Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, July 29, 2011

Ex Boyfriend Menjelma

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pepagi Jumaat (lagi 15 minit nak tengahri..masih sempatkan) yang sejuk ni, tiba-tiba nak teringat mimpi semalam. Semalam memang nikmat gila tidur sebab hujan lebatkan. Sejuk je. Yang tak bestnya ntah macam mana boleh termimpi ex-boyfriend plak.

Dalam mimpi tu dia masih mencari saya. Dah banyak kali kot mimpi benda alah ni. Naik menyampah plak bila dalam mimpi tu ternampak muka mamat tu. Hilang stim...

Harap-harap sehari sebelum nikah saya tak mimpi lagi yang macam ni. Loya la tengok muka dia. Hati ni memang dah tertutup dan saya memang tak ingin lagi nak jumpa atau bertembung dengan dia lagi walaupun sekadar berkawan.

Aku benci kau!

(Emo pulaaa...=p)

Wednesday, July 27, 2011

Menjelang 44 Hari

Perhatian: Ini post jiwang tak henggat. Sebarang kemuntahan yang berlaku selepas membaca post ini tidak akan ditanggung oleh pemilik blog..

Bila makin nak dekat ni, rasa kasih sayang makin bertambah erat plak, rasa macam awal-awal bercinta. Kalau awal bercinta, beliau sanggup untuk call saya 2 3 pagi semata-mata nak dengar suara atau temankan beliau yang tak boleh nak tido. Dan bende sweet tu berlaku balik bila saat-saat menjelang hari bahagia kami. Sampai satu tahap akan call banyak kali tapi malangnya saya dah tido mati. Ampun B....huhu. Sedar-sedar bangun pagi tengok ada banyak missed call.

Saya bahagia dengan beliau. Dan keputusan saya muktamad untuk hidup semati dengan beliau. Takda pengganti yang lain setanding dengan beliau. Saya bebas untuk menjadi diri sendiri apabila bersama dengan beliau. Bila nak dekat ni, rasa sayang beliau kepada saya semakin menyerlah. Sikit tak pernah luntur. Beliau menerima saya seadanya. Alhamdullilah.

Bila masuk Ramadan, secara automatik detik pertemuan yang pertama kali tu muncul. Yes kami dipertemukan untuk pertama kali pada Ramadan yang ke 22 bersamaan dengan tarikh 22 September 2008. Saya ingat lagi masa ni, kawan baik saya, Zai, merangkap kawan satu sekolah dari Form 1 sampai Form 5 dan smpai skang kami masih lagi berkawan baik. Malam tu Zai ajak saya untuk temankan dia pergi berbuka bersama dengan kawan dia. Masa ni saya dah berpindah ke Taman Maluri. Sebelum ni memang saya duduk sekali dengan Zai. Tapi pindah sebab alasan jauh dari tempat kerja.

Pada mulanya memang berat hati kot nak pergi. Balik kerja nak kene kuar plak. Memang malas yang amat. Tapi bila diajak banyak kali saya turutkan juga. And guess what saya tak tahu beliau ada bersama. Mereka pick up saya kat rumah. Tergesa-gesa turun al maklum rumah flat kan. Huhu. Sampai je kat kereta, saya terkejut, ramainya muat ke saya nak ikut. Ada 5 orang termasuk saya. Then Zai kenalkan saya dengan diorang. Kawan Zai sorang je. Beliau dan sorang lagi kawan adalah kawan kepada kawan Zai, Am.

Saya duduk kat seat belakang, betol-betol belakang beliau yang masa tu jadi driver untuk kitaorang semua. Masa orang lain tengah sembang-sembang, beliau dok sibuk tanya saya dengan macam-macam soalan. Rasa macam nak ulang balik moment tu. Hati bunga-bunga. Auuwwww...

Masa ni kitaorg ke Downtown Danau Kota. Tapi masa sampai sana takdalah terus nak kepit-kepit. Saya dan Zai ke tempat lain dan beliau ke tempat lain. Ntah macam mana, masa tengah syok jalan, tiba-tiba tinggal saya dan beliau je. Tadi beliau takda pun..macam mana bole muncul?? Mana yang lain??? Sampai hati tinggalkan saya??? Saya tak kenal kot mamat ni...!!!

Then dengan gentleman-nya beliau ajak saya lepak kat kedai makan dekat-dekat situ. Katanya nak berbual panjang. Aisehmannn...i tak biasa ok. Tak tahu nak act macam mana....bla bla bla...Masa ni la saya tahu background beliau sikit-sikit.

And lepas tu time nak balik, beliau minta saya duduk kat sebelah beliau dalam kereta. What??? Malu tak henggat masa ni. Kesian Farhan kene halau duduk belakang. Huhu...Masa ni memang nak kene usik kaw-kaw la. Muka dah blushing abis. Padahal takda declare apa-apa pun lagi. Hati dah rasa makin dekat....

Dan saya dihantar balik. Masa ni saya dah perasaan sorang-sorang ada tanda bunga-bunga cinta. Syok sendiri. =p

Balik tu beliau msg cakap tak bole lupa senyuman saya yang manis. Ni beliau cakap ye..bukan saya yang cakap. Sampai skang macam tu. Senyuman salah satu yang buat beliau tertarik pada saya. Adeihh nak muntah plak bile baca balik....=p

Dari detik itu bermula kehidupan saya bersama beliau....

Alhamdullliah...alhamdullilah..syukur yang amat. Allah kurniakan beliau untuk jadi pasangan hidup saya. Harap berkekalan sampai syurga.

Beliau tak pernah mendatangkan masalah kepada saya. Beliau masih lagi setia dengan saya. Beliau tak pernah sekali lupakan saya. Beliau tak pernah abaikan saya. Beliau adalah beliau yang amat saya sayang dan cinta. Rasa cinta dan sayang beliau pada saya, memang betol-betol saya rasai sampai ke hari ni. Harap berkekalan sampai akhir hayat kami.

* Menjelang 44 hari =) *

Tuesday, July 26, 2011

Menjelang 45 Hari

Sabtu yang lepas datang Seremban. Ada majlis. Kali ni taknak hampakan B lagi. Dan saya diberitahu Teratak Syurga Cinta kami dah siap. Semua dah complete. B bagitau cuma nak tunggu CF je lagi. Alhamdullilah.

Tapi yang menjadi kemusykilan, saya tak tahu, bila CF akan lulus. Mengikut perancangan bermula September saya memang dah tinggal di Seremban walaupun masa tu saya belum lagi berkahwin. Yela, rugi la plak kalau nak terus tinggal di KL, then nak pindah plak first week of September tu.

Skang ni status tu masih pending lagi. Harap ada jalan penyelesaian. Saya dah malu dengan Cik Murni. Takut dah susahkan dia. Kalau boleh saya nak cari pengganti rumah sewa secepat yang mungkin. *Harap Murni tak baca... =p

Berdebarnya..lagi 45 hari...

Malam pertama tu nak kene buat apa ye??

Aci tak nak tanya soalan bodo ni.....

Teratak Syurga Cinta

Farah AF2 Dah Kawin???

Sumpah jelita habis,

Cair tengok,

Bole tengok-tengok untuk dijadikan sumber inspirasi,

Pic tak henggat nak besau kan???

=p

Sumber

Masih Setia

Assalamualaikum dan hello,

Owh sungguh lame tidak menempel kat sini,

Takda ape yang nak diceritakan plus mood menulis hilang serta-merta,

Tapi masih tersimpan rapi dalam kotak fikiran,

Lately busy dengan segala kerja yang meruntun kesesakan nafas,

Bila letih so mood nak berblogging hilang,

Don't worry,

I masih setia di sini.

=)

Wednesday, July 20, 2011

Coming Up Tudung Nikah

Assalamualaikum dan helo.

Takda masa nak update blog buat masa ni.

Tengah bizi dengan student dan kelas.

Tudung nikah dah dapat.

Nanti saya akan update-kan mcm mana rupanya tudung nikah tu.

DIY sikit-sikit

=p

***

Cuti kawen dah approve.

Tapi 5 hari jela.

Yang lain kirim salam.

Takpe saya terima dengan hati terbuka.

Keep in touch ya...

P/s: Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya

Monday, July 18, 2011

Baju Tak Seperti Yang Diharapkan!

Agak terkilan baju sanding tidak seperti yang diharapkan.

Tak tak tahu nak cakap.

Mungkin mata dan kehendak hati menipu bila hanya melihat gambar kat emel sahaja.

Tapi yang tak pasti takda sepatah keluar perkataan kat mulut ni yang menggambarkan betapa saya sangat suke dengan baju tersebut.

Takpe hujung bulan ni balik Ipoh.

Nak tengok dengan mata kepala sendiri.

Kalau tak siapla saya tuntut ganti rugi.

Bengang!

Friday, July 15, 2011

Sepi

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Lagu Sepi-Yuni Shara

Best plak dengar lagu ni di hari Jumaat yang hening ni...
Layan....

Thursday, July 14, 2011

Cuti Oh Cuti

Saya baru terhegeh-hegeh dengan proses permohonan cuti untuk majlis.

Ke cepat sangat??

Rasanya kene cepat sebab saya perlu selesaikan urusan penggantian kelas sebelum saya bercuti panjang.

Panjang takdala panjang mana...5 hari je...

Itu pun jenuh jugakla sebab total cancellation class 22 credit hours.

Ntah kenapa la saya terpikir nak buat kerja kawen time ni.

Skang memang sangat menyusahkan diri.

By next week memang saya dah start bekerja seperti zombie.

Nak kawen tak????

Naaaakkk
(Sambil tersenyum kambing..)

Draf dulu masa bila yang sesuai nak ganti kelas...

Class Replacement Form
Lebih dari 10 helai kot...

Harap cuti approve

Saya dan B dapat sponsor pergi Korea.

Company trip B.

Tapi harapan sangat tipis untuk saya bersama-sama dengan group tu.

Masa discuss dengan boss pun dia dah berat hati sebab perihal kelas ni la.

Ntahla nak cakap sedih.

Sedih yang amat bila saya terpaksa sia-siakan peluang yang ada.

Beberapa hari ni saya pressure tentang ni la.

B asik push saya tanya macam mana.

Tapi saya takda solution yang terbaik.

Tak tahu apa yang perlu saya lakukan.

Kalau tak dapat nak join nak buat macam mana.

Saya pasrah relakan B pergi tanpa saya...

='(

Checklist Sangat Penting

Lagi 57 hari menjelang hari bahagia,

Cewah nak jugak stress-kan perkataan bahagia tu.

So di kala waktu yang kritikal ni checklist memang sangat membantu.

Kalau tak buat checklist rasa macam banyak bende yang tak setel.

Bila buat checklist semalam sebelum tido, baru bole tido dengan lena.

Checklist dalam bilik
(Murni terima kasih meninggalkan papan notis yang comel...=p)

Ada beberapa perkara lagi yang tak berjaya diselesaikan.

Saya tak mahu pun majlis yang grand, saya tahu di mana letaknya diri saya.

Majlis saya takda table centerpiece, takda guest book, takda tarian bagai, takda videographer yang glamor, baju saya dijahit oleh tailor biasa-biasa saje...takda pelamin mini dan sewaktu dengannya.

Majlis saya biasa-biasa sahaja.

Tetapi saya tak mahu saya pening di saat-saat akhir.

Saya spesies yang tak tahan dengan pressure, mula la nak nangisla..rasa down la walaupun hal itu hanyalah hal kecik.

P/s: Saya sedar diri

Semoga saya terus tabah!

Wednesday, July 13, 2011

Habit Baru Nak Kurus

Baru-baru ni saya buat satu habit baru.

Dengan alasan mahu kurangkan lemak dalam badan.

So apa yang saya buat.

Kalau lapar masak air panas.

Bancuh teh amik biskut.

Biskut kering cicah teh.

Kenyang pun.

So far tekak ni boleh terima.

Kadang-kadang selera ni perlu diajar juga.

Tak boleh bagi muka, kang kalau gemuk sape yang susah.

Diri sendiri jugak.

Saya suke bila ada yang tegur, saya dah makin kurus.

Auwwww orang yang tegur tu lelaki yang suka sangat cakap saya gemuk dulu.

But now dia salute kat saya sebab berjaya jugak untuk kurus.

Senang je nak tengok kalau saya gemuk.

Tengok bahagian paling seksi.

Bukan atas tapi bawah

=p

*Sila cari skang...*

Dah jumpa???

Ok daaa

Mode Meruntun Jiwa

Sedihkan bila kita ada peluang yang jarang sangat nak dapat,

Lepas tu kita terpaksa lepaskan peluang macam tu,

Tak tahu nak cakap macam mana,

Ada orang tu dah sedih-sedih bila saya tak dapat nak ikut dia,

Nak buat macam mana,

Saya plan musim mengawan tak kene waktu dan peluang tu pun datang tak kene waktu,

Saya mungkin akan ditinggalkan seminggu selepas bergelar kekasih halal,

Sayang sangat nak lepaskan peluang semacam itu,

What should i do??

Pasrah

P/s: Kalau uolss perasaan lately banyak sangat entri yang meruntun jiwa. Banyak entri yang mengambarkan emosi yang kurang stabil. Biasala nak dekat-dekat memang banyak sangat bende yang cuba menyemak dalam hidup.

Hidup mesti diteruskan walaupun banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan. Pandai-pandaila saya menyelesaikannya nanti.

Tadi student cakap umur saya tak macam 25 tahun tapi mcm 17 tahun.
Haha jangan jeles
=p

"Padahal diorang nak bodek saya suruh tambah markah"
=)

Tuesday, July 12, 2011

Musim Mengawan Tak Kene Waktu

Hati saya susah sangat sekarang ni. Pening memikirkan cuti. Cuti apa lagi. Cuti kawen la. Ni la padahnya bila buat kerja kawen time tengah semester. Nak buat mcm mana musim mengawan datang time dah start kelas. Nak tunggu bulan November...lambat nau...

Ikut perkiraan saya hanya mahu cuti kawen 5 hari je. Taknak cuti banyak-banyak. Susah nak ganti kelas. Ni pun dah tersangat semput. Sape la buat polisi ganti-ganti kelas ni. As long as kita dapat cover chapter sudah la kan.

Dahla nak ganti kelasnya bukan main susah lagi. Nak kene tunggu after 530 bagai. Nak kene tunggu hari Sabtu la. Kalau setakat 2 3 jam saya tak kisah la. Total ganti kelas untuk 5 hari tu plus minus 22 jam...

Lepas tu ada orang request lagi nak saya cuti direct seminggu. Susah hati betol skang ni. Saya tak tahu mcm mana nak ganti kelas untuk seminggu tu...22 jam + 21 jam..please kire sendiri. Malas aku nak kire!

Pressure!

P/s: Mengarut plak cite Dewa Cinta ni..lepas satu-satu konflik...mula-mula nak kawen..pastu tak jadi sebab adik beradik...lepas tu bukan adik beradik...pastu jadi kawen..tup-tup si Dewi jumpa adik dia..pastu adik die nak halang hubungan mereka plak...menyampah plak tengok konflik yang macam tu....

(Kalau menyampah tak payah tengok...tapi ko melopong depan tv jugak kan???)

Monday, July 11, 2011

Tarik Nafas Dalam-Dalam

Assalamualaikum dan hai,

Akhirnya Isnin yang ditunggu-tunggu muncul jugak. Terasa pantas sungguh masa berlalu. Rasanya sekejap sangat dapat menikmati dunia senang lenang. Hari ni opis kembali huru-hara. Masing-masing dah sibuk dengan jadual kuliah yang baru. Pagi ni je saya dah ada 4 jam straight kelas. Selamat tinggal dunia berfoya-foya bersama rakan yang lain --> Kak Shima, Kak Ira, Kak Jaya, Kak Amy dan Diana. Takda lagi sesi breakfast sampai bergelak ketawa dan sesi luahan perasaan. Kene tunggu bulan November kot untuk sesi yang macam tu plak.

Dunia saya kembali tunggang-langgang. Semalam masa nak tido, hati tiba-tiba berdebar-debar. Tak boleh nak tido dengan lena. Macam-macam yang difikirkan. Tak tahu nak cakap macam mana. Semua nak kejar dateline. Rasa nak menangis pun ada kadang-kadang tu. Terasa macam banyak perkara yang tak berjaya diselesaikan lagi. Kalaulah boleh saya belah-belahkan badan ni kan bagus....separuh badan setelkan bahagian tu..separuh lagi setelkan perihal kerja...

Semua perkara penting bercelaru dalam kepala otak. Memang saya tak senang duduk sekarang ni. Rasa macam nak postpone-kan pun ada jugak. Dulu ingat macam masa tu panjang lagi. Tapi hari ni genap lagi 60 hari. Perasaan risau tak usah nak cakapla.

Apa pun yang datang saya terpaksa tempuhi. Saya perlu setkan priority buat masa ni. Semua benda penting bagi saya buat masa ni. Oh tarik nafas dalam-dalam......

P/s: Makin dipikir..makin menyesakkan hati dan perasaan...

Sunday, July 10, 2011

Baju Akad Nikah Si Dia Siap!

Semalam B bagitau baju melayu akad nikah dah siap.

Baru sat ni dia mms kat saya rupa baju tu.

Senyum sorang-sorang tengok.

Siap pakai lagi tu semata-mata nak mms kat saya.

Auwww tak sabar.

Arghhh sudah...mode mengedik dah sampai.

Tata

P/s: Senyum sampai telinga

Struggle BERSIH Kerja

Assalamualaikum dan hello,

Huh struggle gila kat rumah menyiapkan kerja.

Amacam rajin tak??

Kalau tak rajin kelam kabut la saya minggu depan.

Ni pun baru dapat makan, dari pagi uolss tak makan.

Tegarkan??

Saje je praktis perut untuk berpuasa, bole kurus sikit., =p

Ada beberapa je lagi task yang tak siap, rasanya bole bawak masuk opis je kot.

Soalan Housekeeping 4 set

Notes Chapter 1 ROM

Notes Chapter 1 Housekeeping

Tinggal 2 ketul lagi??

Tak kira weekend next week saya nak rehat sepuasnya!

Saturday, July 09, 2011

Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum dan hello,

Sepatutnya harini merupakan hari Sabtu yang bekerja. Tetapi disebabkan oleh perhimpunan tu, kami diberi cuti. Masa time sekolah tu, bila time perhimpunan pandai plak nak skip kan tapi bila dah tua bangka sibuk plak nak join perhimpunan sana sini. Perhimpunan haram plak tu.

Harini saya terpaksa memerap di rumah. Dengar cite jalan sekitar KL sesak teruk. Polis buat sekatan jalan raya. Takpela duduk rumah pun sekurang-kurangnya rumah dah BERSIH. Dapur yang penuh dengan sampah pun saya dah berjaya setelkan. Bagus tak sakit mata lagi. Jangan ada manusia gatal tangan yang nak buat kotor lagi ye.

So skang ni nak siapkan beberapa kerja yang tak sempat nak buat kat opis. Isnin ni kelas dah bermula. Banyak perkara yang nak diberitahu pada students. Harap semua berjalan dengan lancar.

Checklists:-
  1. Soalan Midterm Housekeeping Set 1, Set 2, Set 3 dan Set 4
  2. Chapter 1: Restaurant Operation Management
  3. Chapter 1: Housekeeping
  4. SIP Menu Planning
  5. Minit Mesyuarat DHC yang ke-2

Wooow banyaknya kerja. Harap berjaya setel sebelum Isnin.

Friday, July 08, 2011

Kasut Tak Sama Dengan Bunga?

Kalau nanti masa nikah warna bunga tangan tak sama dengan warna kasut takpe kan??

Boleh plak nak tanya soalan macam gini kan. Sendiri jawab tak boleh ke?

Sebelum ni saya ada berhasrat mahu membeli kasut nikah yang sedondon dengan warna bunga tangan. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk sini.

Tapi nampak gayanya hasrat tu seperti malas mahu ditunaikan. Balik Ipoh aritu ada orang belanja saya kasut nikah. Tapi warna silver sedondon dengan warna baju akad nikah. Malas mahu pikir sebab kasut yang saya mahukan amat payah nak dicari. Susah nak cari sebab saya yang cerewet. Sekian. Harap maklum. =p

Oh hanya dalam igauan sahaja.

Credit to Dia Terima Nikahnya

Sumber inspirasi suatu ketika dahulu
Kini tak mampu tercapai
=(

Tapi takpela kan. Nak pakainya sekejap je. Pakaila kasut apa yang ada pun. Janji bukan berkaki macam ayam. Kadang-kadang hawa nafsu ni jangan nak diturutkan sangat. Boleh binasa. Hehe ayat nak sedapkan hati la tu....=p

Esok cuti ye uolsss...tapi tak bole nak ke mana-mana..bertapa di rumah la jawabnya...

Resepi Ayam Goreng

Tiba-tiba rasa nak share resepi ayam goreng yang saya buat berbuka semalam.

Bukan ayam goreng biasa tau.

First time cuba.

Kalau uolss nak cuba pun boleh juga.

Nak tukar selerakan.

Simple je.

Bahan-bahan:

Ayam yang siap potong (Semalam saya beli kepak ayam..nyum nyum)
Lada putih (nama lain lada sulah)
Garam
Sos tiram
Bawang putih
Bawang merah (Saya pakai bawang merah yang kecik)
Tepung gandum (Kalau campur tepung beras lagi ranggup)

Cara-cara:
  1. Gaulkan ayam dengan lada putih dan garam secukup rasa. Jangan letak garam banyak sangat, takut nanti terlebih masin sebab sos tiram dah sedia masin.
  2. Tumbuk bawang putih dan bawang merah sampai lumat. Sukatan bergantung kepada bilangan potongan ayam. Tumbuklah ikut mana nak lumatkan.
  3. Kemudian, gaulkan ayam tadi dengan sos tiram dan bawang yang telah ditumbuk tadi.
  4. Perap seketika. (Saya setelkan ayam dulu, then masak bende lain dulu. Ayam dibiarkan perap dalam peti sejuk. Nak dekat berbuka baru goreng)
  5. Bila nak goreng, gaulkan dengan tepung. Saluti semua permukaan ayam dengan tepung.
  6. Then boleh goreng.
  7. Sedia untuk makan. Nyum nyum...

Bila makan ayam tu ada rasa la. Takdala asik nak goreng ayam dengan garam and kunyit je kan. Sekali sekala kita boleh pelbagaikan resepi.

Bukan gambar sebenar.
Semalam tak sempat snap pic sebab kebulur sangat.

Thanks En Google

Selamat Mencuba

Bukan Bersih Tapi Kotor

Rasanya weekend ni tak akan ke mana-mana.

Dengar berita sana sini macam menakutkan je.

Serius tak paham apa yang mereka cari.

Semua sama je.

Ada pros and cons.

At the end bende ni semua akan menyusahkan rakyat.

Jalan banyak tutup.

Orang nak buat aktiviti hujung minggu pun tak senang.

Banyak yang nak kene cari.

Bumblebee pesan dok umah diam-diam.

Plan minggu ni cancel.

Setakat mana "bersih"-nya kalau menyusahkan semua orang

Thursday, July 07, 2011

Gantilah Puasa Sebelum Anda Digantikan

Oh penatnya harini,

Soalan midterm ROM dah setel.

Ada beberapa set soalan lagi yang kene siapkan.

Penatnya nak pikir.

Nape la tiba-tiba semester ni semuanya berubah.

Di saat-saat begini,

Ohhhh (Propa sungguh)

Tadi sempat jugak saya lari ke Tesco.

Harini berpuasa ganti.

2 hari lagi uolsss.

Letihnya.

Balik rumah tengok peti ais macam haram.

Sangatla menyusahkan.

Ikutkan hati nak je saya campak dari atas ke bawah.

Huhu

So hari ni terasa mahu masak yang simple-simple untuk berbuka nanti.

Kalau beli nanti takut tak puas makan plak.

Al maklum skang ni selera makan tengah meroyan.

Menu yang simple je.

Ayam goreng

Kerang rebus

Sup cendawan

Semua tu menu feveret saya.
(Pic source: Google)

Tengah-tengah puasa ni memang best kalau tengok gambar makanan kan.

P/s: Mode bekerja hilang di kala perut menahan kelaparan.

Apa pun tak boleh!

Dah lama tak puas hati tentang ni.

Walaupun disogokkan dengan perkara yang positif.

Saya turutkan juga bila sudah jatuh perkara wajib and contribution.

Dah lama saya tak mencarut tentang ketidakpuashatian kerja.

Dan harini saya tergerak hati untuk mencarut mencoret tentang rasa yang tidak puas hati dalam diri.

Masuk yang ini dah 2 hari annual leave saya disiakan di atas bende yang tak masuk akal ni.

Semua nak tolak cuti.

Memang perkara sensitif pada saya.

Sepatutnya hari Sabtu yang tak bekerja tetapi kita ditugaskan untuk bekerja demi untuk orang lain.

Orang lain bole dapat sampai ribu riban atas usaha mengerah tenaga kita.

Tetapi kita apa yang dapat.

Masih ditakuk lama

10 tahun di sini belum tentu lagi kita mampu memiliki status mewah.

Takpe saya turutkan juga.

Nak tolak semua cuti saya pun takpe.

Asalkan pihak lain puas hati.

Saya percaya pasti ada bahagian untuk saya nanti

=)

Wednesday, July 06, 2011

Senarai Semak

Kesibukan memang dah terasa sangat skang. Setiap hari terasa masa itu emas. Mesti ada perkara yang perlu diselesaikan. Kat ofis pikir tentang kerja...SIP, notes dan assignment student bagai. Bila balik rumah kene pikir siapkan bunga pahar plak. Lagi 60 bijik uolss. Sape lagi nak siapkan kalau tak saya seorang. Huhu. Merungut??

Buat masa ni taknak merungut lagi walaupun tahu ada banyak perkara kene belek-belek. Skang ni dah takda masa nak pikir yang bukan-bukan. Pikir yang positif je. Amacam terkejut tak tengok Fardilla jadi macam ni??? Hahaha

Skang ni kalau tengah drive tiba-tiba ada malaun bawak kreta macam babi baby. Saya cuba untuk tersenyum. Taknak potong mood tenang. Ni terapi baru. Tapi kadang-kadang terbabas jugak. Takpe-takpe nama pun manusia, janji saya cuba untuk jadi postif. Cuba tengok smpai berapa lama?? =p

Banyak senarai semak yang tak setel. Ingat nak pergi Jalan TAR sabtu ni. Nak beli barang kat bawah ni.

Senarai semak Jalan TAR:-
  1. Riben besar
  2. Riben pink
  3. Bunga ros siap
  4. Tudung nikah
  5. Tudung Sanding Malam
  6. Tudung Outdoor
  7. Tudung Bertandang
  8. Brooch
  9. Tisu nak buat bunga tisu (Eh ada jual kat Jalan TAR ke??)

Tudung je dah berapa bijik. Mahu beli yang simple je. Taknak membazir. After wedding bole pakai lagi kan.

Senarai semak Nilai:-

  1. Bunga telur putih untuk orang marhaban
  2. Bekas letak telur
  3. Paper bag
  4. Bunga tangan sanding

Oh banyak plak saya membebel. Tengah bertungkus lumus buat bunga pahar ni. Tata.

P/s: Terdengar berita ada baby meninggal di pusat asuhan. Haish risau plak bile pikir. Eh eh ko ada anak yang hantar kat pusat asuhan ke?? Over sangat...

Friday, July 29, 2011

Ex Boyfriend Menjelma

1 comments

2 comments

0 comments

3 comments

6 comments

Disable Right Click