Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 10, 2012

Rezeki Bukan Di Depan Pintu

Bila saya membaca kisah-kisah rakan blogger yang lain, baru saya sedar rupanya bukan saya sorang yang menghadapi masalah.

Ada yang terpaksa melalui fasa berbadan dua tanpa suami disisi akibat kekangan mencari rezeki. Atau lebih mudah kita panggil LDM. Kalau saya tak pasti sama ada saya kuat untuk lalui kehidupan yang macam tu.

Ada yang baru sebulan menikmati rumah tangga, terpaksa berpisah. Berpisah kerana sumber rezeki bukan depan rumah.

Pada pendapat saya kebahagiaan dan kesenangan dari wang ringgit itu seiring. Dan untuk mencari pekerjaan yang dekat "depan pintu rumah" amatlah payah.

Dah selalu sangat saya dimomokkan dengan cerita hubungan suami isteri yang terpaksa berjauhan akibat tuntutan mencari rezeki.

Perkara ni memang terjadi dalam kehidupan saya selepas berkahwin. Kalau sebelum ni tinggal di KL, kerja di KL takda sebarang masalah. 

Tapi bila dah berkahwin haruslah saya tinggal disisi suami, rumah di Seremban, tempat kerja di KL. Ye saya akui ada lagi yang jauh dari saya. Setakat KL dan Seremban celah gigi saje.

Tapi bila dah hampir 7 bulan saya lalui kehidupan yang macam tu, saya kerap tertanya-tanya dalam diri. Memang sampai satu tahap saya mahu give up dan melepaskan apa yang ada depan mata. Apa nak jadi, jadilah asalkan tanggungjawab saya sebagai isteri tidak terabai dan kesihatan saya sentiasa terjaga. Itu yang lebih penting buat masa ini.

Bukan saya tidak berusaha. Tidak putus panggilan temuduga, tapi sampai takat itu sajelah. Saya terkandas di pertengahan jalan. Dan setiap kali temuduga berakhir saya memang tak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau belum ada lagi tentu Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat saya. Seperti terkene sumpahan....

Merungut? Saya sedaya upaya untuk mengurangkan rungutan, apa yang saya alami kepada suami. Tak mahu dia memikirkan yang bukan-bukan. Saya perlu kuat dan sabar menghadapi kehidupan ni sementara waktu. Saya percaya ia hanyalah sementara. Suatu saat saya akan berjaya peroleh apa yang saya mahukan. Ingat! Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya....

Sekurang-kurangnya saya perlu bersyukur, suami disisi saya setiap masa. Saya masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada seorang suami. Saya mampu masakkan menu kegemaran suami setiap hari, iron-kan baju kerja suami, makan bersama, mandi bersama, buat aktiviti yang disukai bersama....takda sesuatu yang indah bila setiap perkara saya lakukan bersama suami...

Ya saya hanya perlu bersabar untuk sedikit masa saje....

Kepada para isteri di luar sana, bersyukur dengan kehidupan yang kita lalui hari ni...

P/s: Baru semalam cakap nak menyepikan diri...sekadar berkongsi emosi...

2 Kata-Kata Inspirasi:

Liyana said...

sy pun berulang setiap minggu kl seremban... skrg tgh pregnant, hasben x bg berulang hari2.. mungkin dh ade anak nt, kena berulang hari2 seremban kl... makin susut la bdn nt nmpk nye.. hai la hidup...

Unknown said...

Tau takpe..hai la hidup....banyak nau dugaan..

Skg ni boleh dikatakan hari2 ulang alik..kdg2 je tumpang rumah member...nsb belum ada rezeki lg nak pregnant lps gugur aritu...kalo pregnant kene pikir plan B la...

Badan skg ni asik lemau and letih je...hai la nasib...

2 comments on "Rezeki Bukan Di Depan Pintu"

Liyana on April 18, 2012 at 11:45 AM said...

sy pun berulang setiap minggu kl seremban... skrg tgh pregnant, hasben x bg berulang hari2.. mungkin dh ade anak nt, kena berulang hari2 seremban kl... makin susut la bdn nt nmpk nye.. hai la hidup...

Unknown on April 18, 2012 at 1:06 PM said...

Tau takpe..hai la hidup....banyak nau dugaan..

Skg ni boleh dikatakan hari2 ulang alik..kdg2 je tumpang rumah member...nsb belum ada rezeki lg nak pregnant lps gugur aritu...kalo pregnant kene pikir plan B la...

Badan skg ni asik lemau and letih je...hai la nasib...

Disable Right Click