- Bilik ni saya hias sangatla simple. No fancy-fancy. Lihat la pictures yang saya attach.
- At first saya memang dah beli sendiri cadar masa Sogo buat promotion. Tapi mak tak berapa suka bila saya hanya mengenakan cadar cotton biasa. Biasalah mak lebih tahu dari kita yang muda ni...
- Masa nak beli set katil mak dah siap book sekali cadar satin walaupun saya dah bagitau reason kenapa saya tak mahu cadar satin and renda-renda. Yela pakainya hanya sekali, belinya beratus. Baiklah saya simpan duit tu untuk tujuan yang lain. Tapi takpela duit mak. So i setuju je..=)
- Sehari sebelum majlis, Makcik saya (kakak mak) bawakkan cadar tekad yang dah disimpan selama 30++ tahun. Can u imagine. Cadar tu masih elok lagi. Memang tradisi mana-mana saudara saya yang berkahwin pasti akan dipasang dengan cadar tekad ni. So bila belek album kawen masing-masing tema cadar sama je..huhu.
- Orang Perak memang paham sangat dengan tradisi pakai cadar tekad ni. At last cadar satin tu tak pakai. Masa ni pakai 2 lapis cadar. Cadar satin lapisan bawah and cadar tekad lapisan atas. Cadar cotton saya buat pakai malam tu...
- Ramai yang cakap klasik. Mula-mula saya agak bangkang jugak. Tema saya purple so kenapa perlu pasang cadar warna merah. At last suke plak sebab nampak naik sangat dengan set katil saya yang warna putih tu. Husband pon suke. =)
- Saya hanya mengenakan set kelambu bulat putih and 2 stand flower yang diuruskan oleh butik pengantin.
- Walaupun simple, sudah cukup memberi aura pengantin baru kepada saya dan husband. =)
P/s: Hanya picture ni je yang ada dalam simpanan saya.
8 Kata-Kata Inspirasi:
wah cantiknya cadar tekad ni. i pon org perak tp my famili xde cadar cmni. cm bes je kalo gune
Thanks Mimin..
Org dulu2 yg ada cadar tekad ni. Dah 30 thn simpan...=)
cantik.. sama mcm di rumah mak mertua zil di perak.. masa majlis bertandang.. semua bilik guna cadar merah ni yg bersulamkan emas.. cadar lama.. tapi still lagi cantik.. masa kat rumah mak mertua satu set sekali ngan kasut, kipas, bantal nikah.. memang tradisi orang perak kan.. skrg ni susah nak cari cadar mcm tu... kalau ada pun, tak sama kualitinya...
wow..30 tahun? memang harta pusaka ni..classic sgt..suke gambar last tu..
Tula org perak kaya dgn tradisi yg klasik tp menawan...=p
Dulu2 nk tempah murah tp skng kalo nk buat sebijik mcm ni mungkin bole cecah ribu kot...
cadar tekad!! i pun cadang nk guna ni masa malam nikah. warisan dari makcik yang sulung. opah i cerita dia buat sendiri masa kahwin anak dia yang sulung. sekarang ni opah i dah ada dekat 20 orang cicit.
klasik kan? sentimental value tu.
sangat cantik lah kakak, mak sye pun ade suggest kan tok pakai tekat timbul nie sbab mak ckp tunjuk cikit orang perak tp sye xnk...tp bila tengok kakak pakai nampak sweet sngt..hehehe...mak sye punya warna hijau..masih elok lg...=)
Sis..ade x sesiapa nak sewa?? 01123324100
Post a Comment