Assalamualaikum dan hai,
Akhirnya Isnin yang ditunggu-tunggu muncul jugak. Terasa pantas sungguh masa berlalu. Rasanya sekejap sangat dapat menikmati dunia senang lenang. Hari ni opis kembali huru-hara. Masing-masing dah sibuk dengan jadual kuliah yang baru. Pagi ni je saya dah ada 4 jam straight kelas. Selamat tinggal dunia berfoya-foya bersama rakan yang lain --> Kak Shima, Kak Ira, Kak Jaya, Kak Amy dan Diana. Takda lagi sesi breakfast sampai bergelak ketawa dan sesi luahan perasaan. Kene tunggu bulan November kot untuk sesi yang macam tu plak.
Dunia saya kembali tunggang-langgang. Semalam masa nak tido, hati tiba-tiba berdebar-debar. Tak boleh nak tido dengan lena. Macam-macam yang difikirkan. Tak tahu nak cakap macam mana. Semua nak kejar dateline. Rasa nak menangis pun ada kadang-kadang tu. Terasa macam banyak perkara yang tak berjaya diselesaikan lagi. Kalaulah boleh saya belah-belahkan badan ni kan bagus....separuh badan setelkan bahagian tu..separuh lagi setelkan perihal kerja...
Semua perkara penting bercelaru dalam kepala otak. Memang saya tak senang duduk sekarang ni. Rasa macam nak postpone-kan pun ada jugak. Dulu ingat macam masa tu panjang lagi. Tapi hari ni genap lagi 60 hari. Perasaan risau tak usah nak cakapla.
Apa pun yang datang saya terpaksa tempuhi. Saya perlu setkan priority buat masa ni. Semua benda penting bagi saya buat masa ni. Oh tarik nafas dalam-dalam......
P/s: Makin dipikir..makin menyesakkan hati dan perasaan...
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment