.
Can you see how they organise that place....
things organized neatly.

Ok ni lagi brilliant idea yang saya suka sangat.
Yang ni adalah bilik tidur dan ruang kerja.
Di mana mereka menggunakan book shelves untuk pisahkan antara bed and meja kerja.

Boleh curi idea ini untuk bilik tidur 3 kat rumah.

Katil and book shelves.

Yang ini dibahagian kitchen.
Nampak tersusun kan?

Wishlist untuk bilik stor. 
Barang banyak sangat dalam stor yang letak atas lantai macam tu je.
So untuk bagi lebih kemas sila la beli storage yang macam ini.
Murah je RM59 sahaja.

Box yang boleh transform keadaan jadi kemas.
Boleh letak di mana-mana.
Wishlist untuk living area.

Ok jatuh hati lagi...

Ni wishlist untuk master bedroom.
Memandangkan kami memang tak beli satu set katil so yang ni sangat menarik untuk dijadikan ruang "solek and bersiap"

Second idea tapi saya lebih jatuh hati yang kat atas 

Please look at the arrangement...
Cantik modern and kemas...

Setelah penat berjalan sangat tak sah kalau tak singgah makan meatball kat food court.
Hari Ahad as we uolss know mana pernah tak ramai kan.

Orang ramai setia beratur walaupun line sangatla panjang.
Hampir setengah jam menunggu semata-mata nak makan meatball and chicken wing.
My sister makan paha ayam dengan herbs sauces tu tapi saya tak suka sebab tak sesedap meatball.

Maaf dengan kualiti gambar yang kelam kabut nak snap.
Jauh lagi ni nak sampai kaunter kat depan tu.

Gaya apakah ini wahai husband?
Masa ni hujan lebat dari petang sampai malam,
Dah terfikir macam mana nak bawak barang sebab Triton takda cover kat belakang (sebab husband tak beli sekali) plus ada benda panjang yang kami beli. (rujuk picture di atas).
Kalau ada cover pun belum tentu lagi boleh masuk.

Nasib baik Ikea ada service plastic wrap  tapi kene buat sendiri la.
Berpeluh-peluh sakan kami wrap semua barang yang tak muat masuk kat seat.
Takut kene hujan punya pasal.
Berguling-guling kat depan tu dah kisah dengan orang ramai asalkan barang yang kami beli sempat sampai ke Seremban dalam keadaan yang baik dan tak rosak walaupun dibasahi hujan.

Alhamdullilah kotak tak basah pun,
Dengan syarat kene wrap betul and ketat-ketat.
Confirm selamat.
=)

Ini salah satu tips jugak untuk mereka yang bawak kereta macam Triton yang takda cover belakang. (Kami la tewww)
Kalau tak hujan selamatlah.
Tapi kalau hujan macam mana??
So lepas ni dah tak risau lagi nak beli barang kalau ribut petir sekali pun.
=p

Sekian.
Wasalam.

Wednesday, October 24, 2012

Dalam Hati Ada Taman

This song could be a great song for your wedding video.
Zaman  i dah lepas.
=p

To husband this song is dedicated for you.

First time dengar lagu ni masa tengok Anugerah Blockbuster 2012 kat Astro.
Terus jatuh cinta berkali-kali dengan orang yang sama (husband)..
=)

" Ku mencintaimu sepenuh hatiku
Memilikimu anugerah untukku
Meskipun ku tau
Tak pernah kau menjadi milikku

Mencintaimu sepenuh jiwaku

Memiliku bahagia untukku
Namun kau tak tahu
Hatiku hanyalah untukmu

Meskipun kita berbeda

Namun ku ingin kau mengerti bahwa
Sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu

Meskipun kita berbeda

Namun ku ingin kau mengerti bahwa
Sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu

Ku mencintaimu sepenuh hatiku

Memiliku bahagia untukku
Namun kau tak tahu
Hatiku hanyalah untukmu

Akankah kita akan bersatu

Jalani cinta ini

Meskipun kita berbeda

Namun ku ingin kau mengerti bahwa
Sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu "

Lagi Hebat Dugaan Orang Lain

Pagi tadi sempat bukak tv tengok MHI kat TV 3...(ada MHI kat channel lain ke??). Awal-awal mereka tayang slot kisah penderitaan baby Ahmad Adam Shukri yang mengalami kerosakan saraf pada otak.

Ya Allah meleleh sorang-sorang tengok penderitaan baby sekecil ini. Apatah lagi keluarga tambahan ibu dan bapa kepada baby berkenaan. Betapa kuatnya mereka menerima dugaan ini.

Saya nampak ada makcik mungkin nenek Adam mengalirkan air mata sewaktu nak pakaikan pakaian Adam. Kalau saya mungkin dah meraung dan menangis teresak-esak kot kat situ. Tak sanggup nak tengok wayar berselirat cucuk-cucuk badan bayi sekecil itu. Orang dewasa pun rasa sakit apatah lagi bayi yang kecil.

='(

Memang terserlah terpancar wajah yang penuh ketabahan dari ibu baby Adam Shukri.

Ya Allah kalau kita yang diberi ujian sebegini adakah kita benar-benar bersedia dan kuat untuk mengharunginya?

Baru terima dugaan yang sedikit kita sudah mengeluh dan berputus asa. 
Padahal ada orang lagi besar dugaannya tapi hadapi dengan penuh tenang dan sabar dari kita yang diberi ujian sebesar kuman.

Semoga adik Ahmad Adam Shukri sembuh dengan cepat dan Allah beri kekuatan dan semangat kepada keluarganya untuk menerima dugaan ini.

=;(

Mari sama-sama kita doakan kesihatan yang baik untuk baby Ahmad Adam Shukri...

An Inspiration, Maybe?

Ambil ijazah dalam pantang

Oleh Shuhada Mansor
darmansor@hmetro.com.my

BANGI: “Biarpun keadaan kesihatan tidak begitu sesuai menghadiri majlis seperti ini, saya tidak mahu melepaskan peluang meraikan saat penting ini dan pastilah perlu dikongsi bersama suami dan Mohamed Huzaifah Marzuki (anak),” kata Nor Hazila Mohamed Aris, 26.

Dia yang masih berpantang selepas melahirkan cahaya mata lima hari lalu, berkerusi roda naik ke pentas untuk mengambil sendiri skrolnya, pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-40, di sini, semalam.

Dia menamatkan pengajiannya dan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Al-Quran dan Sunnah.

Katanya, kegembiraan menerima ijazah yang sememangnya menjadi impian setiap penuntut universiti ibarat berganda baginya apabila dikurniakan anak pertama hasil perkahwinan dua tahun.

“Memiliki ijazah serta cahaya mata menjadi impian saya sejak mendirikan rumah tangga ketika sedang mengikuti pengajian di sini (UKM),” katanya.

Suaminya, Marzuki Yahaya, 36, berkata, dia tiada masalah membenarkan Nor Hazila hadir walaupun masih berpantang kerana kemahuan isterinya itu dinyatakan sebelum anak mereka lahir.

“Asalkan Hazila dijaga baik, saya rasa apa salahnya dia naik ke pentas dengan berkerusi roda. “Ini hadiah untuknya yang berhempas-pulas belajar di UKM empat tahun. Peristiwa ini juga bukan saja bersejarah buat kami, tetapi mungkin juga buat UKM,” katanya.

Sumber: MyMetro

Wooowweee this is awesome news!
Give me good impact and some inspiration to complete this long journey as soon as possible...
Insya Allah...
=)

Monday, October 22, 2012

Randam Talk: Part 2

Happy Monday everybody!

So, how was your weekend? I hope you had a great weekend! Mine was good...=)

Huhu hari ni we i mean all the staffs will have test on English. Just to test our knowledge about the English languange from the adverbs, singular, plural, adjectives bla bla bla....

Oh wauweee ingatkan zaman sekolah je kene buat test English ni. Or bila dah jadi lecturer ni ingatkan cuma students je have gone through all this process, but we also have to face it. Mula la mengelabah kambing sebab my grammer, vocab or whatsoever memang di tahap yang nazak.

Pagi ni gigih I study online ye. 

The management has taken this action drastically because ada some of students yang terlebih bagus complaint that we, the lecturers can't speak English very well. Ok terima kasih wahai anak murid. Ye di sini medium pembelajaran dan pengajaran menggunakan bahasa Inggeris. Tapi students biasalah mereka akan tanpa rasa bersalah untuk beritahu apa yang  yang tak betul. Dan pihak management pula tambahan pengetua tu terima bulat-bulat. Geram plak rasa. Yela when we used fully English in the class, some of the students keep noise at the back cakap tak paham bagai. Serba salah dibuatnya.

I heard that who ever yang tak achieve the minimum result, the contract will be extended until they satisfied with our performance. Saya bukan takut contract or permananet ke apa. Cuma rasa tak puas hati sikit. Supposely you should detect penguasaan seseorang staf tu dari awal lagi. Dari interview lagi. Bukan dah diterima bekerja baru sibuk nak buat test and kelas intensive bagai. Kita kat sini bukan takda kerja lain nak buat. 

My point of view, better we educate our students first by giving them intensive class or whatsoever compare nak blame lecturers. Ingat students ni semua betul ke apa yang mereka cakap.

Just saying. Yes i know pihak management tak tahu apa yang saya luah kat sini. Tapi siapalah saya. Hanya staf baru yang offer letter sampai laa ni tak dapat-dapat.

Sekian,
Wasalam.

Friday, October 19, 2012

Random Talk: Workplace

Salam and hello everybody,

Today is Friday. Lalalala....

Tak payah nak lalala sangat coz tomorrow I have to come to office and work and work even though there is nothing to do. Sabar jela.

Now, there is no class because all students are on their semester break. So we, the lecturers have to prepare our self for next semester. Marking, prepare the results, syllabus, notes etc.

Thank to Allah, by next semester my workload is reduced and I will teach only 4 subjects.  Including the Basic Pastry. =)

Suddenly, I'm falling in love with baking. Before this memang tak suka sebab I do not have any experience to teach this subject. Tapi dengan semangat yang ada I have restructured the syllabus based on my interest and capability. Hope everything berjalan lancar. The list of products pun dah buat siap-siap. By this time, i promise no more last minute preparation like previous semester.

All the tasks are completed and I am ready before the new semester begin.

Kerja kat sini takdalah susah mana. Just follow the rules and you will save. Plus students pun tak ramai and mendengar kata.

But still there is something that I am not satisfied with. Including the salary. =P
Bear in mind, saya memang tamak haloba.

Biasalah private college. What do you expect when working in small company like this. Ala kat company mana-mana pun sama, kalau nak puas hati buka company sendiri. (I'm talking to myself not you)

I wish that this semester will be last semester, I'm be part of this company. Please pray hard rezeki akan datang bila-bila masa yang saya perlukan.

However, I should bersyukur dengan kehidupan sekarang berbanding kehidupan sebelum ni.

P/s: Searching for new environment/ office Part 3. Rasa nak berhenti kerja pun ada. Jadi suri rumah.....

Thursday, October 18, 2012

Rumah Yang Cantik Perlu Ke?

Buat masa ini hal perihal tentang dekorasi rumah tergendala buat sementara waktu. Banyak perkara yang perlu dilebihkan selain memikirkan cara dan membeli barang untuk hiasan rumah.

Kalau ikutkan masih banyak lagi fasa yang perlu dikemas kini. Masih compang camping lagi idea yang ingin di olah. Masih lagi mencari-cari idea dekorasi rumah yang cantik dan kemas.

Masalah saya ialah macam mana cara nak separate-kan antara dining area dan ruang tamu. If you notice from previous entry, my living room is attached with the dining area. I have to think something creative untuk pisahkan ruang ni walaupun hakikat ruang ni takkan terpisah unless kalau saya buat major renovation. Haha....

Contoh macam ni.
Tapi macam tak sesuai la plak.
Sumber deco-eric.com.my

Lagi satu tentang pemilihan warna. Kami memang sengaja memilih satu rona warna yang redup and bukan warna yang striking. Kepada sesiapa pengemar warna yang colorful and "meriah Mak Jemah" mesti cakap kami tasteless and ruang pun nampak dull. We have our own reason. Sebabnya kawasan rumah saya kawasan tadahan cahaya matahari. So rasanya tak sesuai kot nak pilih color yang sedemikian. 

Ada jugak terpikir nak combine-kan dengan satu warna yang da bomb...sedang mencari idea.

 Dinding pun masih suci lagi.
Nak pakai wallpaper ke frame gambar ke cermin ke.
Tak tahu lagi nak decide yang mana.

Coffee table pun tak nampak berseri tanpa kehadiran jambangan bunga.
Dah lama nak pergi Home Deco tapi asik takda masa and malas walaupun takdalah jauh mana dari rumah.
Kenapa Home Deco sebab saya dah aim vase dengan bunga yang saya nak kat situ.

 Yang ni kawasan entrance bersebelahan dengan sliding door.
Rasa macam nak kene letak something dari biarkan kosong tapi tak tahu apa dia.
Google please.

 Nampak betapa kedekutnya nak beli meja yang bersesuaian untuk letak tv.
Guna apa yang ada.
Tapi dah ada wish list cuma tak berkesempatan nak pergi beli je lagi.

Dinding kat atas ni pun perlu diberi sentuhan.
Tapi ntah bila sentuhan tu nak sampai.
Budget is limited uolss.

 Kawasan menonton tv sambil baring-baring.
Rasanya pemilihan sofa 3 seaters sangat tidak bersesuaian.
Tapi nak buat macam mana dah terbeli.
Kang kalau mintak tukar kat husband mati saya kene bebel.

 Meja makan.
Saya perlukan jambangan bunga tinggi.
Kerusi sementara nanti kalau jumpa seat yang menarik boleh beli.

Kawasan ini berhadapan dengan dining area.
Idea asalnya mahu tutup ruang ni.
Ini adalah pintu 2 bilik dan bilik air.
Tapi tak tahu lagi nak cover pakai apa.

*

*

*

*

Tapi ntah kenapa terasa macam sangat berkenan dengan warna ini and terasa nak tukar mood dalam rumah dengan warna ini.
Warna Turquoise kan?
Nampak sangat cantik bila dipadankan dengan warna kelabu (warna dinding).
Terselah ke-esklusif-annya.

Sumber dari deco-eric.com.my

Ya Allah sukanya...
=)

Mana nak cari cushion segala warna macam ni????

The conclusion:
  • Sebelum memilih perabot sila pikir panjang, dan pastikan perabot yang bakal dibeli bersesuaian dengan konsep dan warna cat/ wallpaper yang diinginkan.
  • Pilih perabot dan warna yang tidak memberi efek sempit pada ruang.
  • Jangan beli ikut sedap padahnya menyesal tak sudah.
  • Buat research dulu tentang konsep dan susun atur yang diinginkan.
  • Yang penting saving kenelah cukup baru senang hati nak tunjuk itu ini. Kalau tak cukup saving jadi macam sayalah hanya mampu menatap gambar penuh nafsu sambil menunggu masa nak transform. Wahai Eric taknak sponsor kami ubahsuai rumah ke?? =p

Yang di atas baru bahagian hadapan, belum lagi masuk part kitchen kabinet, landskap tepi rumah, masterbedroom, bilik tetamu bagai. Semua kene tunggu ikut fasa. Agaknya sampai 2020 tak habis fasa lagi kot. =p

Akhir kata,
Wasalam.

Dia Kini Suami Saya Selamanya

From: azli noor <akughi_81@yahoo.com>
To: fardilla86@yahoo.com
Cc: 
Sent: Thu, April 15, 2010 12:36:04 AM
Subject: resah....

Hati saya resah bile awk tak angkat fon,,,,,awk percayalah dalam diam dan dalam sibuk sy x lupakan awk,,,please maner awk pergi,,,, saya amat bimbang situasi awk,,,, dtg saya 3 pagi ni dgn penuh keikhlasan tp ader keresahan dmana nya awk,,,,awk tlg percayakan saya dmana susah saya tp saya ingin kan kebahagiaan bsama awk,,,,saya nk basama awk dlam kehidupan sebenar,,,,yg tersurat dan tersirat,,, saya xsama dgn perasaan lelaki lain,,,ikhlas,,,,dlm diam saya ader hati kesungan tp mukin awk xnmpk kesungguhan mcmner,,,,awk percayalah saya,,,,,saya amat resah keadaan mcmni,,,,,abg bimbing awk dgn lelaki lain,,,,dlm jahat saya sy nk bsama awk pleaseeee................

Sumpah bergenang air mata bila baca balik emel lama yang husband bagi pada saya. Tengah saya belek-belek emel kat yahoo yang dah lama saya tak bukak saya terperasaan emel yang ini. Emel dua tahun yang lepas, 2010......

Ye saya masih ingat lagi masa ni saya bukan sengaja taknak angkat phone tapi phone dalam mode silent dan saya tido awal. Husband call masa ni banyak kali sampai saya bangun pagi tengok miskol beratus kali. Ya Allah....

Rupanya dalam saya tak angkat call tu dia turun KL cari saya kat rumah. Dalam 2-3 pagi macam tu. Tapi disebabkan tak tahu nombor rumah saya, dia berlegar-legar di kawasan parking and cari kereta saya and tinggalkan notes yang sampai skang saya tak baca sebab hilang kat kereta. Husband cakap dia tulis macam-macam, tulis isi hati dia pada saya......

Sampai macam tu sekali penangannya. Sebelum ni ada kes. Kesnya saya buat onar dalam hubungan and ada skandal lain. Tu yang husband sangat risau masa tu. Bila dah go through semua tu baru saya tahu husband jugak tetap yang terbaik dalam hati saya.

Kini beliau sah menjadi milik saya. Dia suami saya.
Saya bahagia dengan dia.
=)

P/s: Emel di atas agak berbunyi skema dan jiwang di situ. Terima kasih

Mission Impossible

Salam semua,

Ada benda yang merisaukan saya bila tengok kalendar kita dan sampai ke separuh bulan Oktober. Oh my....
Mood berdebar-debar tak payah nak cakapla. I am running out of time. I can't predict whether I can complete my important mission as soon as possible or not.

However, I have to force myself no matter what happen. 
To husband and family....please support me!
Tanpa kalian siapalah saya.

Ya Allah permudahkanlah segalanya.

The most crucial part is of course to distribute the survey and to interpret the result by using the SPSS. Sumpah rasa macam tak cukup masa. Nak jumpa advisor apatah lagi. Dah 2 semester saya menghilangkan diri tanpa khabar berita. And still my result is TL. Syukur ya Allah.

First semester takda masa nak buat sebab sibuk dengan preparation kawen plus dengan busy jadi cikgu tuisyen tak bertauliah.

Second semester takda masa sebab tinggal umah mertua and penat ulang alik KL Seremban tiap hari. So I can't give full commitment to  complete "this mission".

This semester?? What is my reason?? 

No I can focus and give full commitment to complete this journey. Allah dah permudahkan. Grab jela this opportunity. But still i keep on finding another lame excuses. Come on la....

Selagi tak menghadap Mr Advisor memang selamanya saya stuck di sini.
Please help me to find my strength to see my advisor.

Yes I must to see him first!

P/s: Kerja kat opis dah semakin berjaya dikurangkan. Good!

Wednesday, October 17, 2012

Happy Blogging

Saya suka menulis blog,
Menceritakan tentang kehidupan saya (tidak semua perkara), share information dan sebagainya,
Blog tempat saya mengekpresikan rasa hati saya,
Saya gembira bila dapat menulis di sini.

Mana tau suatu hari nanti saya hilang ingatan,
Tolong ingatkan saya bahawa saya ada blog yang saya boleh trigger balik ingatan saya.

Atau mungkin bila saya sudah tiada,
Mungkin blog ini boleh dijadikan sebagai medium untuk orang tersayang melepaskan rindu pada saya.

Atau suatu hari nanti bila saya ada anak,
Saya akan kongsikan perasaan saya di sini bersamanya dan saya mahu dia tahu macam mana susahnya saya untuk mendapatkannya. 
=)

Saya juga suka baca pengalaman orang.
Dari situ saya belajar.
Kadang-kadang teori sahaja tidak cukup.
Saya mahukan pengalaman/ testimoni dari orang lain untuk belajar tentang kehidupan ini.
Saya suka baca pengalaman orang melalui hasil penulisan di blog berbanding beli buku di kedai buku.
Sebab bila baca hasil penulisan blogger yang lain rasa dekat di hati.
Ke saya sorang je yang feeling lebih?
= P

Akhir kata, Happy Blogging uols!

Tuesday, October 16, 2012

Isteri Kene Pandai Tackle Suami

Salam dan hello,

Cuba beritahu saya isteri mana yang tak sukakan perhatian dan kasih sayang dari suami?
Semua isteri dambakan perhatian dari suami begitu juga dengan suami yang perlukan perhatian dari isteri.
Nampak ada give and take di situ dalam hubungan suami isteri.

Kalau suami dah tak sayang and bagi perhatian pada kita maknanya dia ada orang lain la tu. 
Dan kita gagal untuk menjadi pasangan yang terbaik untuk dia.
Bila jadi macam tu kita isteri kenelah main peranan dan berusaha untuk kembalikan kasih sayang dan cinta suami kepada kita.

Ini hanya renungan untuk saya, awak dan awak.
Ini hanya selingan semata.

Sejak dua tiga minggu ni husband memang sangat super duper busy. Balik rumah pun dah tak on time. Kadang-kadang sampai satu tahap, saya dah tidur husband baru terhegeh-hegeh nak balik. Esok pergi kerja tak sempat nak sembang panjang-panjang. Busy bebenor senang cerita.

Sampailah saya terdetik, takkan kerja siang malam sampai takda masa nak tanya khabar saya. 

Lelaki suka ambil mudah sesuatu perkara. Dia ingat bila kita tak mengadu and cerita masalah maknanya kita ok. Lelaki memang spesies yang simple manakala perempuan pula adalah spesies yang complicated dan kompleks. 

So dari sini saya cuba adapt dan belajar cara macam mana nak tackle husband supaya dia memberi perhatian pada saya. Kan saya cakap perempuan kene pandai main peranan dan "berlakon" demi kepentingan rumah tangga yang sejahtera. Saya bukan mahukan husband yang 24 jam berkepit dengan saya. Saya hanya mahukan dia memberi perhatian dan caring kepada saya.

Rupanya lelaki tidak tahu kalau kita orang perempuan tidak beritahu. Faham maksud saya. Lelaki perlu diberitahu supaya mereka boleh ambil tindakan yang sewajarnya. And teori ini berjaya saya aplikasikan. Saya luahkan segalanya apa yang saya rasa (pakai sms je) sebab kalau depan-depan mesti saya tak boleh nak luahkan. Komunikasi ada banyak cara bukan? Bagi saya, teknik ini berkesan untuk saya.

Alhamdullilah bila saya buat macam ni baru husband faham perasaan saya. Tapi dengan syarat bukan menggunakan bahasa kasar yang menyakitkan hati si suami. Kita menggunakan kaedah reverse physiology, menggunakan bahasa yang lembut. Kita isteri/ perempuan kene sentiasa ingatkan suami/ lelaki. Then baru dia akan proses apa yang kita sampaikan seterusnya akan mengambil langkah/ tindakan yang sewajarnya.

Pada pandangan saya jika perempuan terus memendam perasaan lelaki takkan faham sampai bila-bila. Lebih elok kalau kita beritahu dan beritahu. Luahkan. Sampaikan. Dan baru dia akan nampak keadaan sebenar.

Saya amat memahami suami sibuk kerana mencari rezeki untuk keluarga kami. Dalam zaman sekarang, apa saja memerlukan duit. Ada rumah tangga yang porak peranda juga akibat kesempitan duit. Apa yang lebih penting kita kene pandai seimbangkan antara kerja, tugas, tanggungjawab dan kehidupan kita. So saya tak marah kalau suami busy kerja dan akhirnya saya juga yang bakal dapat pulangannya. =)

Tapi saya akan marah kalau husband busy konon cari duit kat luar tapi saya tak nampak apa pun perubahan dalam hidup kami. Saya bukan materialistik. Do you get what I mean?

Alhamdullilah setakat ni semuanya positif.
Isteri perlulah berkorban sedikit atau banyak mungkin. =p

Semalam saya berlakon lagi...saya hantar sms pada husband...

                            " Saya nak pergi KL...tido rumah kawan....."
(Kalau ikutkan tak kuasa saya nak meredah jammed pergi KL tambah hari selalu hujan kan...=p)

Beberapa minit lepas tu, husband tak reply. Busy sangat sampai takda masa nak check sms. Saya terus call.

Isteri: Dapat tak sms saya??
Suami : Sms?? Sori abg busy tak sempat nak check sms...jap abg check ye..nanti abg kol balik....

(Dah tukar nama panggilan..dulu panggil B..skarang suruh saya panggil abg plak. Katanya barulah terasa suami and ketua keluarga. Apa-apa jela kan.....)

 Beberapa minit lepas tu husband call balik.

Suami : Nape nak pergi KL tido umah kawan??
Isteri : Saya boring takda kawan.....
Suami : Laaa nanti abg balik adalah kawan...kejap je abg nak setelkan sikit lagi kerja...abg balik kita pergi makan kat luar...kita pergi tengok wayang....
Isteri : Ala tapi saya dah masak nasi....nak buat nasi goreng je...nak tengok wyg tapi cite tu pukul 8 lebih taknak tengok midnite...esok kerja penat la....
Suami : Ok abg beli dvd kite tengok kat rumah sama-sama...awk bagitau nak tgok cite apa nanti abg belikan...
Isteri : Ok nanti saya sms ek....
.......................................................................

(Perbualan terpaksa di sensor)

Dalam hati gelak kuat-kuat....kui kui kui....terus buat keputusan drastik bila saya cakap nak tidur umah kawan. Sebelum ni saya bagitau nak tido umah kawan relaks je kasi kan. La ni tak boleh plak. Takut sunyi la tewwwww....

Semalam memang husband beli beberapa keping dvd. Nanti ada masa free boleh layan sama-sama. Antara filem yang saya tak sabar nak tengok The Vow...sebab ternampak kat timeline twitter semalam orang cakap cite ni sama macam Aku Terima Nikahnya. And pada firasat saya mungkin cite ni akan memberi lebih impak romantis untuk ditonton bersama suami nanti... =)

Weekdays jangan harap nak berpoya-poya lebih sebab saya sedang memberi komitmen yang lebih pada misi penting.

Tak sabar nak tengok!

P/s: Semoga kita akan senantiasa menjadi isteri yang didambakan oleh suami kita...berusaha..caiyok! =)

Monday, October 15, 2012

Have Faith

Kalau Allah kata itu rezeki kita, mesti rezeki itu akan tetap jadi milik kita walaupun macam mana cabaran pun yang datang.

Tapi kalau Allah dah kata itu bukan rezeki kita, kita jaga/ halang macam mana pun dari rezeki itu pergi dari kita, ia akan tetap pergi sebab bukan tertulis untuk kita.

Saya hanya perlu bersabar sedikit masa lagi mungkin.

Allah ada agenda yang lebih baik untuk saya lebih dari apa yang saya fikirkan. Oleh itu kenapa mahu berputus asa kerana semuanya sudah tertulis.

Rezeki ada di mana-mana dan sudah ditentukan
Rezeki tidak pernah cepat atau lambat walaupun sesaat untuk kita.

Have faith in Allah....
Yakin pada Allah.

P/s: Lagi 15 minit nak balik...balik awal juga rezeki bukan? Macam mana suatu hari nanti perlu "berjarak jauh" dengan husband. Adakah itu rezeki juga?

Kalau Saya Jadi Ibu

Verangan...

Kalau saya jadi ibu suatu hari nanti,
Saya nak jadi macam ibu Hanis Zalikha,

Cantik
Vogue
Tak dimakan diusia
Pandai masak
Pandai buat kek
Penyayang
Suka menulis blog

=)

Friday, October 12, 2012

Raya Haji Kene Buat Persiapan Ke?

Happy Friday uolss,

Tak sampai 2 minggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Korban. Dan pada kebiasaanya sambutan Hari Raya Korban tidaklah semeriah Hari Raya Puasa kecuali untuk negeri pantai timur - Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Hari Raya kali ni saya tidak sambut di Ipoh memandangkan pada minggu berikutnya iaitu awal November kami akan balik untuk meraikan sepupu yang bakal berkahwin. Rasanya kalau nak balik tiap minggu tu macam membazir pula. Lagi pun mak dah bagi green lite tak payah balik.

Kalau ikutkan dah 2 kali saya tak sambut raya korban dengan mak dan ayah. Tahun lepas mak dan ayah di Mekah. Tahun ni sebab saya tak balik Ipoh.....tapi takdala setacing tak balik raya puasa kan?

Bila dah tak balik kampung, saya agak sedikit bingung. Perlu ke nak buat preparation sambut Raya Haji ni??? Ada ke kawan-kawan/ saudara / jiran yang nak datang rumah nanti. Frankly speaking preparation semua tu di tahap negatif. Bukan zero tapi negatif!

Perlu je nak buat ketupat, rendang and kuih raya bagai???

Ikutkan hati saya rasa tak perlu sebab cuti pun hanya Jumaat, Sabtu dan Ahad. Isnin sudah bekerja seperti biasa. 

Bila dah kawen ni rasa macam mana semua benda tak boleh nak pikir sendiri. Dulu ada mak semua buat. Kalau dulu sebelum kawen bila raya di Ipoh, mak ada juga sediakan kuih raya sikit in case mana tahu ada yang semangat nak berziarah ke rumah kami.

Nak buat korban. Rasanya kene tunggu sedikit masa lagi. Insya Allah.

So sekarang ni apa yang perlu saya lakukan????

Atau hanya berdiam diri menanti hari itu berlalu saja??

Wednesday, October 31, 2012

Hobi Baru

2 comments

0 comments

Disable Right Click