Followers

Thursday, August 30, 2012

Masih Mood Raya

Baru habis kelas. Kalau kelas petang memang sengaja habis awal walaupun dalam jadual kelas sampai pukul 5 petang. 

Esok cuti. Lompat bintang la jawabnya. Boleh la amik peluang untuk pergi beraya ke rumah kawan-kawan.
So husband pun dah rancang aktiviti untuk cuti ni. 

Esok (Jumaat):
# Ke rumah kawan husband kat Bukit Mahkota. Konvoi dengan 2 famili (Kak Yati and Nur). Nak melawat new born baby. Kawan husband merangkap kawan saya jugak. =)
# Ada kesempatan nak jumpa baby Nur. Ramai sangat yang deliver baby in August kan. 
# Mungkin bila ada sesi lawatan sebegitu baby dust akan melekat pada saya. =)
# Malam ke rumah Kak Yati.

Sabtu:
# Ada jemputan Majlis Terbuka kat Melaka. Ok berjalan ke Melaka.
# Kalau sempat nak pergi rumah Akmar juga. Tapi tak bagitau dia lagi pon. Takut nanti dah rancang tak dapat pergi rasa bersalah plak kan. Kalau sempat esok I singgah ye babe.

Ahad: 
# Masih KIV. Kalau ikut hati nak duduk rumah je. 
# Students nak datang beraya tapi tak bagi kata putus lagi.

Next week kawan dari Cybernetics nak datang!
Ya Allah tak sabarnya nak tunggu korang datang rumah.
Dah lama tak gosip kan.
Haishhh rindunya kat uolssss.
=)

P/s: Harini 30 hbln. Gaji dah dapat. Lega sangat. Dah takda lagi masalah gaji untuk bulan ni. Alhamdullilah nampaknya mereka tepati janji. 
=)

Impress!

Salam and morning people..

Sambungan kisah semalam. As mentioned semalam, saya memang ada appointment dgn doktor untuk check kematangan telur atau ovum..

And guess what we're really impressed dgn hasil scan semalam.. Ya Allah jika kali ini rezeki berpihak kepada kami, saya dan husband la org paling gembira sekali..

Speechless dgn kuasa Allah.

Segalanya kami berdoa dan berserah..

Alhamdullilah untuk berita kecil ini.. :)
Rahim saya normal dan takda masalah untuk pregnant...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 29, 2012

Bole post direct tak?

Tidak perlu untuk mngadap pc kalau mahu luahkan apa yg terbuku di hati. Segalanya di hujung jari!

Saya Dah Pregnant?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bulan depan dah masuk September. Bermakna 9 September 2012 kami akan sambut first anniversary. Ya Allah kejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru lagi kami pegang title pengantin baru. Tak sangka dah sampai stage yang pertama.

Bila dah masuk setahun pasti ada yang bertanya tentang zuriat. Alhamdullilah masa raya hari tu takda yang bertanya tentang tu. Bukan nak cakap saya sentap bila ditanya soalan tu. Tapi saya tak tahu nak bagi jawapan apa sebab saya sendiri pon tak tahu bila Allah akan kurniakan zuriat kepada kami. Kami hanya menunggu dengan sabar dan dalam pada masa yang sama perlulah berusaha hingga segalanya tercapai.

Perasaan trauma masih melekat dalam jiwa. Takut sejarah lama berulang lagi. Tapi rasanya segalanya pasti berubah sebab life saya sudah kembali tenang selepas berhenti kerja di KL. Alhamdullilah. Dulu saya akui dari segi dalaman saya tertekan dengan rutin harian yang memenatkan. Mungkin masa tu badan belum bersedia untuk menerima orang baru dalam hidup. 

Tapi kali ni rasanya dah bersedia. Pernah jugak saya bertanya dengan seorang hamba Allah. Dia ada ilmu yang boleh lihat benda yang tak boleh nampak dengan mata kasar. Percaya kepada benda ghaib salah satu rukun iman bukan? Saya bertanya apa masalah saya hingga susah jugak mahu mengandung. Risau takut ada sesuatu yang menghalang dalam diri saya. Jawapannya, badan saya penat dan tak cukup rehat. Insya Allah suatu hari nanti Allah akan kurniakan zuriat jugak. Cuma saya perlu bersabar. Lega saya dengar jawapan beliau. 

Puasa tahun ni saya tinggal 2 hari je, gara-gara period lewat. Dalam hati menidakkan sebab sebelum ni pernah terjadi kes sebelum ni. Kali ni saya tak nak berharap dan biarkan period delay hingga 2 minggu. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takda takpela. Allah lebih tahu yang terbaik. Saya terima dengan redha.

Sepatutnya saya period pada 11 Ogos, memandangkan kitaran saya memang tetap antara 28-29 hari. Memang sangat jarang period delay so bila delay saya berjaga-jaga. Tapi dalam hati kuat mengatakan yang saya tak pregnant. Saya tunggu hinggalah pada hari Jumaat 17 Ogos, period datang macam biasa. Tapi musykil jugak kenapa lewat. Dan period pon tak banyak macam selalu. Legalah jugak sekurang-kurangnya saya hanya tinggal puasa 2 hari. =)

Musykil jugak adakah perubahan hormon masa bulan puasa. Atau kesan saya menggunakan krim Lumiglow. Ok untuk pengetahuan semua, saya menggunakan krim ini untuk menguatkan rahim dan memperbaiki sistem peranakan. Al maklum sebelum ni pernah melakukan DnC. Ini jugak salah satu usaha. Dah habis pon satu botol. And nak beli lagi... =)

First period saya terus berjumpa doktor Sukhilmi. Saya dah jatuh hati dengan servis Dr Sukhilmi. Masa kes yang dulu doktor pernah pesan kat saya, kalau masih tak mengandung lepas raya jumpa dia masa first period. Lagi beberapa hari nak raya, tak sempat sebelum raya saya dah berjumpa doktor. Tu pun atas desakan husband. Thanks B!

Ini jugak merupakan salah satu usaha. =)

Doktor bagi satu pil hormon untuk dimakan pada hari kedua period. Ubat dia masya Allah pahit gila walaupun kecik. Saya amalkan selama 5 hari. Dan husband jugak ada makan pil untuk kesuburan lelaki. Saya bersyukur sebab husband sama-sama berusaha untuk mendapatkan zuriat. =)

Dan harini saya ada appointment dengan doktor untuk check kematangan telur (ovum). Risau jugak. Dan mengikut doktor ada kes jugak bila makan ubat ni, dia akan merangsang telur dan boleh jadi mungkin lebih dari satu telur yang akan keluar. Dan adik ipar pun saya ada bercerita tentang ini. Ada sorang kawan dia, setahun lebih tak dapat anak and bila dia makan pil hormon, dia dapat anak kembar. Walhal dia memang takda keturunan kembar. Subhanallah. Kuasa Allah tiada siapa mampu melawan. Sekali Allah bagi rezeki double tu. Dan untuk pregnancy yang kedua, alhamdullilah Allah dah permudahkan. =)

Saya takdalah sampai berharap kembar. Yang penting saya dan husband sihat untuk mendapat anak. =)

Kat opis ni pun takda siapa lagi yang bertanya tentang anak. Mungkin mereka takut nak bertanya secara direct. Bagus jugak kalau takda siapa yang kepochi kat sini. Aman dunia.

Kepada ibu yang sudah melahirkan, tahniah diucapkan. Semoga tabah mengharungi stage yang berikutnya. =)

P/s: Ada satu lagi kes yang saya belum diceritakan di sini untuk dikongsikan. Saya simpan dulu hingga tiba masa untuk saya kongsikan. Jangan salah faham dengan title diatas. Belum masanya lagi untuk khabarkan berita gembira tu. =p

Tuesday, August 28, 2012

Jangan Mengeluh Dengan Rezeki

Sebagai renungan buat semua jika ada yang mengeluh tentang rezeki,

"   Rezeki itu tidak pernah cepat sesaat atau lambat sesaat. 
Kerana rezeki akan datang tetap pada waktunya.
Buangkan perkataan "kalaulah".
Manusia tidak mampu menukar takdir dengan perkataan "kalau"
Segalanya Allah yang menentukan.  "

Saya gembira dengan apa yang ditentukan untuk saya saat ini.
Alhamdullilah
=)

Wednesday, August 22, 2012

Coret Coret Aidilfitri 2012

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya,
Masih mood raya,
Alhamdulillah sudah Syawal yang ke-4,
Rindunya pada Ramadhan.

Saya masih di Ipoh,
Insya Allah esok akan balik Seremban, beraya di kampung husband--> Jelebu

Aktiviti raya kami

Raya Pertama:
# Bersembahyang Raya di rumah Tuan
# Beraya di rumah mertua di Paroi Jaya. Bersalaman dan sesi ambil gambar. Wajib!
# Balik Ipoh petang raya
# Mak cakap ramai datang rumah, penat layan tetamu sampai ke malam, nasib saya takda =p

Raya Kedua:
# Sesi bergambar sebelum keluar beraya. Wajib!
# Ke rumah open house sedara sebelah ayah
# Ke rumah mak saudara di Teluk Intan
# Ke rumah bapa saudara di Parit
# Ke rumah open house lagi di Ipoh
# Raya sakan!

Raya Ketiga:
# Saya demam!
# Tak pergi mana hanya berehat di rumah

Raya Keempat:
# Ke rumah kenduri
# Booking kereta. Haraplah lepas! Yeay..

Raya Kelima:
# Balik Seremban
# Beraya di Jelebu and rumah kawan-kawan 

Hope ada kesempatan nak beraya ke Melaka di rumah Best Friend, Akmar Amon

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami yang gedikz!

Jemput datang rumah
=)

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Tiba di hujung Ramadan,
Syawal bakal menjelma,

Tahun lepas berpuasa dan beraya single,
Tahun ni mood berbeza beraya berdua,
Tahun depan insya Allah moga Allah panjangkan rezeki beraya berlima,
#Eh...
Amin (amin ramai-ramai)

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan maya, rakan yang mengenali diri ini.
Mohon maaf anda diri ini pernah melukan perasaan dan hati kalian tanpa sengaja dan tidak sengaja,
Mohon maaf andai penulisan saya di sini mengundang rasa tidak enak di hati kalian,
Saya hanya manusia lemah yang sering terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan.
Saya dengan merendah diri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Semoga Syawal yang bakal tiba memberi kenangan manis buat kita semua.

Ikhlas dari saya dan suami sekeluarga
=)

Ihsan: Google

Moga kita berjumpa lagi untuk update raya akan datang.

P/s: Masih bekerja. Tapi halfday. Nasib baik husband tolong buat appointment dengan doc. Bole saya amik kesempatan untuk balik awal. Horay =)
Nak tunggu company announce half day, takdo maknonyo....
Sekian

Sungguh Terharu

Terharu,
Dia insan hebat yang hadir dalam hidup saya,
Rela susah dan senang bersama,

Setiap apa yang dilakukan untuk saya,
Saya berasa sangat terharu,

Walaupun saya tidak mampu nak beri sepenuh kebahagiaan pada dia,
Tapi dia tetap memberi dan berusaha untuk bahagiakan saya,
Saya terharu.

Saya sayang dia
=)

Thursday, August 16, 2012

Kegilaan Orang Perempuan!

Harini Khamis, esok Jumaat, lusa Sabtu,

Lepas tu Raya....

=)

Persiapan raya saya masih tak lengkap.
Ada lagi misi yang perlu dibereskan malam raya,

Tak pasti sama ada saya perlu menyediakan rendang, ketupat and lemang malam raya tu nanti,
Malam raya kami akan berkumpul di rumah arwah mak di Paroi Jaya,
Raya kali ni semua adik beradik husband ada di Seremban kecuali Angah.

Tapi yang pasti saya memang teringin nak buat Tiramisu Cake and Butter Oreo Cake

Kami memilih untuk beraya di Seremban dulu,
Hari pertama baru pulang ke Ipoh,
Bagus jugak,
Takda apa yang nak disedihkan sebab saya masih berpeluang akan balik ke Ipoh
=)
1) Dapat balik raya lama sikit, kalau balik awal nanti nak kene balik awal
2) Tak perlu bersesak di highway untuk pulang beraya

Harini datang opis makan gaji buta,
Habis semua saya google,
Biasalah perempuan dengan tudung/shawl tak dapat dipisahkan,

Apa kata saya kongsikan apa yang saya cari,
Confirm anda semua akan meroyan tengok style-style tudung di bawah.

"Rasa nak kawen lagi sekali tapi dengan orang yang sama la..=p
Napelah dulu saya tak terfikir nak google and kenal butik-butik tudung yang femes amos ni...."

Sumber gojes-gojes:

Kepada bakal-bakal pengantin jangan lepas peluang untuk kelihatan anggun di hari bersejarah anda dengan membeli tudung yang cantik-cantik di sini.
=)

P/s: Saya confius, saya tertarik dengan tudung or orang yang mengayakan tudung. Sama-sama cantik. Kalau i puji dia depan-depan mesti dia takkan mengaku dia cantik, walaupun 100 peratus orang cakap dia cantik. Eh ada ke orang dengan confident nak cakap diri dia cantik. Malu kot masuk bakul angkat sendiri...

Owh lupa mungkin orang itu mengamalkan konsep takda orang nak puji aku, baik aku puji diri sendiri selori...
=p

:Selamat Hari Raya:

Wednesday, August 15, 2012

Masihkah Ada Harapan? (Part 1)

Bukan masihkan ada ramadan macam cite dalam tv tu ye..

My version is masihkah ada harapan.

Sudah 5 hari lebih kurang dia tidak muncul.
Dalam hati saya menidakkan,
Saya pernah disakiti oleh dia,
So kali ni saya mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak akan disakiti lagi oleh dia,

Sapa dia?
Biarlah rahsia,

Saban waktu saya mengharapkan harapan dari dia,
Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali,

Kali ni saya biarkan saje walaupun dia tidak menjenguk saya,
Saya tidak lagi teruja seperti selalu,
Biarkan dia tidak mahu menjenguk saya seberapa hari yang mungkin,

Kerana saya sudah serik untuk disakiti,

Wahai dia ke mana kamu menghilang?
Masih nak sakitkan hati saya lagi?
Atau kamu mahu memberi harapan palsu pada saya lagi?

............

To be continued:

Ikuti kisah masihkah ada harapan seterusnya....

Mood Kerja Ke Laut!

Salam,

Lagi 3 hari nak sambut raya. Harini masih bekerja. Tapi mood dah ke laut.

Seriously saya rasa menyesal plak tak apply cuti harini sampai raya. Tolak gaji pun tolak la. Ada aku kesah???

Dari datang kerja niat dalam hati tak ikhlas and gundah gelana. Duduk rumah boleh berehat puas-puas walaupun dah tahu takda aktiviti nak buat. Nak buat kuih raya, oven tu tak bole pakai buat biskut. Habis rentung biskut den nanti. Yang boleh buat kek jela. Memang nak buat kek nak bawak balik Ipoh tapi takdalah awal sangat nak buat.

Wei takda mood dah ni....

Kepada yang sudah mula bercuti and nak pulang ke kampung. Berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. Kepada kelindan lori dan sewaktu dengannya tak payah busy body nak guna highway time orang nak balik raya ni. Bikin highway jadi tak lancar je. Sedar-sedar diri ye kebanyakan yang membuatkan kesesakan trafik adalah disebabkan oleh lori yang membawa kelajuan di bawah 40 km/j.

And pada pemandu bas jangan bawak bas mcm orang mabuk. 44 nyawa nak kene bawak. Kalau anda yang  "pergi" takpe. Tapi biasanya pemandu akan selamat. Yang tak selamat penumpang. Kepada penumpang bas, rasa-rasa kalau pemandu tu bawak lintang pukang sila buat-buat mcm polis and sedia nak keluarkan saman. Apa ingat polis trafik ada atas jalan je ke....pemandu bas selalu pentingkan diri....

Eh nampak saya dah banyak merepek and menyimpang jauh.

P/s: Tak sabar nak balik. Sepatutnya saya masih bekerja hingga Sabtu. Oleh itu dengan ini saya mengumumkan, esok hari terakhir saya bekerja. Jumaat and Sabtu saya mahu MC. Saya sudah nekad!

Tuesday, August 14, 2012

Bonus Rayalah Sangat

14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadan 1413.

Buat pertama kalinya harini saya merasa gaji pertama saya selepas berhenti di Cybernetics.

Eh ni gaji bulan bape? Bulan Ogos punya gaji dah keluar ke? Kalah orang gomen mcm ni...hebakla company uolsss....

Ok monolog semata!

Yang ni gaji untuk bulan Julai. Hold sampai ke hari ni. Sepatutnya nak dapat minggu lepas tapi ada kes yang memalukan pihak management terus tarik balik pemberian gaji. Apa daaaa!

Bole plak mcm tu. Saya malas nak bagitau isu apa di sini. Pepaham sendiri la.

Apa pun saya masih bersyukur sebab masih diberi gaji. Walaupon gaji lambat still bole manage lagi sebab tiap hari ulang alik kerja tak pakai duit sangat melainkan duit minyak yang RM 20 seminggu. Kadang-kadang husband dah tolong isikan. So jimat lagi. Kalau nak beli barang rumah, duit husband ada. So jimat dan jimat lagi. Makan untuk dua orang apa lah sangat.

Beza sangat dengan dulu. Walaupun macam-macam pancaroba kat sini tapi banyak kelebihan dari keburukan sebelum ini. Kang saya penah cakap bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang tiada.

Saya mengamalkan konsep tu la skang. Jiwa jadi tenang. =p

Tapi yang menjadi tanda tanya skang ni, pay slip dia takda statement pemotongan KWSP pon. Sebab saya dapat full gaji saya. Haishhh pancaroba lagi.........

Monday, August 13, 2012

Penghujung Ramadan

Assalamualaikum dan hello semua,

Moga sihat-sihat selalu di penghujung Ramadan ni. Amin.

Alhamdullilah saya masih meneruskan rutin berpuasa seperti biasa. Dan masih lagi berkesempatan untuk berpuasa penuh. Moga penuh sampai tiba malam raya nanti. Amin. Tak payahla nak pikir ganti puasa tahun depan.. =p

Weekend yang lepas tanpa dirancang, kawan baik saya Akmar berkesempatan berbuka di rumah saya. Happy tidak terkata memandangkan kami jarang berkesempatan untuk berjumpa dan bergosip. Opsss bulan puasa...

So bila dah ada tetamu perlulah saya memasak dengan sepenuh hati. Risau jugak sebab saya tahu masakan Akmar memang terbaik. Malu la jugak bila dia nak datang merasa air tangan saya yang baru nak belajar masak ni.... =)

Menu untuk Sabtu lepas:

Kangkung Goreng Belacan.
Pada awalnya nak masak Kailan Ikan Masin.
Tapi kecewa bila kailan takda.

Tomyam Campur.
Nak menghabiskan stok sotong.

Ikan Goreng Siakap Kerisi Tiga Rasa.
Ikan kerisi yang ada kat rumah.
First time masak tiga rasa.
Tak tahula rasa dia kene ke tak???

Dessert:
Buah melaka

Sempat lagi tu saya mengentel buah melaka.
Macam lipas kudung kat dapur menyiapkan semua menu di atas.

Air:
Sarsi kegemaran ramai
=p

Lepas berbuka and solat terus saya angkut sekali Akma ke Bazaar Ampangan. Rupanya kat situ lagi best nak cuci mata dari Dataran Senawang. Sempatlah jugak grab tudung 2 3 helai. Ikutkan hati nak borong semua. Masya Allah.

Kami sempat jugak grab jubah. Babe behave..u dah banyak sangat shopping raya...

Mood nak membeli excited bila ada kawan yang sekepala dalam memberi idea. Sorila B i ignore u sementara waktu   =p

Babe bila u balik Seremban lagi...i nak pinjam u pergi Ampangan lagi. Tak habis borong lagi....

Sekian

Friday, August 10, 2012

Syukur Biar Pun Ianya Bukan Flat Skrin

Assalamualaikum,

Akhirnya saya berjaya dapatkan komputer sendiri di opis. Walaupun ianya menyemak di atas meja sebab bukan flat skrin sekurang-kurangnya saya rasa bersyukur sebab tidak perlu lagi membawa laptop sendiri. 

Pembetulan bukan laptop sendiri tapi laptop husband. Laptop saya masih rosak dan tidak tahu nak hantar di mana untuk dibaiki. Tidak perlu mengusung bag yang berat sehingga tingkat 3.

Skang ni di opis sedang pulun untuk menyiapkan 5 set soalan final yang lengkap. Next week saya batalkan semua kelas memandangkan ramai students telah mula bercuti sempena hari raya. Kerja ni perlu dibereskan sebelum minggu depan la.

Okla taknak cite panjang-panjang.

P/s: Harini balik tak perlu masak untuk berbuka. Rumah Kak Long punya turn harini. Nasi tomato katanya...nyummmy  =)

Wednesday, August 08, 2012

Rutin Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tiap hari mesti nak mengira sudah berapa Ramdan berlalu. Walaupun sudah hari yang ke 19 persiapan raya masih belum sempat lagi nak buat. Rumah, baju raya, kuih raya segala....masih dalam samar-samar lagi. Memang last minute betul la. Yela memasing nak tunggu weekend. Skang tiap Sabtu saya and husband bekerja susah kami nak manage masa bersama. Hari biasa lepas berbuka memang kami keluar tapi perangai saya kalau penat susah nak buat keputusan dengan betul. So harini teringin nak ajak husband jalan-jalan kat Ampangan. Kat situ banyak pilihan baju. Nak borong jubah banyak-banyak. 

Harini gaji masih tak dapat. Nasib baik ada husband bergantung harap. And nasib baik tempat kerja dari rumah tak guna belanja banyak tapi apa ke jadahnya sampai nak hold gaji sampai 2 minggu kan. Maaf terkeluar perkataan kasar untuk menunjukkan betapa protesnya saya dengan management kat sini.

Berbalik kepada bulan Ramadan tadi. Seperti biasa habit saya kalau takda apa nak buat lepas berbuka, saya and husband akan baring-baring sambil tengok TV. Tapi pepahamla bila dah baring confirm saya akan tertido. Nak masuk bilik baru husband kejutkan. Sehinggalah semalam, sebelum nak lelap balik saya sempat tengok status FB saya.......

Rupa-rupanya.....

B boring kalau saya tido awal....alalalala...=p

B adalah manusia yang jarang online fb. Tapi sejak dah pakai Blackberry, 24 jam memang sentiasa online la. Habis semua status saya dia nak condemn. Saya marah budak main mercun pun dia cakap saya kecoh. Huhu...

Memalukan sungguh status di atas. Eiiii sabar jela. Boring la tu bila saya tido sebab takda kawan. Sapa suruh siram and belek pokok lama sangat. Saya boring tertido la kat depan. Huahua...

Kalau dah tido memang saya tak sedar langsung. B mop lantai semalam pun saya tak sedar. Dua tiga hari ni badan triple penat. Padahal kerja bukan banyak sangat pun. Sampai baju sebakul malas nak lipat. Apa nak jadi ntah.

Kan dah cakap kene makan multivitamin untuk tenaga....

P/s: Saya tak tahu kewujudan gambar ni yang disimpan oleh adik saya. Ternyata gambar ni buat saya jatuh hati. Mengimbas kenangan setahun yang lalu.

9 September 2012 genapla setahun.

Teringat time Ramadan tahun lepas saya tak pikir pasal raya.
Sibuk dengan preps kawin and bunga pahar yang lambat sangat nak siap.

In love with purple!

Tuesday, August 07, 2012

Iftar Ramadan Di Idaman Bayu

Assalamualaikum dan hello semua,

Ramadhan kali ni terasa cepat sangat berlalu. Hari ni sudah 18 Ramadan. Kurang dari 2 minggu lagi Ramadan akan meninggalkan kita. Ntah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadan akan datang. Mohon Allah panjangkan umur kita semua.

Seperti biasa bila tiba hari minggu memang aktiviti pot luck antara kami sekeluarga. I mean adik beradik husband. Kan best kalau arwah mak masih ada. =(

Sabtu lepas iaitu Ramdan yang ke 15 genap setahun pemergian mak mertua. Kami berbuka di rumah mak di Paroi Jaya sempena memperingati arwah mak. Sebelum berbuka kami sempat berzikir dan membaca tahlil moga roh mak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Seperti biasa selesai berbuka saya dan husband akan ke rumah Tuan. Bersolat terawih di sana.

***

Ikutkan hari Ahad adalah turn rumah Kak Long. Tapi ntah macam mana schedule berubah di mana rumah saya yang menjadi sasaran. Semua orang request Chicken Chop sebab memandangkan masa house warming hari tu ramai yang tak dapat merasa sebab saya buat sikit je, khas untuk kawan opis husband.

Barang kat rumah memang habis betol. So perlulah pergi pasar pagi Ahad tu. Memborong barang basah untuk minggu ni sekali. Oleh sebab barang basah dah penuh dalam peti ais. Minggu ni sampailah akhir Ramadan saya tidak lagi membeli di Bazaar. Sekian. Eh cite tak habis lagi....

Payah jugak nak mnyediakan dengan kuantiti yang banyak. Kami spend dalam 40 ketul ayam bahagian thigh. Satu hal lagi nak buang tulang (debone). Nasib baik B pun terer bab debone ayam ni. Balik dari pasar terus operasi bermula. Alhamdullilah husband banyak bantu saya di dapur. =)

Dah kawin baru tahu rupanya B tak kekok langsung masuk dapur, kemas rumah etc. Cuma fail tang sidai baju and lipat baju...=p

Ayam yang siap diperap.
Saya letak garam, lada sulah, secukup rasa, thyme and rosemary.
Simpan dalam chiller sebelum sedia untuk digoreng.

B tengah buang kulit kentang dengan seluar jeans koyaknya.
Ala nape tibe-tibe frame pic bertukar??

B menyediakan carrot untuk dimasukkan ke dalam coleslaw

Coleslaw yang telah siap dipotong.
Tunggu nak masukkan mayonis dan bahan perasa.

Lebihan tulang ayam jangan dibuang.
Elok sangat dibuat sup makan dengan bihun.

Ayam yang sedang digoreng.
Sebelum goreng gaul bersama tepung gandum --> telur --> serbuk roti.
Sedia untuk dimakan.

Ala sauce black pepper lupa nak capture akibat tak cukup kakitangan di dapur.
Chicken chop saya dihidangkan bersama coleslaw, french fries and sauce blackpepper.
Plus air root beer float.

Ada tambahan sos resepi arwah mak mertua.
Saya tak pernah try.
Rupanya lagi sedap dari sos biasa.

=)

Ini menu semalam.
Lebihan chicken chop, cendawan celop-celop, pan seared kambing and sos chicken chop resepi arwah mak.
Tapi rasa tak sama al maklum bulan puasa susah nak merasa.
=p

Last but not least.
Air root beer float special

Sekian.
Baru cite betol-betol habis.

P/s: Menu berbuka hari ni mungkin nasi ayam mengikut tahap kerajinan sampai rumah nanti. Eh macam tu pulak??

Monday, August 06, 2012

UiTM Di Hatiku

Salam Nuzul Quran sekalian umat,

Saya tahu result dah keluar,
Tapi sangatlah tidak teruja untuk tengok result sendiri,
Sebab dah tahu apa result yang akan keluar,

Bukan salah sapa-sapa,
Tapi salah sendiri yang tidak nekad untuk menyiapkan azam 2012 ni,
Azam la sangat!

Masa date submission Murni ada call saya,
Bagitau tentang result yang bakal kami perolehi kalau tak submit this semester,

Result akan cacat,
Sebab ura-ura mengatakan kami yang tak submit thesis bakal dapat F iaitu FAIL,

Perkataan FAIL tu sangat merasuk dalam diri,
Sebab ia akan mencacatkan transkrip saya,

Dah tu sapa suruh tak siapkan,
As u know kan...saya ni banyak sangat kekangan.
Alasan!

So bila baca blog Murni,
Saya dengan berani check result sendiri,
Jantung macam nak pecah sebab saya terus silent dari fakulti,
Lainla Murni dia ada jugak contact Head of Program.
Again sapa suruh jadi silent kan...

Resultnya....

Ok TL disitu,
=)

Legalah jugak dalam hati.
Lagi bertambah lega kalau dah submitkan.

Haishhh sangat respect dengan perempuan yang sudah berkahwin punya anak, bekerjaya tetapi berjaya menyiapkan thesis dalam waktu yang ditetapkan.

Saya yang takda anak hanya ada seorang suami tak mampu lagi nak menyiapkan.
Next semester is our last chances.
By hook or by crook I have to complete before the submission date.

Tabahlah wahai hati,
Setiap kejayaan memang memerlukan banyak pengorbanan!

P/s: Sangat pelik sebab mode study saya ialah by coursework tapi nape perlu siapkan thesis. Primary Data plak tu. Fakulti lain by coursework and research jugak tapi hanya perlu buat secondary data. Tak perlu nak analyse data bagai. Haishhh....

UiTM Di Hatiku....

Saturday, August 04, 2012

Sebelum Bila Nak Selepas?

Dekorasi rumah yang masih terumbang-ambing...

Semuanya masih dalam perancangan. Baru bertatih nak menghias rumah sendiri. Sekarang ni kita pakai apa yang ada dulu. Esok lusa dah banyak duit sikit boleh tambah sikit demi sikit. Isu sekarang kami bukan banyak kertas berkepala Agong...

Tapi bila nak raya ni makin berkobar plak nak melengkapkan apa yang takda. Barang asas dulu. Barang sampingan lain tunggu stok akan datang.

Kat bawah ni uols boleh tengok betapa kucar-kacir lagi keadaan rumah saya. Saya budak baru belajar...

Sebelum:
Inilah dining area yang saya cakapkan hari tu,
Ruang terhad so kenelah cari yang simple-dimple,
Abaikan pandangan karpet kat dinding tu,
Ni kes mengemas house warming haritu,
Tuan tanah taknak datang amik hak,
So tersadailah kat situ buat sementara waktu.

Nantikan post selepas ok.

Sebelum:
Ni ruangan living area,
Sengaja tak letak tv disitu,
Tapi rasa macam nak ubah pandangan plak,
Rasa nak attach juga tv kat dinding tu,
Tengoklah macam mana saya diskus dulu dengan husband,
Dinding masih suci tanpa hiasan apa-apa.

Dah tersilap beli set sofa yang bersize dinasour,
So kenelah pandai bermain dengan hiasan perabot yang lain.

Selepas??

Tunggu jela berapa tahun lagi baru saya akan post pic selepas deco...
=p

P/s: Malulah tunjuk rumah saya yang tak siap ni. Kan saya dah cakap rumah saya takda color yang striking. Dah kata "down-to-earth" 

Isu Kenaikan Harga Simen

Sekadar Pendapat

Hai salam hari minggu semua,

Saban hari kalau kita menonton Buletin TV 3 pasti isu kenaikan harga simen tak habis-habis dibincangkan. Tiap hari plak tu. Naik loya and menanah telinga bila tiap hari diulang tayang berita yang sama. Dah buat report semalam, tapi harini pon still nak buat ulasan lagi. Samalah seperti kes politik yang digembar-gemburkan. Al maklum nak dekat-dekat pilihan raya pelbagai pendekatan digunakan untuk memancing undi rakyat. 

Berbalik kepada isu kenaikan harga simen. Secara logiknya bila satu barang dah start naik confirmlah lepas ni harga batu, besi dan seangkatan mesti nak naik juga. As we all know simen sangat penting dalam proses pembinaan rumah. So bila harga barang asas sudah naik melampau, takkan developer masih nak jual rumah dengan harga yang rendah. Tak masuk akal katanya. Tak pulang modal.

Kalau kita tengok sekarang ni, harga property sememangnya tinggi dan tak selaras dengan gaji yang diterima oleh rakyat. Ditambah plak dengan isu kenaikan harga simen. Tak dapat nak bayangkan akan datang berapa ratus ribulah harga sebijik rumah. Sampai bila rakyat Malaysia mahu menyewa akibat tidak mampu memiliki rumah sendiri??

Pada pandangan saya, pendapatan rakyat Malaysia SANGAT tidak selaras dengan kos hidup masa kini. Kos hidup kita dah "maju" 10 tahun ke depan. Tetapi pemberian gaji seperti zaman 70-80 an. Barang keperluan semakin meningkat kosnya tetapi gaji masih ditakuk lama, takda peningkatan langsung. Kakitangan kerajaan yang berpangkat pegawai mungkin takkan merasai masalah seumpama ini, tetapi bagaimana dengan mereka yang berpendapatan rendah??

Dah ada degree and master pon belum pasti lagi kita akan dijanjikan dengan pendapatan yang lumayan. So macam mana?? Tak payah belajar tinggi-tinggilah macam ni...rugi duit PTPTN and mak ayah je... =p

****

Saya kira bertuah juga sebab diberi kesempatan untu membeli rumah. Itu pun dapat spesial price. Kalau tak desakan husband rasanya sekarang ni kami mesti dihimpit dilema untuk memiliki rumah sendiri. Saya risau sebab gaji saya kecik. Pendapatan akan datang pun belum pasti lagi macam mana. Walaupun rumah bukan sebesar mana tapi bersyukurlah ini yang disediakan suami untuk saya. Terima kasih suami.

P/s: Harga rumah sekarang macam apa ntah...sakit hati tengok...huhu

Friday, August 03, 2012

Raya 2012: Balik Raya Mana???

Ramadan 1413: Perasaan Tak Dapat Sambut First Raya Di Kg Sendiri

Tiba-tiba saya terfikir, apalah agaknya perasaan sebenar bila tiba hari raya pertama bila tak dapat raya dengan keluarga sendiri??

Seperti perbincangan dengan husband, tahun ni first raya kami di Seremban. Petang raya baru balik Ipoh.

Sembahyang raya di rumah Tuan. Kemudian selepas ziarah kubur arwah bapa and mertua, ke rumah adik beradik and saudara mara terdekat. Then baru balik Ipoh.

Saya setuju asalkan kat rumah saya lama. Huhu...saya bercuti seminggu!

Hurrmm macam manalah perasaan saya first raya nanti??

Confirm touching and sedih sebab selama 25 tahun saya tak pernah miss buat preparation raya sebelum tiba hari raya. Saya akan bantu mak menyediakan juadah raya, gantung langsir, pasang carpet etc.....

Part yang paling menyeronokkkan masa bujang, bila tiba masa nak balik kampung. Tak kisahlah highway jammed janji mood teruja nak sampai rumah menyambut raya bersama keluarga mengatasi segala-galanya.

Tapi tahun ni berbeza. Pertama kali saya sebagai seorang isteri dan pertama kali tidak turut serta di malam raya menyediakan preparation raya. 

Alahai sedihnya....belum actual day saya dah sibuk-sibuk nak sedih dalam hati... =(

Ramadan 14: Sesi Mencari Baju Raya

Ramadan 1413: Sesi Mencari baju raya bersama.

Assalamualaikum dan salam Jumaat,

Semalam husband dah janji untuk survey baju raya kat Seremban Parade. Memang sale kaw-kaw sampai 70 percent. Rugi kalau tak grab. Kat sini bukan nak cari baju kurung atau shawl. Port yang itu kat tempat lain. Kat Seremban Parade lebih kepada baju yang kasual. Dah lama rasanya tak shopping jeans and blouse. Bila ada yang sudi belanja apalah salahnya kan...

Selain daripada husband, B jugak merangkap pakar perunding imej. Memang dia yang akan sibuk pilih baju apa yang perlu saya beli. Habis semua baju dia suruh saya try. Konon nak bagi isteri dia ni style la. Style la saaangaaaat....=p Dan saya tak kisah dengan pilihan B sebab semua kene dengan jiwa saya.

Part yang menyedihkan baju and seluar yang saya try semua tak muat. Musykil jugak. Apa petandanya?? Tanda penambahan jisim dan isi padu badan la. Hoho...tapi saya rasa badan saya tak gemuk. Huh perah santan sungguh!

Bila dah test baju yang berkenan tak muat, saya down nak mencari baju yang lain. Alamatnya pencarian kali ni tak berjaya. 

Kami terus ke Senawang. B ada discussion dengan kawan kat situ. Memang..saya memang peneman setia. Peneman setia sangat....lain kali kalau nak ikut sediakanlah bahan bacaan sepatutnya. Kalau tak confirm boring yang amat. Bila tengok saya dalam mode yang tenang, barulah B bole buat kerja dengan tenang..

Then terus ke Dataran Senawang. Ada uptown kat situ. Macam-macam benda ada jual kat situ. Banyak sangat tudung cantik-cantik. Dah lama sangat nak borong tudung. Survey je dulu tak beli pon. Badan penat. Kalau penat mode shopping merundum. Just jalan-jalan and buat bancian dulu... =p

Nak tau pukul berapa sampai rumah semalam...pukul 130 pagi. Sampai rumah makan dulu rojak Singapore yang husband beli. Konon sahur dulu and teman husband. Pukul 230 am baru saya tido. 

Penangannya saya tak terdaya nak bangun sahur pagi tadi. Nak bangun sahur bukan nak makan tapi nak amik keberkatan dalam bersahur. Bangun sekejap untuk solat then saya sambung tido balik.

Bila dah sambung tido, sedar-sedar pukul 830 pagi baru saya terjaga. Amik kauuu....sepatutnya masuk opis pukul 9...and ade kelas plak tu pukul 930 pagi. Rushing saya bersiap macam lipas kudung. And terpaksa bohong sunat inform saya masuk lambat harini.

Tapi okla saya sampai pun dalam 915 pagi. Sempat jugak sampai sebelum kelas bermula. Cuba kalau saya still bekerja kat KL. Memang mati la jawabnya.....

Haishhh cabaran sungguh di pagi Jumaat!

P/s: Teringat dulu masa bujang saya pernah cari baju raya kat Jalan TAR dengan Murni. And masa berbuka kami makan kat tepi kedai. Tegar sungguh semata-mata mencari baju raya. Eh aku dengan ko kan nok???

Thursday, August 30, 2012

Masih Mood Raya

0 comments

2 comments

6 comments

5 comments

Disable Right Click