Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, March 03, 2010

Pelik Tapi Benar

Pelik tapi benar. Itulah hakikat yang perlu kita fahami hari ini. Kita sukar untuk menganalisa diri sendiri jika kita perlu berbuat demikian. Kalau tidak percaya cuba anda fikirkan lima sifat dan karakter anda sekarang. Kita pasti teragak-agak untuk memberikan jawapan yang tepat. Padahal anda hanya diminta untuk berfikir mengenai diri sendiri, bukan orang lain.

Ironinya, jika disuruh untuk menganalisa orang lain, tidak sampai sepuluh saat anda mampu menyenaraikan komen-komen dan karakter orang itu. Lebih hebat lagi, jika anda tidak suka dengan orang itu mungkin berpuluh karakter negatif mengenai orang itu anda perkatakan. Contohnya, kalau diminta komen tentang cara pangacaraan Cheryl Samad di malam AJL, wah bukan main lagi dia menyebut satu-satu komen mengalahkan komen Adlin Aman Ramli dalam Akademi Fantasia. Pada hakikatnya dia bukanlah terlalu bagus untuk dikagumi, dan juga bukan penghibur tanah air yang tersohor. Begitulah sifat manusia. Selepas hidup beberapa tahun di muka bumi ini, kita lebih mengenali berkenaan orang lain, berbanding dengan diri sendiri.

Oleh itu, marilah sama-sama kita renungi kata hikmah ini:

“ Orang gagal suka berbincang mengenai orang lain. Orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang yang cemerlang suka berbincang mengenai isu atau perkara yang dapat mengubah dirinya ataupun perkara yang dapat mengubah dunia.”

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Pelik Tapi Benar"

Disable Right Click